Tuesday, May 29, 2007

Adam tidak mahu dikongkong

“ADAM akhirnya ambil keputusan, tinggal di rumah sendiri. Hakikatnya Adam bukan melarikan diri, tapi hanya lari dari keadaan. Adam tak mahu dikongkong. Selepas Adam keluar dari rumah keluarga angkat, mereka ada menghubungi Adam. Namun, Adam akui, memang Adam tak mahu angkat telefon dan membalas SMS (Khidmat Pesanan Ringkas).

Adam sedar, abah dan ibu sangat menyayangi Adam. Tapi, cara sayang itu Adam tak berkenan. Mak dan ayah Adam sendiri pun tak pernah mengongkong Adam sebegitu.

Adam tidak mahu terus dibelenggu dan segala-galanya perlu dibuat laporan. Adam tak mahu perkara ini terus berlarutan, Adam jiwa remaja, inginkan sedikit kebebasan.

Tapi, Adam hairan, kenapa perlu dibuat laporan polis? Adam tidak ke mana-mana. Adam hanya pulang ke Sabah, berjumpa dengan mak dan ayah kandung Adam sendiri. Sekiranya keluarga angkat Adam risau jika mereka gagal menghubungi Adam, kenapa mereka tak telefon saja mak dan ayah Adam di Sabah?

Kebetulan pula ketika pulang ke Sabah, datuk Adam meninggal dunia. Adam pula keletihan selepas menjayakan penggambaran Ikon Malaysia.

Adam pulang ke kampung dengan niat bercuti, tapi masih bekerja menjayakan Ikon Malaysia. Pada masa yang sama, datuk pula meninggal, jadi bertambah serabutlah kepala Adam.

Menerusi laporan dalam Harian Metro (terbitan 19 Mei 2007), selain laporan polis, ada juga gambar bangkai ayam. Adam pun tak faham, kenapa perkara itu harus terjadi. Tapi, alhamdulillah, sampai ke hari ini, Adam masih sihat, masih kenal siapa yang sedang menemubual Adam ketika ini.

Adam juga masih boleh menyanyi, menari, alhamdulillah, masih boleh bekerja. Keluarga angkat Adam mendakwa Adam berkemungkinan terkena buatan orang menyebabkan Adam berubah sikap terhadap mereka. Namun, perkara itu tidak benar. Tapi, terima kasih juga kerana mereka ambil berat perihal diri Adam.”

Tiada niat lari dari KRU

“PUN begitu, walau apapun yang terjadi, Adam terkilan kerana mereka sampai membuat laporan polis. Sedikit sebanyak ia menyusahkan Adam. Ramai yang bertanya, tapi tak ada apa-apa yang berlaku. Adam ada di kampung menemui ayah dan mak.

Sikap terlalu ambil berat keluarga angkat Adam, terus terang Adam katakan, Adam tak berapa selesa. Adam dah besar.

Mengenai dakwaan pihak KRU dan Maestro yang gagal menghubungi Adam, Adam akui, mereka menghubungi Adam menggunakan nombor telefon Adam di Kuala Lumpur, tapi apabila di Sabah, Adam menggunakan nombor lain, nombor Sabah.

Justeru, nombor telefon talian Kuala Lumpur tu, Adam abaikan saja. Tapi, dalam masa terdekat ni, Adam akan selesaikan semua masalah salah faham ini. Sebelum pulang ke kampung, Adam dah pastikan tidak ada apa-apa kerja di Kuala Lumpur, Adam dah semak jadual, jadi apabila pulang ke Sabah, Adam menggunakan talian telefon yang satu lagi, nombor Sabah lebih murah untuk Adam berhubung dengan kawan-kawan.

Tidak ada niat Adam nak melarikan diri daripada KRU mahupun Maestro dan tak ada sebab Adam nak melarikan diri daripada mereka. Adam hanya menjenguk orang tua di kampung, Adam nak cuti puas-puas. Sejak Adam jadi artis, belum pernah Adam dapat cuti selama dua minggu sekali gus. Tapi, bukan cuti sepenuhnya, Adam buat juga penggambaran Ikon Malaysia.

Apabila tersiarnya cerita Adam dalam Harian Metro, Adam memang terkejut! Apa yang dapat Adam simpulkan di sini, segala-galanya berpunca dari salah faham. Tak ada isu yang besar sehingga perlu buat laporan polis.

Mak dan ayah Adam pun tertanya-tanya, kenapa isu seperti ini harus disiarkan dalam akhbar? Adam pun dah menerangkan keadaan sebenar kepada pihak KRU dan Maestro, mereka kata OK. Kepada keluarga angkat Adam, janganlah terlalu risau, Adam OK.

Kepada peminat yang disayangi pula, Adam sihat, tak terkena buatan orang, insya-Allah. Adam masih waras dan boleh bekerja.

Adam nak minta maaf kepada keluarga angkat sehingga membuatkan mereka runsing, lalu terjadi perkara yang Adam kurang senang. Sekiranya selepas ini Adam tak jawab telefon, janganlah terlalu risau, Adam OK. Adam masih seperti dulu”.

Adam tak pernah buang masa ke disko

Adam AF2 kesal atas tindakan keluarga angkat buat laporan polis, walhal dia bersama keluarga kandung di Sabah

“ADAM mengaku Adam memang rapat dengan keluarga angkat yang Adam panggil sebagai abah dan ibu. Dah setahun lebih Adam mengenali keluarga berkenaan.

Sepanjang Adam berada di Kuala Lumpur, merekalah yang menjaga dan mengambil berat mengenai diri Adam.

Adam pun sudah menganggap mereka seperti mak dan ayah Adam sendiri. Pada kesempatan ini, Adam ingin menjelaskan cerita sebenar apa yang mereka luahkan kepada media sebelum ini. Adam sebagai anak muda mempunyai keinginan, keluar makan malam bersama rakan-rakan, tapi tidaklah sampai melepak hingga ke disko.

Adam mengaku, memang Adam pulang hingga lewat malam, tapi tidaklah selalu. Sebagai anak muda, perkara ini biasalah. Tapi, Adam sekadar melepak bersama kawan-kawan, itu saja.

Dulu, memang ada kongkongan daripada mereka, tak boleh keluar malam dan sebagainya, tapi jiwa remaja Adam tak boleh terima, lagipun Adam tak buat apa-apa yang salah, sekadar melepak bersama kawan-kawan. Adam pun keluar, membelakangi kongkongan itu dan ikut kehendak hati.

Memang abah dan ibu tidak menggalakkan Adam keluar rumah lewat malam melepak bersama teman-teman, tapi sekalipun Adam keluar, Adam tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sampai bila Adam harus terkongkong? Adam sekadar keluar, tapi bukan bermakna Adam memberontak tidak mendengar kata-kata mereka.

Pada usia remaja inilah, Adam nak merasai keseronokan sebagai anak muda. Tapi, walau apapun yang Adam lakukan, Adam tetap memelihara batasannya, jaga nama baik Adam sebagai seorang artis dan nama baik keluarga.

Jauh sekali Adam nak melepak sampai ke kelab atau disko, sekadar melepak makan di restoran. Tapi, biasalah anak dengan abah, ibu, mesti ada perselisihan pendapat sikit. Adam malas nak bercakap banyak.

Tapi, untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Adam tidak menetap lagi bersama keluarga angkat di Kota Damansara.

Adam tinggal di rumah sendiri atau kadang kala di rumah pak cik saudara. Tapi, bukan bermakna Adam bergaduh besar dengan keluarga angkat, kami sekadar berselisih pendapat saja. Kami merancang mengusahakan perniagaan, tapi ada beberapa perkara yang Adam tak setuju. Jadi, dari situ timbul perselisihan pendapat.

Tapi, perkara itu tidaklah sebesar mana, apa yang berlaku sekarang ini, Adam ingin melarikan diri daripada kongkongan mereka. Adam sekadar nak hidup sendiri. Adam akui, teguran abah dan ibu, memang baik untuk diri Adam, tapi kalau dah dikongkong kebebasan sebagai anak muda, Adam tak berpeluang merasainya.”

Bintang RTM singkirkan Raja Farah?



BELUM pun sempat kita menyaksikan dua artis remaja popular, Raja Farah dan Izwan Pilus bergandingan mengacarakan rancangan hiburan, Suara Emas Bintang RTM, baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa Raja Farah sudah pun menarik diri dari program berkenaan, manakala tempatnya digantikan Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri.

Farah pernah memberitahu sejak awal Mac lalu, dia bakal mengacarakan sebuah rancangan terbitan RTM, rupa-rupanya Suara Emas Bintang RTM. Pun begitu, belum sempat mengucapkan tahniah di atas kerjayanya yang baru itu, Farah dah angkat kaki dari Angkasapuri, kenapa?

Selepas disiasat, dengar cerita, Farah khabarnya belum bersedia mengendalikan sebuah rancangan hiburan yang dibuat secara langsung. Mujurkah ada Izwan Pilus yang banyak `cover line' apabila menyedari Farah kurang persediaan.

Khabarnya lagi, pihak penerbitan RTM susah hati dengan perkembangan itu kerana mereka tidak mahu Suara Emas Bintang RTM terus tenggelam. Justeru, apabila Farah mengambil keputusan menarik diri dari terus mengacarakan rancangan berkenaan, pihak produksi tidak ada pilihan lain, merelakan saja Farah pergi. Betul ker?

Akhirnya tempat Farah digantikan adik pengarah jutawan, Ahmad Idham iaitu Abby Nadzri. Abby yang memiliki Diploma Teater dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK) sudah pun mengendalikan Suara Emas Bintang RTM mulai 14 Mei lalu. Rancangan berkenaan disiarkan setiap Selasa, jam 8.45 malam menerusi RTM1.

Di harap Abby mampu menggalas tanggung jawabnya yang baru selepas berpengalaman mengendalikan rancangan hiburan sebelum ini seperti Simply Bollywood, Pop Bollywood, Mango TV, Game Time dan X Trek. Abby juga pelakon TV antara dramanya, Hidayah, Akademi Cinta dan sitkom, Salam Pantai Timur.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan pensyarah muzik ASK, Rozario Gulam Rasul, rezeki Abby terus mencurah. Pun begitu, kepada Raja Farah, janganlah berduka kerana rezeki kita ada di mana-mana.

Inilah jalan yang sudah Mila pilih

Daripada raut wajah dan pertuturannya, ternyata dia ikhlas dan genuine. Tanpa berselindung dan segan, Mila mengakui ayahnya yang berpengalaman dalam bidang muzik bertugas sebagai pengawal keselamatan, manakala ibu membantu pendapatan keluarga melalui tugas sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

"Mila bukan orang senang. Jadi Mila kena kerja keras untuk membina kehidupan Mila sekeluarga," katanya.

Mengulas mengenai kemenangannya sebagai juara pertama AF di kalangan seorang wanita dan desus-desus mendakwa Astro seolah-olah memberinya laluan mudah kepadanya, Mila menyangkal pendapat itu.

Dia memberitahu, ketika dalam AF, dia bersama rakan-rakan diberi peluang memilih lagu sendiri untuk konsert setiap minggu.

"Kalau Mila tahu kemenangan ini satu rancangan Astro, tak perlulah Mila belajar bersungguh-sungguh. Mila masuk AF dengan zero knowledge, tapi berkat kegigihan, hari ini Mila dah ada sedikit ilmu.

Sepanjang tempoh pembelajaran, Mila kerja keras, berfikiran positif dan semua perkara boleh dilakukan kalau ada usaha berterusan.

"Dengan kemenangan ini, ia memperlihatkan pengundi lelaki mahupun perempuan semakin setara, sekali gus memecah monopoli tanggapan yang mengatakan hanya peminat perempuan yang rajin mengundi pelajar lelaki.

"Alhamdulillah, berkat usaha, hari ini sudah menampakkan hasilnya. Mila berjaya membuktikan, kaum perempuan juga boleh mendapat tempat dalam AF," kata Mila yang sentiasa merendah diri dan kalimah insya-Allah selalu terucap di bibirnya.

Perasaan Mila bergelar juara?

"Juara hanyalah pada nama dan gelaran. Inilah permulaan sebenar kerjaya seni Mila. Semuanya dah berada dalam dunia realiti, bukan lagi fantasi. Jadual kerja Mila semakin padat. Dalam hal ini, tak ada apa yang perlu Mila kesalkan kerana inilah jalan yang sudah Mila pilih. Sekarang masa untuk kerja keras memperbaiki mutu persembahan," katanya bersungguh-sungguh.

Pengalaman cinta Mila?

"Mila mengaku Mila pernah bercinta dengan seseorang sebelum Mila menyanyi di Hotel Evergreen dulu. Tapi percintaan kami hanya bertahan kira-kira enam bulan saja. Sekarang, masa dah mula membatasi segala-galanya. Mila kena buat banyak pengorbanan kalau mahu berjaya sebagai artis.

"Mila tak boleh memikirkan lagi soal hati. Cinta sebenar Mila adalah lebih kepada membina kerjaya. Mila berazam nak berjaya, nak bantu keluarga.

"Pada kesempatan ini, Mila juga ingin ucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua pengundi Mila yang tidak jemujemu menyokong Mila dalam AF5. Insya-Allah, Mila akan ingat pesanan orang di sekeliling yang banyak memberikan semangat kepada Mila," ujarnya menyimpul kata.

Apa Pandangan Artis Kita Tentang Mila AF5

AISHAH:

"DALAM ramai-ramai pelajar AF5, saya dapati Mila menunjukkan peningkatan paling memberangsangkan. Masa mula-mula belajar dalam akademi, Mila kedengaran sangat sengau, namun hari demi hari dia belajar dan memperbaiki kesilapan dan mengasah kelebihan yang dimiliki," kata Aishah dengan bersemangat.

"Mila comel budaknya. Kalaulah saya cikgu dia, sudah tentu saya sangat berbangga mendapat pelajar yang bekerja keras sepertinya. Dia banyak belajar daripada kesilapan," katanya.

Namun Aishah agak terkejut melihat konsep persembahan Mila ketika membawakan lagu Melukut Di Tepi Gantang.

"Saya tidak nafikan lain orang lain pula terjemahan lagunya. Benda seni ini tiada satu jawapan yang betul atau salah. Ia cukup subjektif. Apapun Mila membawakan lagu itu dengan baik sekali," katanya.

Bercakap mengenai personaliti, Aishah berkata Mila memiliki karakter keanak-anakan yang sangat menawan.

"Dia sentiasa bersemangat dan ada attitute. Ia satu pakej yang baik. Harapan saya untuk Mila, anda jadilah diri anda sendiri. Jangan takut untuk mempertahankan apa yang anda fikir baik untuk diri anda," katanya.

ZIANA ZAIN:

"LEGA, akhirnya ada juga bakat baru yang benar-benar hebat, diangkat ke tempat yang selayaknya. Sudah lama saya menanti juara AF menjadi milik pelajar wanita. Akhirnya ia berlaku juga dalam AF5," kata Ziana yang sedang sibuk melayan kerenah anak-anak.

"Mila ada potensi besar dalam bidang seni dan dia boleh pergi jauh. Bagi saya setiap penyanyi ada cara dan gaya tersendiri untuk menyampaikan lagu. Itu identiti namanya dan Mila perlu cari identiti itu," jelasnya yang cukup mengagumi cara penyampaian Mila pada konsert akhir, Sabtu lalu. Tambah Ziana, jika diimbas kembali, ramai yang layak untuk bergelar juara cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

"Saya cukup berbangga, sekurang-kurangnya kita ada seorang wakil yang baik bukan saja dari segi vokal malah personaliti dan penampilan. Mila punya pakej itu. Tahniah Mila!" katanya.

EZLYNN:

"JIKA dengarkan suara, anda tidak menyangka orangnya bertubuh kecil dan comel sekali, terutama vokalnya yang lantang dan serak," kata Ezlynn yang hadir sama di Konsert Akhir AF5 di Bukit Jalil.

"Mila membawakan lagu Cinta Pura-Pura dengan begitu baik sekali dan dengan cara yang tersendiri. Wajarlah dia diangkat sebagai juara bagi musim ini. Untuk insan semuda Mila, perjalanan kerjaya seninya masih jauh lagi. Mila perlu banyak bersabar tidak mudah mengalah dan menggunakan kemenangan ini sebagai batu loncatan untuk maju ke depan lagi. Jadi Mila perlu kerja keras," kata penyanyi asal lagu Cinta Pura-Pura ini.

"Sebenarnya saya rasa seronok sangat Mila menang. Ada juga wakil kaum perempuan menjadi juara AF akhirnya. Ini bermakna peluang untuk pelajar wanita menjadi juara sebenarnya ada. Jadi gunakan ilmu yang ditimba sebaik-baiknya dan jangan pernah kenal erti putus asa," katanya.

Sedikit Info Tentang Mila AF5

Mila atau nama penuh, Noorsyarmilla Jirin, 19, dilahirkan pada 23 Disember 1987. Berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan berdarah campuran India Muslim di sebelah ibunya serta Melayu (ayah).


Anak sulung daripada tiga beradik. Gadis kecil molek ini memiliki ketinggian 148 sentimeter dan berat 37 kilogram. Ukuran pinggangnya 24 inci dan saiz kasutnya pula, 4. Sementara itu, tahi lalat di pipi kiri Mila membawa petanda dia dikatakan mudah menangis.


Mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang. Sejak di bangku sekolah lagi, Mila suka menyanyi. Lagu pilihannya ketika sambutan Hari Guru di sekolah ialah Salam Akhir (Sudirman Haji Arshad).


Selepas tamat alam persekolahan, Mila pernah menyanyi di beberapa lounge hotel sekitar Pulau Pinang. Sebelum menyertai AF5, dia menyanyi selama kira-kira tiga bulan di Hotel Evergreen, Pulau Pinang diiringi pemuzik dan penyanyi Filipina.


Ayahnya, Jirin Burhan yang kini bertugas sebagai pengawal keselamatan adalah bekas pemain dram manakala ibunya, Zarina Haron, seorang operator pengeluaran di Pulau Pinang.

Kesihatan Kasma Booty semakin stabil

Tahap kesihatan seniwati veteran, Kasma Booty, 75, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor minggu lalu kerana menghadapi masalah paru-paru, sudah semakin stabil.

Bagaimanapun doktor masih mengawasi perkembangan kesihatannya dan beliau perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

Anak bongsunya, Purnama Booty Jacobs, 52, berkata keadaan ibunya masih lemah kerana baru menjalani rawatan susulan untuk pemeriksaan jantung tengah hari semalam.

“Ibu baru selesai menjalani rawatan susulan untuk pemeriksaan jantung, tengah hari tadi. Alhamdulillah, doktor memberitahu jantungnya berada dalam keadaan baik.

“Esok, ibu dijadualkan menjalani pemeriksaan paru-paru pula. Doktor menasihati agar ibu terus berada di Hospital Ampang sehingga keadaannya benar-benar pulih,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam waktu sama walaupun sudah beransur pulih, Purnama berkata, keadaan ibunya masih lemah dan tidak dibenarkan banyak bercakap.

“Keadaan ibu begitu kerana badannya baru hendak kembali sembuh terutama akibat masalah pernafasan yang dihidapi sebelum ini.

“Badannya juga masih lemah kerana masalah berat badan yang dihadapi tetapi rasanya ia tidak menjejaskan rawatan yang dilakukan doktor,” katanya.

Purnama berkata, ibunya tetap menerima pelawat daripada saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

“Begitupun, mereka hanya dapat melihat dari jauh dan hanya bercakap sepatah dua kerana tahu keadaan ibu tidak boleh banyak bercakap dan berasa penat.

“Selain itu, kebanyakan rakan rapat akur dengan saranan doktor agar ibu tidak banyak menerima tetamu kerana tidak mahu proses rawatan terganggu,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dengan diiringi Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Mahyidin Mustakim dan Timbalan Ketua Pengarah Finas, Mohd Zulkifli Ab Wahab, datang melawat Kasma.

Tidak ketinggalan rakan baiknya, seniwati veteran Latifah Omar dan suami turut menziarahi seniwati yang cukup popular dengan filem Juwita.

Kasma dimasukkan ke Hospital Ampang, 13 Mei lalu selepas menghadapi masalah pernafasan dan selepas diberi rawatan rapi di unit rawatan rapi, doktor mendapati dia menghidapi masalah paru-paru berair.

Manjalara: Abby berjaya menjiwai watak Zsa-Zsa

Abby terpaksa buat kajian, keluarkan pakaian lama ketika bersama kumpulan Elite demi menghidupkan watak ganjil

Karakter Zsa-Zsa yang dramatik, emosi, ceria dan manja dibawakan Abby Abadi dalam telenovela Manjalara begitu ‘menjadi’ sekali gus pelakon itu berjaya keluar dari imej Ketua Inspektor Aleeza dalam drama Gerak Khas.

Tanpa membelakangkan kewibawaan watak Aleeza dalam drama kepolisan itu, Abby membuktikan dia pelakon serba boleh asalkan pengarah memberi kepercayaan kepadanya untuk membawakan sesuatu watak itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Zsa-Zsa antara daya penarik Manjalara selain jalan ceritanya yang menarik. Kekuatan lakonan Abby juga dibantu oleh kehebatan pelakon lain yang turut membintangi drama itu seperti Sheila Rusly (Sahara), Mustapha Kamal (Johan), Emelda Rosmila (Manjalara), Jehan Miskin (Iskandar), Zuliana Aziz, Raja Farah, Radhi Khalid, Aziz Satar dan Faizal Yusup.

Drama arahan Kabir Bhatia itu disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia. Ia dihasilkan sebanyak 75 episod dan dipancarkan setiap Isnin hingga Khamis, selama sejam mulai 6.30 petang.

Secara ringkasnya, Zsa-Zsa adalah ibu saudara kepada Manjalara. Apabila ibu dan bapa Manjalara meninggal dunia lakonan Rozita Che Wan dan Azhar Sulaiman, Zsa-Zsa sangat mengambil berat terhadap Manjalara yang selalu menjadi mangsa kekejaman Sahara kerana perebutan harta.

Menurut Abby, dengan kemunculannya dalam Manjalara maka tercapailah impiannya untuk membuktikan dia pelakon versatil. Katanya, untuk watak Zsa-Zsa dia berusaha untuk keluar dari karektor Aleeza.

Sebaik saja Kabir menawarkannya watak itu, hampir sebulan dia membuat kajian untuk merealisasikan watak Zsa-Zsa yang manja dengan imej tersendiri.

“Kononnya Zsa-Zsa pernah menjadi penyanyi dan pelakon popular pada awal 80-an sezaman dengan Noor Kumalasari, Zaiton Sameon dan Ogy Datuk Ahmad Daud.

“Pada zaman persekolahan dia pernah bercinta dengan Johan tetapi akhirnya Johan mengahwini Sahara. Maka timbulah konflik Sahara mencemburinya kerana Zsa-Zsa tidak pernah berputus-asa menggoda Johan.

“Saya memang tidak sabar untuk membawakan watak Zsa-Zsa. Saya berusaha mencipta kelainan pada karakter itu. Bagi menampilkan perbezaan, karakter seperti Zsa-Zsa belum pernah ditonjolkan dalam drama tempatan.

“Cara berpakaian Zsa-Zsa juga mesti kelihatan pelik. Walaupun bukan lagi artis, Zsa-Zsa tetap mengutamakan penampilan yang adakala kelihatan berlebihan dengan topi besar dan berstokin.

“Saya turut memberi jiwa kepada setiap dialog yang dilafazkan supaya penonton melihat saya sebagai Zsa-Zsa dan bukannya Aleeza. Dengan kelainan yang saya cuba bawakan itu, saya mahu penonton sentiasa menantikan kemunculan watak Zsa-Zsa dalam Manjalara,” katanya.

Walaupun berpuas hati dengan lakonannya, namun Abby sedar bukan mudah berlakon komedi meskipun hampir 13 tahun menceburi dunia seni. Namun, pengalaman menguatkan hatinya dengan cuba beraksi selamba saja.

“Hendak buat orang ketawa bukan sekadar melafazkan dialog tetapi gerak geri pun penting. Ada ketika saya sendiri tidak sedar apa saya buat kerana ketika berlakon idea datang spontan.

“Pening juga memikirkan idea yang hendak diselitkan dalam setiap babak membabitkan Zsa-Zsa. Tetapi apabila krew, jurusolek artis, pembantu pengarah dan pengarah sendiri terhibur, bermakna babak lakonan saya itu menjadi dan saya sendiri dapat merasai kepuasannya,” katanya.

Abby atau nama sebenarnya Arbai’yah Abdul Manan berkata dia cipta sendiri imej Zsa-Zsa. Untuk penggambaran blok kedua drama itu pada 27 Mei ini, Abby bersiap-sedia dengan idea baru untuk menyerlahkan lagi penampilan Zsa-Zsa.

“Demi watak itu juga saya sanggup berhabis mencari pakaian sesuai. Saya juga keluarkan baju lama yang pernah dipakai ketika bersama kumpulan Elite dan pakaian sewaktu pergi ke majlis anugerah.

“Pakaian Zsa-Zsa mesti kelihatan janggal sehingga membuatkan orang memandangnya berkali-kali seperti stokin panjang warna merah menyala dan berbunga-bunga,” katanya.

Jelasnya lagi, dalam telenovela itu dia kemudiannya berkahwin dengan peguam, lakonan Radhi Khalid kerana kecewa menunggu Johan. Walaupun watak Radhi muncul sesekali saja, namun Abby akui suka digandingkan dengan Radhi.

“Untuk menimbulkan keserasian, saya dan Khalid selalu berbincang. Radhi memang versatil. Berilah apa saja watak kepadanya pasti dia boleh buat. Manalah tahu semoga dengan kejayaan watak Zsa-Zsa membuka pintu rezeki saya lebih luas dan dapat berlakon filem pula.

“Mengikut perancangan awal, saya berhasrat merakamkan lagu solo untuk dijadikan lagu tema Manjalara, tetapi disebabkan jadual kerja padat, impian itu tidak kesampaian,” katanya.

Gang Starz: antara patriotisme dan bakat

GANG Starz merupakan program TV realiti tempatan yang menyediakan hadiah berupa wang tunai paling lumayan berjumlah AS$100,000 (RM340,000) untuk habuan juaranya.

Hadiah yang lumayan itu tentunya mampu untuk mendorong para peserta bersaing dengan lebih bersungguh-sungguh.

Apatah lagi pertandingan yang menampilkan peserta secara berkumpulan itu disertai oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Sebab itu, tidak hairanlah Gang Starz hanya menampilkan para peserta yang cukup berbakat bagi mewakili negara masing-masing.

Tiga peserta Gang Starz iaitu The Lima serta Mendua dari Indonesia, manakala Flava dari Malaysia sudahpun menempah tiket ke pertandingan akhir program itu yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 17 Jun ini, pukul 9 malam.

Gang Starz menentukan juaranya berdasarkan 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton, sementara 50 peratus lagi menerusi pemilihan panel juri tempatan.

Pada pertandingan itu, para peserta dari Malaysia boleh dikatakan lebih bernasib baik berbanding peserta lain terutamanya dari Indonesia.

Ini kerana, undian SMS daripada para penonton hanya dapat diterima di negara ini kerana siaran langsung Gang Starz pada setiap minggu tidak dapat diikuti di Indonesia.

Kalaulah faktor itu diambil kira, secara logiknya undian SMS para penonton sepatutnya lebih memihak kepada para peserta dari negara kita.

Tentunya ramai kawan-kawan dan saudara-mara para peserta dari negara kita yang akan menghantar SMS bagi memilih juara pada program tersebut.

Sayangnya, keadaan itu tidak berlaku dalam Gang Starz, sebaliknya The Lima dari Indonesia pula yang sentiasa mendahului carta sebagai peserta paling banyak menerima undian SMS daripada para penonton hampir pada setiap minggu.

Fenomena itu seakan-akan menggambarkan para penonton kita semakin matang dan hanya memilih peserta yang berbakat sahaja tanpa dipengaruhi oleh batas negara ataupun rumpun bangsa.

Kalau itulah penilaian yang dapat disimpulkan, pada masa sama kita juga seolah-olah menafikan bakat para peserta dari Malaysia yang terbukti tidak kurang hebatnya berbanding The Lima dan Mendua.

Colabr8 yang berasal dari Pulau Pinang misalnya, juga mempunyai gaya yang tersendiri selain persembahan mantap, cuma ada kalanya undian SMS para penonton yang turun naik kurang memihak kepada mereka.

Malah, bakat dan saingan yang ditunjukkan oleh para peserta dalam usaha untuk memburu gelaran juara juga dilihat agak seimbang.

Selain itu, kita semua juga tentunya mengetahui bahawa tiga juri tetap Gang Starz iaitu Arab, Vernon Kerdit dan Maple Loo ketiga-tiganya merupakan rakyat Malaysia.

Jika diteliti senario itu, secara kasarnya kita sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk mengangkat juara Gang Starz musim pertama terbitan TV3 itu daripada kalangan peserta tempatan.

Sebabnya, kuasa penentu juara Gang Starz bukan sahaja berada di hujung jari para penonton di negara ini melalui undian SMS, tetapi ia juga terletak atas pemilihan para juri kita sendiri.

Dalam hal itu, para pengundi SMS kita seharusnya bijak memilih peserta yang benar-

benar berbakat sahaja selain tidak mengetepikan semangat berunsur patriotik yang sepatutnya terbenam di hati mereka.

Begitu juga dengan sikap para juri kita yang sepatutnya tidak membanding-bandingkan bakat peserta kita dengan peserta dari Indonesia.

Perumpamaan seperti ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’ sepatutnya tidak timbul lagi dalam dunia hiburan tempatan jika kita mahu bakat seni kita ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan orang luar.

Malah, saya juga amat takut untuk membayangkan nasib yang akan menimpa para peserta dari Malaysia jika pertandingan Gang Starz dengan konsep penjurian yang sama diadakan di Indonesia.

Bayangkan, dengan jumlah penduduk melebihi 200 juta orang ditambah lagi dengan semangat patriotik mereka yang sangat tinggi, saya yakin para penonton di negara seberang itu akan menggunakan sepenuhnya kekuatan tersebut jika mendapat peluang.

Usahlah dipertikaikan semangat patriotik yang sangat tinggi di kalangan rakyat Indonesia kerana sejarah sejak zaman penjajahan Belanda di sana lagi telahpun membuktikannya.

Selama ini sudahlah berbilion ringgit pengaliran duit kita keluar saban tahun ke Indonesia disebabkan kemasukkan pekerja dari negara tersebut sama ada secara halal ataupun pendatang asing tanpa izin di negara kita.

Justeru, kita tentunya tidak mahu berlaku satu lagi pengaliran wang keluar negara jika peserta dari Indonesia yang muncul juara dan membawa pulang RM340,000 ke negara mereka.

Sebab itu, dalam hal ini kalaulah bukan kita yang menentukan peserta Gang Starz mana yang akan menjadi juara dan penghibur dalam dunia hiburan tempatan pada masa depan, siapa lagi?

Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia Meriah

MEMANG meriah! Dua perkataan tepat menggambarkan Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Perak, malam Sabtu lalu.

Buktinya, kira-kira 10,000 penonton menyerbu kawasan lapang taman tema popular itu sejak awal petang lagi walaupun hujan lebat turun sebelum itu.

Tepat pukul 9 malam, konsert berkenaan memulakan tirai dengan persembahan pasangan hos, Roslan Shah dan Haiza menerusi himpunan lagu-lagu Allahyarham Sudirman dan gelek dangdut.

Seterusnya, acara memotong kek meraikan sambutan ulang tahun ke-10 BMLR oleh Pengurus Besar BMLR, Jasmi Osman, Pengurus Kumpulan Hotel dan Resort MK Land, Anuar Yang Ghazali bersama kakitangan BMLR serta artis-artis popular yang menjayakan konsert berkenaan.

Dan konsert yang ditunggu-tunggu akhirnya terlaksana apabila artis-artis popular tanah air antaranya Ella, Dayang Nurfaizah, Elyana, Ramlah Ram, Diana Naim, Faizal AF4, Rosma AF1, Bob AF2 dan Fiq (Mentor) membuat persembahan mereka.

Corat-coret

*Rombongan bas yang membawa artis dari Kuala Lumpur ke BMLR hanya melibatkan Fiq dan Ina Naim kerana selebihnya lebih selesa berkereta sendiri.

*Ratu rock, Ella memaklumkan dia akan sampai sekitar pukul 8 malam kerana menghadiri konvokesyen anak buahnya di UiTM, Shah Alam.

*Hujan lebat sekitar pukul 2 petang mengundang rasa bimbang kepada penganjur. Namun cuaca kembali panas dan baik sejam kemudian sehinggalah konsert berakhir.

*Sesi artis bertemu peminat pada pukul 5 petang sesak dengan orang ramai sehingga menyaksikan adegan tolak-menolak dan tidak terkawal.

*Pentas konsert menjadi bahan usikan kerana dihiasi dengan segala jenis pokok dan daun serta kelihatan seperti khemah askar. Siap ada jaring di atas bumbung konsert itu.

*Ramai artis yang pulang selepas konsert berakhir kerana mempunyai aktiviti pada pagi Ahad. Lalu, kes tumpang kereta berlaku di kalangan mereka. Antaranya Ina Naim yang menumpang kereta Rosma.

*Ina kelihatan sibuk bergayut di telefon bimbitnya sebelum konsert bermula. Apabila ditanya, katanya, ada masalah keluarga. Namun yang musykil, raut wajah kelihatan berseri-seri ketika bergayut.

*Malam malang Haiza. Pertama dia hampir tersungkur kerana tersalah pijak tangga pentas. Kedua, jaring di atas pentas terputus lalu jatuh ke atasnya. Ketiga, ada serangga yang suka menghinggap di badannya.

*Fiq bertuah apabila seorang peminat menyanyikan hampir keseluruhan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang yang dipersembahkannya. Namun awas Fiq, vokal peminat tersebut mendapat pujian ramai.

*Seorang peminat lelaki terlampau seronok dapat berjumpa dengan Ramlah Ram. Ceritanya, sudah bertahun hendak jumpa Kak Ramlah.

*Ella memang menjadi tumpuan penonton malam itu. Tindakan beraninya yang turun di celah-celah penonton menyebabkan dia diserbu. Akibatnya, pasukan Rela bekerja keras mengawal keadaan.

Monday, May 28, 2007

Creative Video Clip from Pop Shuvit

This video clip is from their single "Set You On Fire"
GOOD JOB

Synopsis: Sumo-lah

Starring: Afdlin Shauki, Awie, Radhi Khalid, Patrik Teoh
Director: Afdlin Shauki

Synopsis: The Sushi Restaurant Association of Kuala Lumpur is organizing their annual underground Sumo tournament. Boleh Sushi, a small sushi joint and last year’s runners-up, are short one fighter after losing their cook, Hassan. They have to find a replacement soon. They accidentally find Ramlee.

What would happen if a hotheaded and unambitious Malay man (Ramlee) was forced to enter the rigourous and challenging world of sumo? Would he give up on the trials and tribulations he finds himself committed to? Or will his relationship with the father-figure he never had create a purpose for him to rise above the challenges and endeavour to do his best?

Ramlee (Afdlin Shauki) is a down and out Malay boy who can’t seem to hold down a job, much to his mother’s (Kartina Aziz) disappointment. Out of a job and out of money, he stumbles across a challenge by sushi restaurant owner Honda (Patrick Teoh) to “eat all you can for free food – within a time limit”.

Hungry and desperate, Ramlee attempts the challenge, and fails. In compensation, Honda lets Ramlee take a job at the restaurant to pay off his due. Ramlee becomes a member of the Boleh Sushi shop staff, along with Haris (Awie) and Andy (Radhi Khalid). Ramlee is immediately attracted to Honda’s beautiful daughter, Siti (Inthira Charoenpura), who is half-Japanese and half-Malay. He begins to learn the meaning of having good work, good friends and family.

One day he learns that part of his obligation is to take part in the Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championships held by the local Japanese owners of sushi restaurants.

Whilst taking part in the initial friendly bout, Akira (Gurmit Singh), Siti’s ex-boyfriend, humiliates him in public. It is only after that that Ramlee finds out that he had been tricked into working for Boleh Sushi because Honda was desperate for a third member for their team.

Ramlee has to make a choice – whether to stay on and fight for Boleh Sushi in the upcoming Championships, or to give up on his new-found family. He decides to step up to the challenge and begins training with the boys for the big fight.

He learns the meaning of the word “nokotta” – never give up, the fight is not yet won. He learns that no matter what the result, the honour is in fighting the good fight. Ultimately, Ramlee’s challenge is to let go of the excuses he has made for himself, and to fight till the end, no matter what.

Kaer kesal difitnah mabuk, berpeleseran

PERNAH dia berasa tidak dipedulikan. Bagaimanapun, demi cintanya terhadap muzik, Wan Mohammad Khair Wan Azami (Kaer), 22, bangkit dari kesuraman. Lalu, dua tahun selepas menyepikan diri, dia kembali memeriahkan persada seni tanah air bersama kemunculan album sulung berjudul Menjelma yang akhirnya melewati pasaran awal tahun ini.

Namun apa yang membuatkan hati Kaer terluka apabila namanya mula meniti kejayaan, ada pihak seakan-akan tidak senang dan cuba menabur pasir ke periuk nasinya.

Lebih menghampakan, sebuah akhbar tabloid dengan berani menulis sesuatu yang melampau mengenai dirinya.

“Artikel itu tersiar lebih kurang tiga minggu yang lalu siap tentera nama dan gambar saya sekali tetapi bukan gambar ‘kejadian’ seperti dimaksudkan, sebaliknya gambar biasa.

“Saya perhatikan kalau artis lain dikaitkan dengan gosip seperti itu tidak pula nama dan gambar mereka disiarkan. Tapi lain pula jadinya pada saya. Sudahlah tidak berasas langsung, berani pula mereka buat begitu!

“Catatan artikel itu berbunyi lebih kurang begini, saya didapati berpeleseran di sebuah lokasi sekitar ibu kota dalam keadaan mabuk sehingga gelagat saya diperhatikan orang awam.

“Saya dapat tahu cerita ini daripada ibu yang membaca artikel berkenaan. Namun dia tidak percaya saya lakukan semua itu kerana selama dua bulan saya terlantar demam panas dan tidak keluar rumah, ibulah orang paling setia menjaga saya.

“Penulis artikel berkenaan turut menyatakan sekiranya saya inginkan penjelasan dan memberi kenyataan mempertahankan diri, sila menghubunginya. Namun apabila saya menelefon penulis itu, dia memberi pelbagai alasan.

“Tengah sibuklah, ada tugasan di luarlah dan kadang-kadang orang lain yang tolong menjawab bagi pihaknya. Kalau tidak percaya, saya boleh tunjukkan bil telefon bagi membuktikan berapa puluh kali saya menghubunginya tapi tidak pernah berpeluang mendapatkan penjelasan atau memberi kenyataan.

“Yang saya pelik kalau benarlah dia tidak bersalah dan menulis artikel itu berdasarkan sumber yang sah, mengapa dia perlu mengelak daripada saya?” katanya.

Lantaran tersiarnya artikel berkenaan, ibubapa Kaer menyarankan supaya hal ini dibawa ketengah dan sekali gus menyaman akhbar itu. Namun Kaer enggan memanjangkan cerita kerana banyak perkara yang harus diberi tumpuan.

“Saya bukan takut dan tidak ada sebab untuk takut. Cuma memang sudah menjadi sikap saya sejak dulu lagi mudah memaafkan orang.

“Lagipun banyak lagi perkara penting yang perlu saya berikan tumpuan selepas bersusah payah, menjual kereta dan menghabiskan duit simpanan untuk menghasilkan album Menjelma.

“Orang bukannya tahu macam mana saya susah terpaksa makan maggi, roti dan coklat untuk isi perut semata-mata menyiapkan album ini. Tiada seorang pun pernah peduli apa yang terjadi pada saya sepanjang dua tahun menyepikan diri.

“Peliknya mengapa bila saya sudah senang, sedap-sedap saja orang mahu menjatuhkan karier saya. Masalah dengki dan iri hati saya sedari sejak menyertai Akademi Fantasia lagi.

“Apa yang pasti, saya tidak bodoh melakukan sesuatu perkara di luar batasan yang hanya mencemarkan maruah diri dan keluarga kerana saya sendiri tidak mahu meraih publisiti dan populariti dengan cara sebegitu.

“Justeru, saya membuat kesimpulan orang yang menulis cerita sebegini pemikirannya cetek. Malah saya juga tidak percaya dia memperoleh berita itu daripada sumber, sebaliknya menulis sesedap rasa hati,” katanya.

Ditanya bagaimanakah dia boleh mendapat serangan deman panas sebegitu lama sehingga dua bulan, Kaer yang mulanya keberatan menjelaskan hal sebenar akhirnya tewas lalu membuka rahsia yang tersimpan rapi.

“Sebenarnya saya terkena buatan orang. Setiap kali menyanyi, saya rasa pedih di tekak. Sampailah satu hari itu tidak boleh bangun dan ibu membawa saya berjumpa dengan ustaz lalu dikeluarkan kaca dalam tekak dan perut sebelah kiri,” katanya.

Menyentuh karier nyanyiannya, Kaer berterima kasih kepada komposer terutama Azlan Abu Hassan kerana mencipta sebuah lagu yang indah iaitu Izinku Pergi sehingga melonjakkan semula namanya.

“Lagu itu disukai ramai dan gara-gara penangan Izinku Pergi saya menerima banyak undangan persembahan. Alhamdulillah, sekarang ini kos (RM100,000) album hampir dapat dipungut semula,” katanya.

Tambah Kaer, tumpuannya kini untuk melebarkan sayap di peringkat antarabangsa. Buktinya pada Ogos atau September nanti, dia akan terbabit dengan sebuah pertandingan yang mengiktiraf muzik ‘house’ dan remix.

“Saya memperoleh peluang itu selepas mengirimkan single Menjelma saya kepada seorang rakan di sana. Tidak sangka pula sahabat saya itu memberikan kepada rakannya yang lain sehinggalah sampai ke tangan seorang penganjur pengurusan acara.

“Ternyata dia tertarik dengan lagu itu yang disifatkan cukup unik dan masih mengekalkan elemen tradisi seperti gamelan walaupun diadaptasi secara moden.

“Justeru, harus saya ucapkan terima kasih kepada Internet kerana ia membuka peluang yang luas untuk saya menambahkan kenalan dan mendapatkan ‘contact’.

“Harapan saya, pembabitan dalam acara sebegini dapat saya gunakan untuk memperkenalkan hasil karya anak tempatan dan sekali gus mengharumkan nama negara.

“Saya percaya muzik tempatan boleh pergi jauh tetapi orang dalam industri harus lebih terbuka serta berani mencuba,” katanya yang juga semakin dikenali di Jakarta, Indonesia.

Kaer yang bakal melanjutkan pengajian di sebuah institusi sama ada di Australia, New Zealand, Jakarta atau United Kingdom mempunyai perancangan menghasilkan album di Indonesia tidak lama lagi.

Dia berhasrat memperkenalkan konsep retro untuk album keduanya. Di samping berusaha menjalinkan kerjasama dengan komposer dari Sebarang, Kaer juga terus mengekalkan nama komposer tempatan.

“Buat masa ini terlalu awal untuk saya memperkatakan soal itu kerana ia masih dalam peringkat perbincangan. Janji saya, album ini akan menonjolkan kematangan vokal dan memuatkan lagu yang lebih menyengat,” katanya yang mengasah kemantapan vokal daripada guru vokal terkenal, Siti Hajar.

Pertemuan Adam, keluarga Abah kecoh

Pertemuan Adam AF2 dengan keluarga angkatnya kecoh apabila sekumpulan lelaki berbadan tegap yang dipercayai menemani penyanyi itu bergaduh dengan pengawal peribadi keluarga berkenaan.

Ia berlaku selepas timbul ketegangan ketika mereka berbincang di rumah keluarga angkat terbabit di Kota Damansara di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Adam dikatakan datang ke rumah keluarga angkatnya dengan menaiki sebuah Mercedes Benz hitam dengan ditemani bapa kandungnya dan seorang lelaki yang mengaku dirinya bergelar Datuk serta beberapa lelaki berbadan tegap.

Kekecohan itu mengejutkan jiran keluarga angkat penyanyi berkenaan yang turut menyaksikan kumpulan lelaki berbadan tegap terbabit mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa angkat Adam yang juga bergelar Datuk.

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila bapa angkat Adam yang dikenali sebagai ‘Abah’ tidak membenarkan Datuk terbabit menyertai perbincangan mereka.

Difahamkan ketika pergaduhan berlaku, Adam dan bapa kandungnya berada dalam rumah untuk berbincang bagi menyelesaikan krisis peribadi antara mereka.

Abah ketika dihubungi berkata, ketika berbincang dengan penyanyi itu dan keluarganya, mereka terdengar bunyi bising di luar rumah dan terus keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Sebaik keluar dari rumah, saya dapati sekumpulan kira-kira enam hingga tujuh lelaki berbadan besar yang tidak dikenali tercegat bersama lelaki yang menggelarkan dirinya Datuk itu di hadapan rumah sambil memaki-hamun saya.

“Saya tidak mengetahui punca kejadian berkenaan dan cuba bertanya apa yang berlaku, tetapi sebaliknya mereka menampar muka pengawal peribadi saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit turut meludah pengawal peribadinya sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Abah berkata, dia tidak mengetahui motif sebenar lelaki berkenaan mahu menyertai perbincangan itu kerana setahunya, dia tidak mengenalinya serta tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

Abah juga menafikan dakwaan dia mempunyai niat tersembunyi atau cuba mempengaruhi Adam supaya mengikut katanya.

“Beberapa hari sebelum kejadian, Adam ada menghantar SMS kepada saya untuk mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan segala masalah atau salah faham yang berlaku sebelum ini.

“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan menjadi buah mulut orang kerana kami sekeluarga sayang kepada Adam.

“Kami juga mendoakan semoga Adam bahagia dengan kehidupannya dan krisis antara kami dianggap selesai selepas perbincangan hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, jiran keluarga angkat penyanyi itu yang enggan dikenali berkata, penduduk di situ turut terkejut dengan tindakan Adam meninggalkan keluarga angkatnya.

“Sebelum ini mereka hidup bahagia dan Adam sering kelihatan di rumah keluarga angkatnya.

“Adam juga sering mengikut bapa angkatnya berjemaah di masjid di kawasan ini dan selalu menunggang basikal dengan adik angkatnya.

“Keluarga angkatnya tidak pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan ini dan mereka keluarga yang baik serta dihormati di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Peribadi Adam, Zul Andi ketika dihubungi berkata, dia turut bersama penyanyi itu ke rumah keluarga angkat berkenaan, petang semalam.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan menafikan ada berlaku pergaduhan,” katanya.

Zul berkata, beliau tidak dapat menghubungi Adam kerana penyanyi itu tidak mahu menjawab panggilan telefon.

Adam sebelum ini mendiamkan diri selepas merajuk dan tertekan berikutan krisis dengan keluarga angkat selain kematian datuknya, baru-baru ini.

Ning Mengembara ke Kota LONDON


“Misi utama saya melebarkan sayap ke luar negara adalah untuk mereka menilai bakat saya... suara saya... muzik saya...

“Diri saya... biarlah seadanya. Seksi? Memang saya tidak mahu dan rasanya tak perlu, sebab artis di sana lebih seksi dan lebih berani,” jelasnya merungkai kenyataan itu.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui, penyanyi bersuara saprano itu baru sahaja kembali ke tanah air setelah menyelesaikan proses rakaman album Inggerisnya di kota metropolitan itu pada awal bulan ini.

Tidak sahaja rakaman vokal, Ning sempat juga menjalani beberapa siri penggambaran dengan seorang jurugambar Jepun bernama Nicki di sana.

Ia sebagai persediaan bagi prapromosi album tersebut yang bakal dipasarkan di beberapa negara Eropah yang dijangka dilakukan pada musim panas tahun ini.

Tegas Ning, dia sudah menetapkan, penampilan untuk album Inggerisnya lebih menjurus kepada ciri minimalis yang lebih segar dan bebas.

“Tak perlu seksi! Inilah imej saya nanti,” katanya yang sempat merubah tata gaya rambutnya ketika berada selama 16 hari di kota tersebut.

Dandanan terbarunya itu dibuat oleh juru dandan Cina yang berasal dari Malaysia bernama Yan Chen yang kini bermastautin di sana.

Namun kata Ning, biar berimej moden tetapi dia tetap menampilkan ciri-ciri tempatan pada penampilannya khususnya kaftan dan batik bagi imejnya di Eropah.

“Itu pilihan saya. Saya tidak mahu berlebih-lebihan. Semasa berada di sana pun, saya mengenakan beberapa pasangan kaftan batik rekaan Nazleen Noor.

“Saya menyukai imej itu dan saya mahu perkenalkannya di sana. Dan saya rasa saya mampu,” kata Ning optimis.

*Ning perkenal classtronic

Usaha Ning merakamkan album Inggeris untuk pasaran Eropah telah dimulakan sejak setahun yang lalu setelah ‘disambar’ seorang lelaki Itali bernama Luigi Bagona.

Dia merupakan pengarah urusan Orinikos Private Limited, rakan niaga pengurusan Ning And Associates di Itali yang bertanggungjawab menguruskan pemasaran album Ning di Eropah.

Ning mengenali Luigi pada 2003 sewaktu mengadakan showcase di Planet Hollywood dan sejak itu menjalin hubungan erat dalam usaha merealisasikan impian menembusi pasaran di sana.

“Setahun selepas pertemuan, dia menghantar tiket kapal terbang kepada saya untuk ke Monte Carlo dan sejak itu saya yakin dia serius dengan projek untuk memperkenalkan saya dan menghasilkan album saya,” jelas Ning yang turut menjelajah Eropah dua tahun lalu atas undangan Luigi.

Berada di London dari 5 Mei hingga 20 Mei lalu, Ning merakamkan 13 buah lagu termasuk lagu Drama yang dialih bahasa kepada bahasa Inggeris.

Lapan hari berkurung di studio, pemilihan lagu-lagunya dibuat penerbit eksekutif, juga berasal dari Itali, Marco.

Dan akui Ning, vokalnya berbeza daripada biasa - tiada lagi suara saprano - dan dia mengetengahkan genre muzik yang dipanggil classtronic iaitu gabungan irama klasik dan elektronik yang lebih rancak seperti elemen lagu-lagu yang diperkenalkan Kylie Minouge dan Justin Timberlake.

Ditanya mengapa tidak mengekalkan muzik arus perdana seperti pop, Ning mempunyai alasannya tersendiri.

“Kalau mahu dikenali, perlu sesuatu yang baru dan berlainan yang menjadi minat khalayak di sana. Muzik classtronic yang saya bawakan menjadi minat orang di sana.

“Lagipun, bukan mudah memasuki pasaran pop atau rock kerana sudah terlalu ramai seperti Anggun (penyanyi dari Indonesia) sudah punya nama yang amat besar di Eropah malah lagunya turut berada di carta.

“Saya tidak mahu menjadi ‘seorang lagi Asia’ yang hadir dengan konsep sedemikian,” jelas Ning yang turut berbangga kerana komposer popular Britain, Scobie yang pernah menghasilkan lagu untuk Jamiroquai turut menyumbangkan lagu untuknya.

Menurut Ning tidak sukar merakamkan lagu di sana kerana sudah berlatih secara online dua minggu sebelum bertolak ke London.

*Perjudian besar risiko tinggi

Bercerita tentang projek album Inggeris sulungnya itu, kata Ning, dia tidak pernah menyangka impiannya itu akan terlaksana

“Biasalah... Pernah ditipu beberapa kali membuatkan saya kurang mempunyai rasa percaya pada mereka yang menawarkan janji-janji sedemikian,” katanya.

“Tetapi Luigi mengotakan janjinya dan alhamdulillah, kini tinggal menunggu masa untuk dipasarkan,” tambah Ning.

Namun Ning mengakui bukan mudah memulakan langkah untuk mengejar pasaran dunia khususnya di negara Eropah walaupun kini beberapa negara seperti Jerman, Perancis, Belanda, Sepanyol, United Kingdom dan Italy sudah menunjukkan minat.

“Raihan sebelum begitu dikenali, menjelajah ke kolej-kolej dan kemudian terus berkembang. Lihatlah mereka sekarang.

“Saya juga mahu berjaya seperti itu. Mendapat sokongan tidak sahaja kalangan mereka berbangsa Inggeris tetapi juga kalangan orang Melayu dan muslim di sana.

“Dan saya yakin, jika ada rezeki, saya akan berjaya. Tetapi jika tidak, saya tidak akan berputus asa dan akan terus mencuba.

”Apapun, saya sudah bersedia. Tiada apa yang dapat menghalang saya. Kalau saya kena menyanyi di pasar raya pun saya bersedia.

“Paparazzi? Kalau itu yang saya perlu hadapi, saya akan harungi. Yang penting, saya akan menjaga diri.

“Malah saya sudah bersedia untuk berhijrah ke London jika itu yang harus saya lakukan demi mencapai kejayaan.

”Apa yang saya perlu kini hanyalah doa daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat. Ini satu perjudian paling besar dalam kerjaya saya dan saya mengambil risikonya,” kata Ning yang pernah melahirkan sebuah album berjudul Natural Woman untuk pasaran di Jepun pada 2001.

Gang Starz: Colabr8 tidak puas hati disingkir

SEPANJANG Gang Starz diadakan, program TV realiti itu tidak banyak mencetuskan kontroversi sehinggalah konsert mingguannya pada malam Ahad lalu.
Pada malam itu program terbitan TV3 tersebut membuat kejutan apabila menyingkirkan dua kumpulan tempatan iaitu E-Voke dan Colabr8.
Kejutan timbul apabila dua peserta itu dimasukkan semula ke dalam Gang Starz dan akan bersaing dengan Pianka, N-Quint, G-18, Equal Star serta Infinatez yang pernah tersingkir sebelum ini.
Wan-D bersama anggota kumpulannya, Colabr8 merupakan peserta Gang Starz yang paling tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
“Kami tidak puas hati kerana Gang Starz memasukkan semula peserta yang telah tersingkir sebelum ini.
“Kalau kami tersingkir malam ini kami rasa berbaloi tetapi dengan adanya kemasukkan semula peserta Gang Starz yang pernah tersingkir kami terpaksa bersaing semula.
“Bukannya mudah untuk kami berada di tahap sekarang ini. Keluarga kami sudah banyak sangat mengundi (menghantar SMS) untuk kami .
“Sampaikan dua adik anggota kami iaitu DJ KS menangis apabila kami disingkirkan. Sedangkan peserta yang telah tersingkir senang-senang sahaja dimasukkan semula mendapat peluang bertanding sekali lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert mingguan Gang Starz di
Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor malam kelmarin.
Bagaimanapun, jelas Wan-D atau nama sebenarnya Muhd. Hazwan Jasmi, 21, dia terpaksa akur dengan keputusan tersebut.
“Kami tidak boleh menyalahkan sesiapa sebab kami sudah mengikat kontrak (dengan TV3). Tetapi hati kami memang terguris. Sampai hati mereka buat kami macam ini,” ujarnya lagi sambil menitiskan airmata.
Pengurus Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan berkata, keputusan penyingkiran dan penyerapan semula tujuh kumpulan yang tersingkir itu bagi memberi peluang mereka bertanding sekali lagi.
“Keputusan ini dibuat pada saat akhir kerana kami mendapati ramai peserta termasuk yang tersingkir juga berbakat.
“Kadang-kadang para penonton tidak nampak sepenuhnya dan mereka pula tidak mengundi tetapi juri nampak (bakat peserta).
“Kami merasakan mereka ini sebagai artis pelapis masa depan, kalau bakat-bakat ini terlepas (tidak diberi perhatian) sayanglah (rugi),” katanya.
Ini bermakna, pada konsert minggu depan Colarbr8, E-Voke, Pianka, N-Quint, G-18, Equal Star dan Infinatez akan bersaing di mana pemenang yang mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi dan atas pemilihan juri akan layak bertanding pada peringkat akhir pada 17 Jun ini.
Jelas Azhar, kemasukkan semula para peserta yang tersingkir tidak bermaksud TV3 mahu menambah jumlah undian SMS.
“Isu itu tidak berbangkit langsung. Ini kerana, pada setiap minggu konsert Gang Starz diadakan, kami menerima jumlah SMS yang tinggi,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan pula berkata, kemasukkan semula peserta yang tersingkir pada Gang Starz sebagai tali penghubung antara para peserta dengan penonton program TV realiti itu.
“SMS merupakan salah satu kaedah interaktiviti yang kami gunakan untuk penonton memilih peserta Gang Starz dan ia bukannya berdasarkan keuntungan semata-mata,” katanya.
Kata Farid, Gang Starz merupakan satu-satunya program TV realiti yang mencungkil bakat penyanyi berkumpulan di Asia Tenggara.
Justeru, pada konsert minggu depan para peserta akan diberi peluang untuk menambah atau menyingkirkan anggota kumpulan masing-masing bagi memantapkan lagi persembahan mereka dalam usaha merebut hadiah wang tunai berjumlah RM340,000.
“Juri akan beri pendapat. Ini peluang mereka untuk tambah atau singkirkan anggota kumpulan mereka. Juri akan tolong para peserta buat keputusan tersebut,” ujarnya.
Sementara itu, buat masa ini TV3 sedang berbincang dengan beberapa buah syarikat rakaman yang berminat untuk menguruskan para pemenang dan peserta Gang Starz kelak.
“Kami sedang berbincang dengan KRU Records, salah satu daripada syarikat rakaman yang berminat. Pemenang Gang Starz antaranya akan mendapat kontrak dengan syarikat yang akan menguruskan mereka kelak.
“Kami akan buat pengumuman rasmi tentang perkara itu tidak lama lagi,” katanya lagi.
Pertandingan akhir Gang Starz akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 17 Jun ini bukan sahaja bakal disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Sebaliknya, stesen TV Televisi Paling Indonesia (TPI) juga akan menyiarkan siaran langsung pertandingan nyanyian tersebut di Indonesia.

Musical Theater: CHENG LOCK


Tarikh : 25 Mei 07 - 03 Jun 07
Masa : 8.30 Malam


Tan Cheng Lock seorang tokoh pejuang kemerdekaan tanah air yang mewakili kaum Cina. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Sambathan dan beberapa tokoh lain. Mereka bergabung tenaga menyedarkan bangsa untuk bebas dari cengkaman penjajah.
Muzikal Cheng Lock mengisahkan tentang perjuangan Tan Cheng Lock, guru Raffles College di Singapura, telah meletakkan jawatan dan kembali ke Melaka menguruskan perniagaan keluarganya. Cheng Lock muncul sebagai pemimpin kaum Cina, menubuhkan MCA dan bergabung dalam Perikatan untuk bersama-sama dengan pemimpin UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin MIC memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada penjajahan British. Muzikal ini akan menyorok kehidupan Tan Cheng Lock, kisah cintanya dengan Yeck Neo dan terpaksa melarikan diri ke India kerana ancaman Jepun. Teater ini merakamkan tentang perjuangan, suka duka dan pahit maung seorang warga untuk rakyat dan tanahairnya.

Pelakon: KENJI SAWAHII FELINA Cheah Teck Yong JALALUDIN HASAN LOUISA CHONG ABON

Tarikh Persembahan 25 Mei-3 Jun 2007

Tempat Persembahan Panggung Sari, Istana Budaya

Masa Persembahan 8.30 Malam

Harga Tiket RM20, RM30 & RM50

Potongan Harga 20% untuk Pelajar, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya

Pembelian Tiket/Maklumat Lanjut BOX OFFICE, Istana Budaya Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Telefon : 03-4026 5558 Faks : 03-4026 5552 E-mel : boxoffice@istanabudaya.gov.my Laman Web : www.istanabudaya.gov.my

Pembelian Tiket Menerusi Telefon (Kad Kredit)
Telefon : 03- 4149 8600 (Ticket2u.biz)

Pembelian Tiket Secara Online
www.ticket2u.biz

Mila AF5: Layak Menang atau Konspirasi ASTRO ?

Norsyarmilla Jirin atau Mila mendapat undian terbanyak sekali gus dijulang sebagai juara.

Tuah buat gadis berusia 19 tahun dari Pulau Pinang itu kerana dalam sekelip mata dia memperoleh hadiah keseluruhan bernilai hampir RM400,000 termasuk sebuah kereta Toyota Vios dan kondominium di A’Famosa Resort, Melaka.

Bagi yang mengikuti perkembangan turun naik undi SMS setiap minggu, mereka tertanya-tanya, ‘‘Kenapa Mila menang?’’

Pertanyaan yang sama juga ditanyakan oleh banyak orang tentang kesahihan jumlah undi SMS untuk seseorang peserta. Ini membuka ruang untuk khalayak membuat tanggapan liar tentang ketelusan undi SMS ini.

Antaranya siapa menyangka dengan peratus undian tercorot untuk Mila pada konsert mingguan menjadi sebaliknya semasa berlangsung konsert akhir di Stadium Putera Bukit Jalil Sabtu lalu.

Adakah benar Mila bertuah kerana seperti yang dilaporkan kebanyakan akhbar, pengundi lebih bijak memilih pemenang AF pada tahun ini? Berbanding sejak AF1 diperkenalkan pada tahun 2003, corak pemilihan pemenang adalah lebih tertumpu kepada personaliti dan tidak melihat aspek bakat.

Bukan menafikan hakikat juara-juara AF sebelum ini berkemampuan tetapi itulah hakikatnya yang harus diterima kerana AF memberi kuasa kepada penonton untuk membuat pemilihan melalui SMS.

* Kemenangan Mila diprogramkan?

Pemilihan pemenang pada tahun ini walaupun tiada prejudis namun ada yang mula bercakap keputusan pada konsert akhir lalu bagaikan sudah dirancang.

Antara tanggapan liar ialah pihak Astro dikatakan ingin mengubah ‘angin’ dengan memberi kemenangan kepada peserta wanita kerana selama ini peserta lelaki yang mendominasi program itu. Pemenang sebelum ini ialah Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3) dan Faizal (AF4).

Kalau dilihat sejarah AF sebelum ini, peserta lelaki mempunyai harapan yang lebih untuk kekal di dalam AF berbanding peserta wanita kerana ada teori bahawa yang banyak mengundi adalah wanita. Lelaki lebih banyak mengomel tetapi sangat ‘‘berhemah’’ untuk membelanjakan SMS kepada AF.

Maka untuk AF5 timbullah dakwaan kononnya SMS penonton disekat bagi memberi ruang peserta perempuan menjulang gelaran nombor satu pertandingan itu.

Turut dipersoalkan apakah bukti untuk mengesahkan undian SMS adalah telus kerana ada pihak mendakwa pada dasarnya sistem SMS boleh disekat.

Mereka juga bertanya siapakah juruaudit bertauliah dari luar yang dilantik bagi mengesahkan peratusan undi antara beberapa perkara yang turut dibangkitkan peminat.

Oleh kerana faktor-faktor tersebut, usaha mencari kelainan bagi memecah tradisi memilih peserta wanita memenangi tempat pertama program itu terlaksana. Hasil daripada pemilihan yang dikatakan kerana konspirasi itu, Mila menggondol juara.


* Itu tohmahan tidak berasas – Astro

Astro sudah pasti menolak dakwaan ini sebaliknya tetap dengan pendirian mereka keputusan yang diumumkan lalu adalah telus.

Pengarah Eksekutif, Astro Entertainment Sdn. Bhd. Zainir Aminullah menganggap dakwaan tersebut satu tohmahan yang tidak berasas semata-mata menjatuhkan kredibiliti program tersebut.

Sejak AF1 diadakan lima tahun lalu, kiriman SMS yang diterima adalah telus dan keputusan pemenang pada tahun ini adalah kehendak peminat.

Kata Zainir, penonton rancangan itu lebih ‘cerdik’ selepas lima tahun menyaksikan program itu dikendalikan. Maka tidak timbul soal keputusan yang berpihak kepada Mila itu diprogramkan oleh pihak Astro.

‘‘Tidak benar dakwaan yang mengatakan kami hendak memenangkan Mila kerana apa yang dilihat pada konsert akhir lalu adalah keputusan yang dipilih sendiri oleh penonton.

‘‘Malah ramai yang meramalkan gadis itu akan menang berdasarkan kepada bakat dan juga populariti yang diraih pada saat-saat akhir,’’ kata Zainir menepis dakwaan berkenaan.

Zainir mengambil contoh kemenangan Mila sebagaimana diramalkan sebelum konsert akhir turut berlaku kepada Zahid dan Mawi pada musim kedua dan ketiga rancangan tersebut.

Di dalam AF2 dan AF3 itu peminat dan media meramalkan penyanyi itu akan mengungguli gelaran juara dan ia terbukti sehingga konsert akhir berlangsung.

Maka soal kemenangan dirancang untuk AF5 kali ini tidak sepatutnya ditimbulkan sama sekali kerana penggemar rancangan itu semakin matang untuk melihat mereka yang menang adalah kerana bakat dan bukannya emosi.

Membayangkan AF untuk musim akan datang akan diteruskan, kata Zainir, perubahan terhadap isi kandungan rancangan itu sedang dikaji untuk mengelak penonton berasa bosan.

Ini kerana sejak AF1 hingga musim lalu, Akademi Fantasia semakin hambar selain paling banyak menerima kritikan. Satu formula baru akan diperkenalkan termasuklah ‘memperbaharui’ kejutan agar ia tidak menjadi hambar.

Selain itu hos baru yang akan menggantikan Aznil Nawawi juga akan dipastikan mampu untuk mengendalikan rancangan itu lebih baik.

Bangga dengan peningkatan 7 peratus jumlah penonton tahun ini iaitu kira-kira 2,906,000 berbanding tahun lalu (2,712,00), Zainir melihat program AF sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada stesen penyiaran itu terutamanya dalam usaha menambahkan lagi jumlah pelanggan.

Artis meriahkan majlis perasmian SUKNES

Artis-artis popular seperti Hattan, Jefrydin dan Ramli Sarip akan meriahkan majlis perasmian Sukan Negeri Sembilan (Suknes) 2007 pada 29 Mei ini (Esok).

Acara yang akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu akan bermula pukul 8 malam.

Hattan akan mempersembahkan lagu-lagu popularnya Rendang Tak Berbuah, Kau Yang Satu, Zakiah dan Istilah Bercinta. Sementara Ramli Sarip dengan lagunya Syair Laila Majnun, Nyanyian Serambi, Kamelia dan Bukan Kerana Nama.

Penyanyi popular tahun 60-an, Jefrydin pula dijangka akan membuat peminat-peminat setianya teruja dengan lagu-lagunya Mas Mona, Kenanganku, Seruling Anak Gembala dan Siti Haida.

Pengacara persembahan iaitu selebriti yang tidak asing lagi, Ebby Yus dijangka akan membuat penonton tidak kering gusi dengan telatahnya yang lucu.

Persembahan percuma itu akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Jiwa baru Hattan

‘CINTA’ Hattan kepada lagu dendangan ‘Papa Rock’ membawa kepada terciptanya satu naskhah yang cukup sempurna apabila dia diberi penghormatan merakam kembali lagu nyanyian vokalis kumpulan Sweet Charity itu.

Sepuluh lagu dinyanyikan Ramli Sarip ketika era kegemilangan kumpulan rock itu diberi nafas baru oleh Hattan lalu menghimpunnya dalam album Hattan Masterpiece.

Tanpa ada cacat cela yang kelihatan menerusi album itu, ia dilihat seakan-akan kumpulan rock yang pernah ‘diagungkan’ dulu kembali bernyawa walaupun ia dinyanyikan Hattan.

Ramli berkata, lagu yang dinyanyikan semula oleh Hattan dilihat mempunyai jiwa tersendiri, walaupun ia bukan lagu asal penyanyi itu.

“Mungkin menerusi rasa hormat seorang pencinta muzik kepada seorang seniman, menjadikan album itu kelihatan luar biasa dan ‘berjiwa’.

“Barangkali disebabkan Hattan juga dipengaruhi Sweet Charity sejak sekian lama menjadikan dia ‘masak’ dengan lagu didendangnya.

“Jika dilihat, Hattan Masterpiece dirakam dengan cermat malah pilihan dan susunan muziknya juga tampak teratur. Bagi saya, tiada cacat celanya album itu, malah ia juga antara yang terbaik pernah saya dengar.

“Saya menghargainya, malah menerima dengan tangan terbuka usaha yang dilakukan Hattan sama seperti usaha artis lain yang pernah melakukan ‘tribute’ untuk saya.

“Mungkin juga saya meninggalkan kesan dan pengaruh sendiri kepada industri muzik kita, tetapi jika mahu mengatakan diri saya menjadi legenda di kalangan artis sekarang, ia tidak benar,” katanya.

Lain pula yang diperkatakan oleh penyanyi kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu. Menurut Hattan, Ramli seakan-akan ‘living legend’ baginya.

Katanya, sepanjang bergelar anak seni, dia hanya mempunyai dua idola iaitu Ramli Sarip dan M Nasir. Kedua-duanya mempunyai personaliti tersendiri yang cukup baik, malah kehadiran mereka dalam dunia seni bukan sekadar menghiasinya.

“Ramli terkenal dengan persembahan yang cukup bersahaja sewaktu di pentas.

“Pun begitu, setiap nyanyiannya mempunyai mesej dan penghayatan tersendiri yang tidak pernah gagal menambat hati penonton. M Nasir pula dikagumi kerana karyanya yang puitis.

“Jujur saya katakan, Ramli antara yang terbaik. Seumur hidup, belum pernah saya berjumpa ‘living legend’ seperti yang ada sekarang ini dan kerana itu terdetik idea untuk melahirkan album Masterpiece.

“Daripada kita sibuk mengagung dan mendewakan pemuzik serta aliran yang dibawa masyarakat luar, lebih baik kita utamakan khazanah kita sendiri yang ternyata jauh lebih baik.

“Pun begitu, menerusi album itu, lagu berjudul Teratai dan Kamelia tidak diselitkan. Ini kerana kedua-dua lagu itu sinonim dengan dengan kumpulan legenda berkenaan dan sebab itu, saya tidak mahu mengganggunya,” jelas Hattan.

Sunday, May 27, 2007

Video: Miss Malaysia Universe 2007

Penjualan album lembab Mawi tetap yakin

SATU persoalan timbul apabila kemunculan album terbaru Mawi berjudul Satu Dalam Seribu dikatakan tidak berjaya mencipta fenomena.

Ia dibandingkan dengan penjualan album-albumnya terdahulu seperti Mawi Tercinta, Best Of Mawi World dan album VCD Karaoke MTV Best Of Mawi World yang berjaya mencatatkan penjualan memberangsangkan walaupun album-album itu dipasarkan dalam tempoh tiga bulan berturut-turut.

DARI kiri: Freddie Fernandez, Mawi dan Christopher Blaise ketika melancarkan album Satu Dalam Seribu di Carrefour Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Mawi Yang Tercinta berjaya mencatat jualan 135,000 unit manakala album Best Of Mawi World mencipta rekod pencapaian penjualan tertinggi dengan 165,000 unit sementara album VCD Karaoke MTVnya berjaya terjual sebanyak 60,000 unit.

Namun perkara sebaliknya berlaku pada album solo ketiganya itu apabila hanya mencatat jumlah jualan sebanyak 50,000 unit biarpun setelah sebulan dipasarkan.

Melihat situasi pasaran apalagi daripada penyanyi paling popular tempatan menyebabkan muncul tanggapan bahawa populariti Raja SMS itu semakin menurun.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent Management Sdn. Bhd., Freddie Fernandez menolak dakwaan itu.

Malah bertegas bahawa orang ramai khususnya peminat mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian.

“Kita tidak boleh nafikan, lagu-lagu daripada album sulung Mawi mendapat airplay yang hebat dan seterusnya melonjakkan penjualannya berbanding album kali ini kerana masih kurang ke udara malah lagunya pun masih belum masuk carta.

“Namun kita dapat melihat perkembangan positif terhadap penjualannya cuma ia mungkin mengambil masa. Apa yang pasti kita yakin, album Satu Dalam Seribu ini mampu menarik perhatian peminat kerana semua lagu yang terkandung di dalamnya bukan sahaja berkualiti tetapi sedap didengar,” kata Freddie pada majlis pelancaran album Satu Dalam Seribu baru-baru ini.

Majlis pelancarannya telah diadakan di pasar raya Carrefour, Wang Maju, Kuala Lumpur dan turut dihadiri Pengarah Pasaraya cawangan itu, Christopher Blaise.

Mawi puas hati

Berbanding album sulungnya yang hanya memuatkan lapan buah lagu, album kali ini tampil dengan 10 buah lagu yang dicipta dan ditulis khusus untuk Mawi.

Single pertamanya, Mungkin Langitmu Lebih Biru semakin mendapat tempat di hati pendengar dan kini dia muncul dengan single keduanya, Angan dan Sedar.

Mawi sendiri mengakui berpuas hati dengan kemunculan album kali ini dan menganggapnya lebih baik daripada album sebelumnya.

“Daripada segi kualiti, ya malah saya akui vokal saya juga lebih memberangsangkan dalam album ini,” kata Mawi yang memilih sendiri seleksi lagu-lagu yang terkandung dalam Satu Dalam Seribu berkolaborasi bersama penerbitnya, M. Nasir, Ajai, Fauzi Marzuki, Yasin, Arab dan Ananth.

Mengulas mengenai penjualannya yang dikatakan lembab, jelas Mawi, masih ramai yang belum mengetahui mengenai kemunculan album barunya itu.

Menyanyi ke Dubai, album di Indonesia

Muncul dengan album baru, pihak pengurusan Maestro telahpun membuat beberapa perancangan untuk Mawi dalam usaha memperkenalkan dirinya kepada dunia luar.

Antaranya sedang berusaha mengumpulkan lagu-lagu terbaik untuk pembikinan album yang bakal dipasarkan di Indonesia.

“Album ini dibuat khas untuk pasaran Indonesia memandangkan selera muzik mereka agak berbeza daripada kita.

“Pun begitu, kita menjalinkan kolaborasi antara komposer di sana dengan penyusun muzik tenpatan dan sebaliknya dalam usaha mendapatkan yang terbaik,” kata Freddie.

Malah jelasnya, Mawi turut akan ke beberapa ibu kota Timur Tengah antaranya Dubai pada Julai ini untuk mengadakan persembahan di sana.

“Ia satu peluang yang tak mungkin dilepaskan. Malah kita merancang untuk menjadikan ia satu aktiviti berterusan buat Mawi,” tambah Freddie.

Siti Nurhaliza - Pertama kali rai ibu mertua


Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, tahun ini penyanyi jelita Datuk Siti Nurhaliza menyambut Hari Ibu bersama dengan dua wanita yang cukup dikasihinya, ibu kandungnya Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya Siti Zainab Hanaffi.

Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan Siti begitu bahagia menyambut Hari Ibu bersama-sama kedua-dua wanita tersebut dengan disaksikan hampir 1000 penonton yang hadir pada acara Ibu Ratu Hatiku - Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M.Nasir.

Sepotong ucapan Siti kepada ibu mertuanya pada majlis itu, “Terima kasih kerana melayan Siti dengan baik serta dapat menerima Siti seadanya. Insya-Allah Siti akan menjadi isteri yang baik serta menjadi ibu yang baik untuk anak-anak Siti.”

Begitu mendalam kata-kata anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Untuk ibu kandungnya, Siti mempersembahkan lagu kegemaran ibunya, Bunga Melor.

Kata Siti, “Siti pernah menyanyikan lagu ini dengan ibu Siti. Ingat nak nyanyi bersama lagi kali ini tapi ibu Siti ini pemalu. Sifat ibu Siti yang membuatkan Siti sayang padanya ialah dia sporting, penyabar, lemah lembut. Malah untuk pengetahuan semua, suara ibu Siti diperturunkan kepada Siti. Suara ibu Siti lebih sedap daripada Siti. Siti tak habis menuntutnya lagi.”

Untuk peminat-peminat yang hadir menyaksikan persembahannya petang itu, Siti menghadiahkan lagu Umi (pernah dipopularkan oleh Datuk Shake).

“Khas untuk Hari Ibu, Siti belajar menyanyikan lagu ini untuk anda. Tapi kalau ada yang kurang, Siti minta maaf. Maklumlah baru belajar,” ujarnya.

Sememangnya para ibu terpesona dengan kecantikan dan kehebatan Siti pada petang itu. Biarpun sedikit semput ketika menyanyi tetapi persembahan Siti tetap yang terbaik.

Selain Umi dan Bunga Melor, Siti turut menyanyikan lagu Gubahanku, Pastikan, Aku Cinta Padamu dan Joget Pahang.

Lebih memeriahkan suasana apabila Siti menjemput Lan Pet Pet melawak dan menyanyikan lagu Anak versi Filipina.

Berkongsi pentas dengan Siti, sifu M.Nasir menghiburkan khalayak menerusi lagu-lagu popularnya iaitu Raikan Cinta, Sama Cinta, Kepadamu Kekasih, Bonda, Suatu Masa serta Juwita Citra Terindah.

Suasana petang tersebut cukup ceria apabila Adibah Noor selaku pengacara begitu bijak mencuri hati khalayak yang hadir dengan lawak jenakanya. Selain itu, Adibah turut menyanyikan dua buah lagu antaranya Terlalu Istimewa.

Menutup tirai persembahan yang cukup meninggalkan memori indah kepada para ibu yang hadir, ketiga-tiga mereka berduet menerusi lagu Dua Insan Bercinta.

Persembahan petang itu dianjurkan oleh Mahir Entertainment & Production sempena meraikan Hari Ibu yang disambut pada 9 Mei lalu.

Hasil kutipan jualan meja sebanyak 30 peratus akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikemudikan oleh Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Thursday, May 24, 2007

Tiara bikin teater kisah P. Ramlee

KEJAYAAN Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) telah memberi inspirasi kepada Enfiniti Productions Sdn. Bhd., untuk menerbitkan sebuah lagi teater muzikal.

Kali ini Penerbit Eksekutif Enfiniti, Tiara Jacquelina memilih Seniman Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagai objek utama penceritaan menerusi teater berjudul My Name Is Remy: Perjalanan Hidup, Percintaan dan Inspirasi.

Teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya selama dua minggu itu akan bermula pada 18 Oktober hingga 3 November ini.

Jelasnya, seperti Hang Tuah nama P. Ramlee sudah sebati dengan masyarakat tempatan tanpa mengira bangsa.

“Siapakah tokoh yang layak untuk diangkat selain P. Ramlee yang dikagumi oleh semua orang. Pemilihan Seniman Negara itu sejajar dengan sambutan ulang tahun negara yang ke-50 tahun ini,” katanya pada majlis pengumuman teater tersebut, baru-baru ini.

Tiara yang sering dilabel sebagai Puteri Gunung Ledang kerana wataknya dalam filem dan teater itu berkata, pihaknya telah bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

Katanya, oleh kerana P. Ramlee adalah satu nama besar maka banyak penyelidikan yang perlu dibuat.

“Semua orang tahu kisah P. Ramlee. Apa yang ingin ditonjolkan dalam My Name Is Remy adalah satu kelainan. Kami hanya akan fokus pada perkara tertentu sahaja,” jelasnya.

Menurut Tiara, judul tersebut dipilih kerana nama Remy adalah nama manja yang yang diberikan oleh Allahyarhamah Puan Sri Saloma kepada P. Ramlee.

Untuk teater yang bakal dipentaskan selama dua jam setengah itu, Tiara masih lagi mengekalkan tenaga kerja daripada PGLtM.

Zahim Al-Bakri bersama Adlin Aman Ramlie akan berganding tenaga sebagai pengarah, Pat Ibrahim dikekalkan sebagai koreografer, lagu-lagu baru akan digubah oleh komposer Dick Lee dan Raja Malik terus diberi tugasan mereka set.

“Senang bekerjasama dengan grup yang sama kerana masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.

“Tidak dinafikan untuk teater ini kami perlu melipat ganda usaha kerana semua orang mengharapkan yang lebih baik daripada PGLtM. Bukan itu sahaja, nama P. Ramlee adalah satu nama yang tidak boleh disentuh sembarangan kerana dia adalah ikon kepada semua orang,” jelasnya yang telah bersedia menghadapi cabaran itu.

Dia yang belum pasti sama ada akan berlakon atau tidak dalam teater tersebut berkata, setakat ini senarai pelakon belum ditentukan lagi.

Jelasnya, beberapa aspek perlu dilihat sebelum seseorang itu diberi tanggungjawab untuk melakonkan watak Remy dan peranan lain.

Adlin buat kajian sejak dua tahun

Bukan mudah untuk menghasilkan cerita tentang perjalanan hidup P.Ramlee kerana jika silap, si penulis akan dikritik.

Bagi Adlin, dia tidak takut untuk menghadapi cabaran tersebut kerana apa yang bakal dihasilkan adalah berdasar kepada imaginasi dan pandangannya tersendiri.

Idea untuk mementaskan teater P. Ramlee sudah terperap dalam pemikirannya sejak menuntut di Akademi Seni Kebangsaan (kini Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan).

“Tidak dinafikan sebelum ini ramai yang telah menghasilkan program atau persembahan yang dikhaskan kepada P. Ramlee. Namun My Name Is Remy adalah berbeza kerana saya tidak akan mengulangi semula apa yang telah dilakukan oleh pihak lain.

“Saya bersama Al-Jufrey (penulis Paloh) akan menulis berdasarkan sudut tertentu sahaja. Contohnya, wanita-wanita dalam kehidupan P.Ramlee dan inspirasinya. Karya- karyanya akan dijadikan landskap atau latar belakang perjalanan teater tersebut,” jelas Adlin yang menulis berdasarkan interpretasinya itu.

Adlin yang memang mengagumi karya P. Ramlee itu berkata, sudah lama menyimpan impian untuk mementaskan teater bagi menghargai seniman tersebut.

Impiannya hanya terlaksana setelah berpeluang bekerjasama dengan Tiara yang dilihat mempunyai wawasan tersendiri dalam usaha untuk mengangkat martabat teater tempatan.

“Bila berpeluang buat PGLtM dengan Tiara, saya nampak inilah penerbit yang mampu merealisasikan impian saya. Dia begitu teruja menjayakan PGLtM dan saya yakin sebagai orang seni, Tiara tahu setiap kehendak krew yang bertugas,” katanya yang mencetuskan idea tersebut pada Tiara pada awal tahun ini.

Wednesday, May 23, 2007

Manjalara was adapted from a famous telenovela - Mi Gorda Bella.

Manjalara was adapted from a famous telenovela - Mi Gorda Bella.

Mi Gorda Bella is the story of Valentina, a young woman with a lot of kilos and tons of love inside a heart as big as her own body, will win the affection of all those around her, including the love of her handsome opposite leading man, Orestes, with whom she always dreamed, but never imagined in real life at her feet.

Olimpia’s great ambition (who everyone thought was her aunt), was the compass that ruled her life, taking her on different roads, where she had the opportunity of having fun and falling in love, but it also made her become the victim of great deceptions, humiliations and sufferings.

Valentina will fight for justice in clearing up her parents’ death and recover the inheritance that belongs to her following her parent’s wishes, even though it might put her love for Orestes in danger.

Once she fulfills her objective, she will not rest until she recovers love.

TV station should play again this commercial break

This is a very touching commercial break and still relevent to be played again through out the year. It is a social contribution to the nation for campaign of taking care our parent.

Mawi in the Wikipedia


Asmawi bin Ani, better known as Mawi, is a Malaysian singer and a Third Season winner of Malaysia's popular reality show, Akademi Fantasia. Mawi has created a new phenomenon in the Malaysian music industry by becoming one of the best-selling and influential singers of the last few years. His debut album sold more than 200,000 copies in Malaysia and he has won numerous industry awards since winning the competition.

There has been criticism that Mawi is overrated and hypocritical, given his "religious" background, but is fiercely denied by his fan base who go to the extent of actually flooding blogs critical of him with hate comments [1]. It has been said that this reflects the sad sore need of the Malays for a role model, and the general mindset of that ethnic community, revering artists only a degree short of a deity.


Coming Soon: Waris Jari Hantu


Starring: Maya Karin, Rusdi Ramly, Azean Irdawaty, Nanu Baharudin, Kavita Sidhu
Director: Shuhaimi Baba
Genre: Horror
Release Date: 31-May-2007


Synopsis: Ina and Ari are best friends and relatives of Tok Wan Rimau, the custodian of the spiritual tiger, who is searching for a female heir to inherit her powers. Tok Wan and her spiritual tiger protect her family and their village from harm. Despite parental objections, Tina seems destined to be the next in line as custodian of the mystical tiger. But Ari steps in, offering himself instead.

Jacklyn Victor Live in Adelaide Australia

A short video of Jac performing in Adelaide



Congratulation Jac !

Preview From Movie "MUHSIN"

Thursday, May 17, 2007

Kasma Booty in hospital

Veteran actress Kasma Booty, 75, is being treated at the Ampang Hospital after she complained of shortness of breath due to water in the lungs.
Kasma was hospitalised on Sunday.
“This (yesterday) morning a doctor confirmed that she was also suffering from a heart problem,” her eldest child, Chempaka Booty Jacobs, 57, said when met at the hospital May 16, 2007.

She also suffers from high blood pressure and diabetes.

Wednesday, May 16, 2007

Antara FA dan AF hujung minggu nie

Sekali imbas macam nak sama bunyinya... tapi ia adalah satu pertembungan rancangan yang amat hangat bagi seisi rumah di Malaysia...

antara menonton perlawanan akhir English FA antara Manchester United dan Chelsea atau menonton pertandingan akhir konsert AF di astro.

Kaum bapa nak tengok perlawanan hebat Chelsea vs Manchester manakala kaum ibu dan anak-anak remaja perempuan nak tengok Akademi Fantasia. Siapakah raja dirumah yang akan mengawal remote control Astro ?

Manakah pilihan anda antara FA dan AF

Monday, May 7, 2007

"Ranking" 10 Artis Realiti TV yang berpotensi utk terus maju

1. Mawi (Akademi Fantasia)
Biasalah Mawi, tak bleh dipertikaikan lagi prestasi artis realiti TV ini. Lepas satu, satu anugerah yang diterima. Jemputan dan undangan utk mengadakan persembahan tak pernah putus sehingga rancangan Cit Chat pun gagal mendapatkan Mawi. Masih popular dan akan terus popular

2. Jacklyn Victor (Malaysian Idol)
Mempunyai vocal yang telah diiktiraf oleh juri-juri profesional tanah air. Karier Jac selaku penyanyi akan terus bersinar untuk tempoh yang agak panjang. Masih ramai peminat.

3. Adam (Akademi Fantasia)
Aku rasa Adam layak diletakkan di tempat ketiga. Bernaung dibawah KRU production, Adam mempunyai peluang yang agak terbuka. Adam boleh berkerjasama dengan dengan banyak pihak kerana KRU production tidak terikat dengan mana-mana stesen penyiaran. Jualan albumnya juga amat memberangsangkan. Adam boleh kekal lebih lama.

4. Faizal (One in a Million)
Walaupun gagal menjadi juara OIAM, bintang Faizal terus bersinar bersama Media Prima. Bakatnya sebagai penyanyi dan pengacara membolehkan dia akan terus kekal lama di dalam industri muzik

5. Nabil (Mentor)
Nabil juga mempunyai bakat yang versatile membolehkan dia akan terus bertahan di dalam industri seni tanah air. Sama seperti Faizal, Nabil boleh berdiri dengan kaki sendiri sebagai penyanyi dan pengacara dan juga mempunyai pakej yang menarik sebagai ikon remaja.

6. Zahid (Akademi Fantasia)
Walaupun mula menunjukkan prestasi tenggelam timbul, Zahid masih mempunyai peminat yang setia menyokong perjuangan seninya. Zahid perlu beralih kepada konsep muzik universal seperti Pop atau Balada. Jika terlalu bergantung kepada Hip Hop, dia mungkin tidak akan kekal lama.

7. Fiq (Mentor)
Berguru dengan Rocker no. 1 negara, Fiq telah mendapat tempias aura dari Amy Search. Peluang yang luas terbuka dibawah Media Prima membuatkan, Fiq akan terus bertahan lama di dalam industri muzik tanah air. Fiq juga sudah dikenali di Indonesia.

8. Farah (Akademi Fantasia)
Farah mempunyai peluang yang baik kerana memiliki vocal yang agak mantap. Farah perlu mencari peluang yang lebih terbuka sekiranya ingin bertahan lama. Seandainya, Maestro bergerak terlalu perlahan dalam mengembangkan bakat Farah, maka Farah perlu bernaung dibawah syarikat rakaman yang mantap dan lebih bebas.

9. Vince (Akademi Fantasia)
Kepopularan Vince agak menurun sejak dua menjak ini, tapi dia masih mampu meraih trofi dimajlis anugerah tertentu. Vince berbakat besar. Dia masih mampu bertahan lama di dalam industri muzik tanah air.

10. Kaer (Akademi Fantasia)
Selepas mengeluarkan album terbaru, Kaer dilihat berpontensi untuk terus maju di dalam industri muzik tanah air. Kaer perlu kekalkan imejnya.

Konsert Jom Heboh lebih hebat dari AF5?

Astro perlu berbuat sesuatu menyelamatkan konsert mingguan AF5 daripada suasana suram dan hambar

ASTRO, Astro, Astro... Apa sudah jadi dengan Akademi Fantasia 5 (AF5)? What’s wrong with you guyz? (sekadar memetik sebahagian kata-kata Ogy Datuk Ahmad Daud).

Peminat meletakkan harapan tinggi AF5 mampu mengekalkan kegemilangan musim AF sebelum ini, tapi yang hasilnya ???

Sebelum nie bila bercakap mengenai kualiti pelajar yang terpilih kali ini, peminat lebih berminat bersembang mengenai hal teknikal dan inti pati AF5 itu sendiri. Paling banyak diperdebatkan ialah susunan muzik AF5 yang dikatakan tidak mencapai standard yang diharapkan penonton.

“Muzik kat pusat karaoke lebih sedaplah! Kalau susunan muzik seperti konsert pertama AF5 tidak dibuat pembaharuan, alamatnya AF5 kali ni tak ke mana. Aku rasa susunan muzik kat Konsert Jom Heboh TV3 lagi hebat,” kata seorang kenalan rapat yang bertugas sebagai pembantu pejabat.

Itu baru kata-kata insan yang berada di luar industri hiburan, boleh memberikan komen maut macam tu. Bayangkan kalau diva antarabangsa seperti Barbra Streisand menonton konsert AF5, tentu migrain menyerang!

Penerbit Eksekutif AF5, Bob Azrai, perlu berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan AF5. Mutu audio muzik di kaca TV pun mengecewakan pendengaran peminat.

Mengenai kualiti pelajar yang terpilih kali ini, bagi peminat rata-rata nampak macam ke laut. Macam mana terlepas masuk AF5 pun ramai peminat tak tahu.

Sunday, May 6, 2007

Ramli and Mawi join forces for charity event

FRESH from their first ever collaboration at the recent Anugerah Industri Muzik 14, ‘Papa Rock’ Ramli Sarip and pop phenomenon Mawi will again take centre stage at the upcoming Konsert Karnival Amal Pulau Pinang.




The carnival, supported by the Penang State Government and organised by Koperasi Ikatan Muafakat Ummah Pulau Pinang Berhad, Kelab Ikhwan Pulau Pinang and Hatibudi Events, will be held at the Penang International Sports Arena (Pisa) on Saturday at 9.30pm.

With the concept of ‘humanity, economy and charity’, the concert will have Ramli and Mawi entertaining the crowd with their hits besides teaming up with children from orphanages as well as senior citizens from old folks homes.

Seventy per cent of the ticket sales will be donated to these organisations.

Besides Ramli and Mawi, the carnival will also include Penang-born singer Nurul and rocker Awie.

Fans of reality talent search programme Akademi Fantasia (AF), can also expect to get up close with AF 4 finalists, Zila, Nora and Karen.

Tickets priced at RM30 are available at all promotion booths in Kompleks Bukit Jambul, Prangin Mall and Prai Megamall Penang until Thursday.

Tickets are available at Pisa on Friday and Saturday. For details, call 04 658 0635. —

‘Puteri Gunung Ledang’ sweeps eight awards

Puteri Gunung Ledang: The Musical won a total of eight awards, including the Audience Choice Award for theater, at the Fifth Annual Boh Cameronian Arts Awards 2006 last night.

The event honors achievements in the local performing arts scene with 26 awards in music, dance and theater categories

Puteri Gunung Ledang: The Musical, presented by Enfiniti Productions, also bagged awards for Best Director (Zahim Albakri and Adlin Aman Ramlie), Best Actor in a Supporting Role (Sukanya Venugopal) and Best Music and Sound Design (Dick Lee).

Eight special awards were also given out, including the Lifetime Achievement Award which went to renowned literary figure, theatre director and script-writer Datuk Syed Alwi.

Aznil set to move on from AF5


Aznil Hj Nawawi announced that the fifth season of the competition would be his last during the eighth weekly AF5 concert on Saturday.

Broadcast live over Astro Ria at 9pm, it was held at the Petaling Jaya Civic Centre.

Thanking Astro and fans of the show for giving his career a major boost, Aznil said: "I’ve enjoyed myself greatly these five years as the presenter of a wonderful programme.

"While I’m sad to leave, I believe it is time to move on. I promise to be back with more exciting projects on the big and small screen."
Aznil, a Universiti Malaya economics graduate, first found fame in the early 1990s as the host of TV3 entertainment quiz show, Pop Kuiz, and other shows.

He is also a talented singer and actor and has won numerous entertainment awards.

M. Nasir, Siti Nurhaliza rai Hari Ibu


Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi Mahir Entertainment & Production membawakan sambutan hari ibu yang digelar Ibu Ratu Hatiku - Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M. Nasir pada 20 Mei ini pukul 2.30 petang di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Menggabungkan dua penyanyi hebat tanah air, pastinya penonton dijanjikan sebuah persembahan yang mantap dan menghiburkan daripada Siti Nurhaliza dan M. Nasir.

Antara lagu yang menjadi pilihan Siti Nurhaliza dan M. Nasir ialah Pastikan, Biarlah Rahsia, Keroncong Untuk Ana dan Kepadamu Kekasih.


Para peminat Siti Nurhaliza dan M. Nasir yang ingin meraikan Hari Ibu bersama dua artis popular itu boleh membuat tempahan di talian 03-42511469/42512469. Harga meja VIP - RM3,500, meja platinum RM2,800, meja emas RM2,300.

Wednesday, May 2, 2007

Aizat AF5 'over confident' ?

Biarpun ramai yang mengatakan Aizat merupakan seorang peserta berbakat dan penyingkirannya menimbulkan tidak puas hati di kalangan pengkritik tetap, namun inilah yang dikatakan program TV realiti. Nasib peserta ditentukan sepenuhnya oleh pengundi. Kalau pengundi sudah tidak berkenan, padahlah nasibnya.
Begitulah dengan nasib yang menimpa Aizat. Sikap over confidentnya ketika di akademi dikatakan antara penyebab Aizat tersingkir.
Khalayak seakan-akan tidak dapat menerima sikapnya itu, dan sebagai balasan, Aizat terpaksa menerima hakikat hasratnyanya untuk bergelar juara AF5 telahpun berkubur!
Over confident
Mengulas tentang perkara itu Aizat yang ditemui di Astro, Bukit Jalil, Isnin lalu berkata: “Saya bukan over confident, tetapi itulah diri saya yang sebenar. Saya memang suka tegur menegur rakan-rakan lain untuk kebaikan, malah mereka semua telah saya anggap seperti adik-beradik. Bagi saya, itu yang terbaik daripada menyimpan sesuatu dalam hati. Mungkin mereka lihat saya macam over. Sebenarnya mereka salah faham, kalau mereka tak suka, saya minta maaf.”
Tidak cukup dikatakan over confident antara punca lain yang menyebabkan Aizat terkeluar ialah kerana sikap Aizat yang dikatakan batu api dalam Diari AF5 beberapa minggu lalu.
Dia dikatakan cuba menghasut Rizal untuk mendapatkan lagu 60’s TV yang ketika itu telah pun dipilih
oleh Aswad.
Kata Aizat: “Saya bukan batu api, tetapi saya menasihatkan apa yang patut. Aswad memang teringin menyanyikan lagu tersebut dan dalam masa yang sama Rizal memang tahu lagu itu. Jadi saya cakap pada Rizal supaya jangan simpan tetapi luahkan perasaan dia. Itu yang terbaik untuk semua.”
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR