Tuesday, June 19, 2007

Pushpa bertunang, Azza AF dah berpunya

“Kau tahu tak Pushpa tu dah bertunang? Baru lagi, aku rasa kira-kira tiga bulan lalu dia bertunang.

Tak ramai tahu sebab Pushpa tak mahu kecoh-kecoh. Dia orang hanya bertunang, bukannya kahwin. Tapi, kalau dah artis tu, sorok macam mana pun, orang tahu juga.

“Aku dengar cerita, pemuda yang jadi pilihannya, lelaki Serani, umur dalam lingkungan lewat 30-an. Sesuai sangatlah, Pushpa pun dan masuk 28 tahun. Khabarnya lagi, majlis persandingan akan diadakan akhir tahun ini,” kata seorang kenalan.

Seandainya apa yang dikhabarkan ini satu kenyataan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pushpa. Amboi...dalam diam-diam dia sarung cincin tunang.

Baguslah Pushpa, ia keputusan yang bijak. Pushpa ketika ini sedang sibuk dalam rangka promosi filem terbarunya. Diva, terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Dia berlakon bersama Ning Baizura, Adam AF2 dan bintang Indonesia, Jessisca Iskandar.

Menurut sumber, tak lama lagi, Pushpa akan menjayakan penggambaran sitkom Farah untuk musim kedua dan pada masa yang sama masih menimbangkan satu tawaran drama bersiri. Khabarnya dalam drama itu, Pushpa akan berpasangan dengan Datuk Rahim Razali.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, bintang Akademi Fantasia musim pertama, Azza, 25 yang memiliki sepasang mata cantik, persis kucing Siam, sudah ada teman baru.

“Azza dah tak ada apa-apa dengan boyfriend lama, kami berkawan enam tahun saja, tak ada jodoh. Sekarang Azza berkawan dengan seorang jurukamera. Nak kata bercinta tu, rasanya belum lagi kerana kami baru serius beberapa bulan saja walaupun dah lama kenal.

“Tengoklah macam mana, kalau ada jodoh kami akan bersatu. Azza hanya berserah kepada takdir. Azza tak mahu fikir soal jodoh. Biarlah Azza benar-benar berjaya dalam karier dulu, barulah fikir soal kahwin,” kata Azza.

Nampaknya seorang lagi artis kita memilih calon suami di kalangan jurukamera. Sebelum ini, Nasha Aziz memilih jurukamera sebagai tunangannya. Agaknya insan di sebalik tabir umpamanya jurukamera lebih faham perjalanan hidup anak seni yang sentiasa sibuk.

Suria FM lamar Zhana kerana kontroversi gambar bogel?

TEKA-TEKI bekas bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Zhana memilih profesion sebagai penyampai radio di sebuah stesen radio swasta terkenal, kini bukan satu rahsia lagi apabila dia secara rasmi sudah pun memulakan tugasnya di Suria FM pada 1 Jun lalu mulai jam 8 hingga 11 malam menerusi segmen Suria 8-11.

Tahniah diucapkan kepada Zhana kerana selepas menempuh kontroversi pahit yang melanda hidupnya sebaik menyertai AF5 sedikit masa lalu, dia akhirnya mendapat kepercayaan daripada Suria FM untuk menjadi salah seorang daripada anggota keluarga mereka.

Sebelum ini peminat AF digemparkan dengan isu penyebaran gambar aksi panas yang membabitkan bekas peserta AF5, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hamzan atau Zhana, 23, sekali gus dikatakan sebagai punca dia hilang konsentrasi hingga terpaksa menarik diri pada konsert pertama AF5.

Ekoran peristiwa itu, Zhana terus mendiamkan diri sehinggalah isu itu reda, tambahan pula dia sudah pun menyerahkan perkara berkenaan untuk siasatan pihak polis.

Kini, selepas menjadi warga kerja Suria FM.

"Alaa... Suria FM ambil si Zhana tu jadi penyampai radio dia orang bukannya sebab budak tu berbakat, tapi namanya dah panas, jadi sebutan di mana-mana gara-gara isu gambar bogelnya. Kalau Zhana tu sekadar bintang AF yang terkeluar pada konsert mingguan, aku rasa Suria FM pun tak berminat ambil dia," kata seseorang bermulut laser.

Zhana yang juga lulusan Diploma Penyiaran dari Malaysian Institute Integrative Media (MIIM) pernah bertugas sebagai penyampai radio di Traxx FM mulai 2004 selama dua tahun. Ketika dihubungi dia memberi komennya.

"Suria FM yang datang offer Zhana. Selepas memikirkan persaingan sengit jika meneruskan karier sebagai penyanyi, lebih baik Zhana menerima tawaran mereka. Lagipun sebelum ini Zhana memang ada pengalaman sebagai penyampai radio.

"Zhana tak fikir Suria FM menawarkan tempat di stesen mereka kerana kontroversi berkenaan atau mengambil kesempatan ke atas apa yang pernah berlaku terhadap diri Zhana. Mereka profesional. Kini, selepas hampir dua minggu Zhana bersiaran, Zhana semakin selesa dan yakin diterima pendengar.

"Pemanggil yang telefon Zhana di konti pun sentiasa memberi sokongan moral dan tak pernah lupa ucap tahniah kepada Zhana sebab dah jadi penyampai radio. Mereka pun tak pernah tanya mengenai isu itu lagi," kata Zhana.

Zubir sempat bertanya kepada Zhana, bagaimana status isu gambarnya itu selepas siasatan polis, Zhana memberitahu, dia sudah tahu siapa yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan di Internet.

"Malaslah nak fikir perkara itu lagi. Tumpuan Zhana ketika ini ialah terhadap kerjaya yang baru bermula," ujarnya.

Sunday, June 17, 2007

Lotter terkilan kurang publisiti enggan salahkan sesiapa

Populariti naib johan AF4 tidak sekencang rakan seperjuangan seperti Farhan, Haziq, Diddy, Rich

TIDAK semua impian tercapai dengan mudah selepas keluar daripada Akademi Fantasia (AF). Hakikat itu dapat dilihat pada Naib Juara AF4, Lotter P Edwin Edin, 25. Berbanding rakan-rakan seperjuangannya seperti Haziq, Farhan, Diddy dan Rich, anak muda dari Keningau, Sabah ini kurang menonjol walaupun lagunya, Yang Berlalu Takkan Berulang, pernah diputarkan di radio.

Lalu timbul desas-desus mengatakan Lotter merajuk lalu mengambil keputusan pulang ke kampungnya selama dua bulan. Selain itu tubuhnya semakin kurus dan dianggap sakit.

“Dulu memang show untuk saya kurang gara-gara terlalu lama duduk di kampung, tapi saya bukan balik kampung kerana merajuk. Saya cuma pulang berehat. Ketika di Sabah, saya pernah menyanyi hasil usaha Fan Club saya yang tidak henti-henti menyokong.

“Cuma saya terkilan kerana kurang mendapat publisiti. Sebab itulah apabila menerima panggilan Bintang Popular, saya memang terkejut. Terus terang, selepas tamat AF4, inilah baru pertama kali saya dipanggil untuk sesi fotografi!

“ Terima kasih sajalah yang mampu saya ucapkan. Apapun saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini,” jelasnya.

“Saya faham dunia nyanyian banyak cabaran. Mujurlah sekarang undangan persembahan agak banyak diterima. Dapatlah saya bernafas sedikit,” katanya berterus terang.

Ketika ini, Lotter dalam proses merakamkan album solo.

“Saya minta daripada pihak Maestro Talent untuk memuatkan lagu ciptaan sendiri. Ada juga kawan-kawan AF seperti Keifli, Diddy dan Haziq meminta lagu ciptaan saya,” katanya.

Rita Rudaini temui ketenangan jiwa



DALAM kesibukan aktres sensasi, Rita Rudaini menjana nama yang semakin kukuh dalam dunia seni, dia masih sempat menyambut seruan Kaabah. Rita dan keluarganya baru pulang ke tanah air pada 11 Jun lalu selepas mengerjakan umrah di Tanah Suci sejak 30 Mei lalu.

Pemergian Rita itu diiringi beberapa anggota keluarga terdekatnya tetapi anggota `keluarga baru’ yang turut menyer tainya ialah pelakon kacak Zizan Nin, sekali gus mengundang persoalan, mengapa Zizan kerana sebelum ini Rita tidak pernah digosipkan dengannya tiba-tiba saja aktor kacak itu turut serta dalam rombongan mereka.

“Kami sudah anggap Zizan sebahagian daripada anggota keluarga. Perhubungan Rita dengan Zizan hanya sekadar teman artis saja. Tidak ada kena mengena dengan soal hati. Kami sekeluarga ke sana dengan niat yang tulus dan suci,” kata Rita yang ditemui, baru-baru ini.

Sepanjang berada di Makkah, Rita akui, hatinya begitu tenang mengerjakan setiap amalan. Rita juga tidak melepaskan peluang mengangkat tangan memohon doa ke hadrat Tuhan agar kedua orang tuanya dikurnikan kesejahteraan dan kesihatan yang lebih baik.

Bagaimana pula dengan jodoh? Adakah Rita turut berdoa agar dirinya dipercepatkan jodoh kerana umum sudah mengetahui, hampir tujuh tahun dia hidup sendirian selepas perkahwinan yang dibina runtuh ketika usianya remaja.

“Malulah Rita nak jawab soalan ini. Tapi, perkara yang elok, buat apa Rita nak rahsiakan. Memang ada Rita memohon kep ada Tuhan supaya Rita dipertemukan dengan jodoh yang sesuai. Harap-harap satu hari nanti Rita akan jumpa calon yang benar-benar menyayangi diri Rita seadanya dan mampu membimbing Rita ke jalan yang lebih sempurna,” akuinya.

Sekali lagi Rita mengulangi kenyataan bahawa dia tidak mempunyai hubungan percintaan dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan.

“Ketika ini Rita dan Aidil masih terus menjadi teman saja. Dialah tempat Rita berkongsi masalah dan kesenangan. Biarlah kami berkawan dulu. Yang penting, keluarga kedua-dua belah pihak merestui persahabatan kami. Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami tidak berdepan dengan sebarang masalah.

Mudah-mudahan biarlah keadaan ini berkekalan.

Adibah Noor ke Beijing

Impian Adibah Noor akhirnya terlaksana apabila pada 25 April lalu, dia berangkat ke Beijing bersama 60 orang peminatnya untuk bercuti serta menyaksikan persembahan eksklusifnya di sana.

Apa yang membuatkan Adibah Noor terharu dan tidak menyangka sama sekali adalah, 60 orang peminatnya itu sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk bercuti selama lima hari dan beramah mesra dengannya.

“Apabila mereka telah mengeluarkan belanja yang begitu besar, itu bermakna saya perlu membuat yang terbaik dan melayani peminat saya sebaik mungkin ketika di Beijing.

“Alhamdulillah, saya tidak menerima sebarang rungutan dan keluhan daripada mereka ketika menghabiskan masa selama lima hari di sana. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberikan kerjasama yang sebaik mungkin dan memahami dengan keadaan saya ketika di sana,” kata Adibah Noor.

Tambah Adibah, dia bagaikan tidak percaya apabila dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa tempahan yang diterima adalah di luar dugaan sehingga pihak penganjur terpaksa menutup tempahan lebih awal.

“Pada mulanya, saya ingat mungkin tidak ramai yang akan mengikuti lawatan ini. Akhirnya, yang pergi melebihi apa yang pihak penganjur tetapkan. Saya begitu seronok dapat menghabiskan masa dengan peminat dan jika berkesempatan, saya mahu turut serta dalam lawatan seperti ini lagi,” katanya lagi.

Bercerita tentang pengalamannya di Beijing, Adibah menjelaskan, impiannya terlaksana apabila dapat melawat negara berkenaan apatah lagi dapat menyaksikan sendiri keindahan Tembok Besar China yang berusia lebih 600 tahun itu.

“Saya bagaikan bermimpi dapat menyaksikan keutuhan Tembok Besar itu di depan mata saya. Begitu juga dengan Kota Larangan dan Medan Tiananmen yang begitu luas.

Wednesday, June 13, 2007

Fantasi Farhan jadi realiti

RANCANGAN TV realiti paling popular di negara ini, Akademi Fantasia (AF) sebenarnya mempunyai beberapa penyanyi berbakat.

Namun bakat yang mampu digilap itu, selalunya menjadi mangsa keadaan oleh mereka yang buta seni lalu membuat pilihan berdasarkan faktor personaliti dan latar belakang yang mampu mengundang simpati penonton.

Sahri dan Rosma (AF1), Idayu (AF3) dan Aizat (AF5) merupakan antara penyanyi yang tersingkir dek kesilapan mereka yang tidak memandang pada bakat.

Namun, bagi Nur Farhan Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan, meskipun hanya mendapat tempat ketiga dalam AF4, tetapi jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan AF yang lain, dia dilihat sebagai antara yang bertuah dan bernasib baik.

Berbekalkan vokal yang mantap dan jitu serta lari dari norma vokal yang ada dalam pasaran hari ini, gemerlap bintang Farhan masih mampu mengerlip apabila bakat besarnya itu mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sebagai contoh, pada Anugerah Industri Muzik 14 baru-baru ini, Farhan mendapat dua pencalonan iaitu Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Wanita Terbaik. Malah, pada Anugerah Planet Muzik yang diadakan di Singapura, Jumaat lalu juga, dia dicalonkan antara lima finalis dalam kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Semua hanya berbekalkan album kompilasinya, Best of Farhan.

Meskipun tewas, namun itu bukan penghalang bagi Farhan untuk menjual bakatnya. Selepas muncul dengan single, Aku Saja Yang Tahu, Farhan kini bakal muncul dengan single terbarunya yang diberi judul Kelmarin. Begitu juga Diddy AF4, persembahannya pada APM di Singapura telah membuka mata ramai pihak bahawa dia memang berbakat besar.

Album yang berkonsepkan rhythmatic soul itu diterbitkan oleh syarikat milik Farhan sendiri iaitu Mezzoforte Records Sdn. Bhd., dan menampilkan komposer-komposer tempatan seperti Alvin Santiago, Sham Kamikaze dan Audi Mok.

Bercerita tentang album sulungnya yang berjudul Pintu Realiti yang bakal berada di pasaran Oktober nanti, Farhan memberitahu proses rakaman hanya tinggal 50 peratus sahaja lagi.
Dapatkan yang Original !!

Tuesday, June 12, 2007

Dynas semakin popular menerusi Drama SUSUK

Pelakon cantik tinggi lampai ini menjadi perhatian produser filem, pada masa yang sama akui sudah berpunya

RATU Susuk, Minah Plastik, Dynas Susuk dan pelbagai macam lagi gelaran mula terpalit kepada empunya diri, Dynas Mokhtar. Semuanya gara-gara dia membawa peranan Cinda wanita yang cantik pada pandangan mata kasar tetapi sebenarnya mengamalkan ilmu hitam.

Dynas akui beruntung kerana menerusi Susuk, namanya mula meniti di bibir peminat, sekali gus menjadi perhatian ramai pengarah dan produser tempatan yang mula menaruh kepercayaan terhadap bakat lakonannya.

Namun apa yang pasti, Dynas hadir dalam dunia seni ini menerusi pakej lengkap yakni berbakat dan cantik. Realitinya, dia tidak pernah memakai apa-apa susuk atau sebarang suntikan saintifik.

“Sekarang orang dah panggil saya, Dynas Susuk. Tak mengapalah, yang penting, orang ingat lakonan saya menerusi drama berkenaan. Saya percaya, sebuah drama yang baik, pelakonnya juga boleh menumpang tuah. Orang ingat Susuk, mereka ingat sekali nama pelakonnya. Ia langkah kanan buat pelakon baru seperti saya.

“Pun begitu, jangan terpengaruh dengan Susuk. Ia hanyalah sebuah lakonan dan cerita. Ia cuba mendidik kita supaya tidak mempercayai kuasa sihir dan membelakangkan agama semata-mata mengejar kecantikan yang nyata bersifat sementara. Setiap kita dilahirkan dengan kesempurnaan dan bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan. Kecantikan sejati terletak dalam hati dan fikiran manusia yang positif,” kata Dynas.

Ina Naim bertunang dengan Suhaimi

AGAK memeranjatkan apabila mengetahui bekas tunang Mawi, Nor Diana Mohd. Naim atau lebih dikenali sebagai Ina Naim, 23, sudah pun mengikat tali pertunangan dengan bekas anggota kumpulan In-Team, Mohd. Suhaimi Saad, 27, pada 6 Jun lalu.

Dalam majlis itu juga, Ina menerima hantaran sebanyak RM 10,000.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dunia hiburan digemparkan dengan berita itu. Malah, berita itu mula tersebar luas dari sebuah laman web sehari selepas majlis pertunangan tersebut. Bukankah sebelum ini, Ina sudah berjanji akan mengumumkan majlis pertunangan dan pernikahannya kepada pihak media?

Bertempat di pejabat urusan Hijjaz Records Sdn. Bhd, (HRSB) pada 11 Jun lalu, Ina Naim dan tunangnya tampil memberikan penjelasan yang sebenar berhubung majlis pertunangan yang didakwa berlaku dalam keadaan mengejut itu.

“Memang benar. Sebenarnya tiada sebarang perancangan yang dilakukan. Tujuan asalnya adalah untuk melawat keluarga Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi dan berkenalan dengan keluarganya.

“Malam sebelum ke rumah Ina, kedua orang tua saya berkata mereka akan merisik dan terus meminang. Jadi, saya maklumkan kepada Ina. Malah, barang hantaran semuanya kami beli dalam perjalanan ke rumah Ina,” jelas Suhaimi.

Ina juga menjelaskan apabila dimaklumkan keadaan itu, dia dan keluarganya membuat persiapan sebaik mungkin dengan pertolongan jiran terdekat.

Apabila ditanya apakah keistimewaan Suhaimi sehingga menyebabkan dia terbuka hati untuk menerima lamarannya, Ina menjelaskan pegangan agama yang tinggi dimiliki tunangnya itu membuatkan dia yakin dengan pilihannya itu.

“Suhaimi begitu baik, sopan santun dan mempunyai pendidikan agama yang baik sehingga saya sendiri berasa malu. Malah, Suhaimi juga mempunyai ciri-ciri suami idaman saya. Saya percaya dia mampu membimbing saya menjadi isteri yang solehah apabila berkahwin kelak,” jelas Ina tersipu malu sambil memandang ke arah Suhaimi.

“Suhaimi yang membimbing dan menjaga vokal saya untuk pertandingan itu. Memang pada mulanya kami kenal, tiada perasaan apa-apa. Lama-kelamaan perasaan itu timbul tetapi masing-masing takut untuk meluahkan,” kata Ina disambut ketawa kecil.

Bagi Suhaimi pula, dia memilih Ina bukan atas dasar kasihan tetapi kagum dengan semangat dan kecekalan yang ditonjolkan oleh wanita itu.

Sunday, June 10, 2007

Siti Nurhaliza ke Venice sambut ulang tahun perkahwinan

Ogos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Mengakui semakin matang dalam menjalani kehidupannya, kata Siti, dia sentiasa memanjatkan doa agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Syukur dah hampir setahun pelayaran saya sebagai isteri. Masih banyak cabaran dan dugaan yang akan saya tempuhi. Tambahan pula bergelar isteri kepada seorang usahawan bukannya mudah. Selalunya suami saya pun sentiasa sibuk. Jadi bagi saya masa yang ada digunakan sebaiknya bersama-sama,” kata Siti yang ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan hari bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan, kata penyanyi jelita ini, kehidupannya sekarang semakin terisi dan dirinya masih lagi cuba untuk memahami antara satu sama lain demi mendapatkan keserasian dalam rumah tangganya.

“Saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya masih lagi cuba untuk lebih memahami diri suami saya dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

Sama seperti pasangan lain, pastinya Siti dan suami tidak terlepas merancang untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya di sebuah lokasi yang mampu meninggalkan sebuah kenangan terindah buat kedua-duanya.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu, Venice merupakan kota pilihan mereka.

“Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,” kata Khalid sambil tersenyum.

Pada majlis tersebut Siti telah menghiburkan khalayak menerusi tujuh lagu antaranya Aku Cinta Padamu, medley lagu Pupus, Teman Tapi Mesra dan Pudar, I Will Always Love You dan Biarlah Rahsia.

Lebih istimewa apabila Ziana Zain muncul selaku penyanyi undangan, berduet dengan Siti menerusi lagu Hanya Memuji.

Siti juga diberi penghormatan memakai sut pertama untuk golongan wanita keluaran Lord’s Tailor iaitu Power Suit For Powerful Women.

Majlis tersebut turut menampilkan 16 selebriti lelaki memperagakan pakaian Lord’s Tailor antaranya Farid Kamil, Arash, Awal, Ebi dan Vince.

Kebahagiaan rumah tangga

Tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan dirinya setelah bergelar isteri, kata Siti: “Rasanya petua kebahagiaan Siti tentunya kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Paling penting perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Selain kita perlu taat kepada suami.”

Kebahagiaan itu jelas tergambar apabila Siti masih juga tersenyum apabila ditanya, bila akan menjadi ibu - satu soalan yang acap kali ditanyakan padanya.

“Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua,” katanya yang turut mengakui doa untuk mendapatkan zuriat antara doa yang dimintanya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

APM 2007 didominasi artis Malaysia

MESKIPUN pada tahun ini Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik 2007 (APM 2007) berbanding 274 penyertaan daripada Indonesia, namun angka yang sedikit itu tidak mengecewakan.

Sebaliknya, negara yang sebelum ini sering “kemarau” trofi kerana dibolot oleh artis dari Indonesia, pada APM 2007 yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, Jumaat lalu membuktikan bahawa artis Malaysia masih berkualiti.

Sebelum ini artis tempatan yang sering digelar jaguh kampung kerap kali tewas kepada artis dari negara seberang terutamanya dalam kategori yang menyentuh soal kualiti berbanding populariti.

Bagaimanapun APM 2007, negara memperoleh lapan anugerah termasuk empat kategori terbaik dan empat lagi bagi kategori popular daripada 12 kategori yang dicalonkan.

Sementara artis Indonesia hanya memperolehi tiga anugerah daripada kategori terbaik iaitu menerusi Letto untuk Duo/Kumpulan Baru Terbaik), Dewa 19 (Duo/Kumpulan Terbaik) dan Samsons (Album Terbaik) daripada album Naluri Lelaki.

Kejayaan

Manakala pihak tuan rumah pula memperoleh satu anugerah menerusi kejayaan tunggal Imran Ajmain bagi kategori Artis Lelaki Baru Terbaik.

Boleh dikatakan APM 2007 adalah milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 28, kerana dia berjaya memperoleh tiga anugerah berbanding rakan artis lain.

Siti yang ditemani suami, Datuk Khalid Muhd. Jiwa pada majlis APM berjaya meraih kemenangan menerusi kategori Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik (Biarlah Rahsia) dan Artis Wanita Paling Popular yang dipegangnya sejak tujuh tahun berturut-turut.

Kemenangan Siti untuk Artis Wanita Paling Popular yang dipilih berdasarkan pilihan peminat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia itu membuktikan bahawa status isteri bukan penghalang untuknya terus diminati.

Untuk kategori ini, Siti berjaya mengatasi Ella, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Rossa, Kris Dayanti dan Acha Septriasa.

“Kejayaan ini (Artis Wanita Paling Popular) kerana peminat-peminat tidak pernah berhenti menyokong Siti. Begitu juga dengan kejayaan lagu Biarlah Rahsia yang dicipta oleh Melly Goeslaw.

“Kejayaan ini terus memberi semangat pada Siti untuk menghasilkan produk yang lebih baik di bawah produksi Siti Nurhaliza Production (SNP). Semoga kita akan terus bekerjasama dengan negara luar untuk memperkayakan seni tanah air,” katanya yang turut mengadakan persembahan bersama Gita Gunawan dan Taufik Batisah.

Sementara Mawi yang baru kali kedua menyertai APM turut membawa pulang trofi untuk kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Lagu Paling Popular (Kian).

Mawi yang menganggap kemenangannya itu ibarat mimpi akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada peminat-peminat yang banyak menyokongnya selama ini.

“Lagu Kian amat bermakna kepada saya dan kerana pilihan peminat maka lagu itu berjaya. Demi peminat-peminat yang tidak jemu-jemu menyokong saya akan berusaha menjadi lebih baik lagi,” katanya terus terang.

Bagi komposer dan penyanyi M.Nasir yang meraih kejayaan menerusi kategori Artis Lelaki Terbaik berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik. Lagipun pembabitannya dalam bidang seni adalah untuk berkarya.

Begitu juga dengan Noryn Aziz yang memenangi kategori Artis Wanita Baru Terbaik menerusi album Alam Maya.

Noryn yang turut mengadakan persembahan menerusi lagu Lara menganggap kemenangannya itu sebagai pendorong untuknya terus berkarya dalam bidang seni suara.

Sementara kumpulan Sofaz yang tidak hadir pada acara yang bertujuan memberi penghargaan kepada penggiat seni Malaysia, Indonesia dan Singapura itu turut dipilih memenangi anugerah kategori Duo/Kumpulan Paling Popular.

Pada majlis itu juga buat julung kalinya, APM memperkenalkan Anugerah Cinta Planet Muzik yang diberikan kepada Zainal Abidin kerana sumbangannya kepada masyarakat menerusi seni dan Anugerah Khas Planet Muzik untuk Kris Dayanti.

Bagaimanapun, APM yang dikendalikan oleh Aznil Nawawi (Malaysia), Fiqa (Indonesia), Suhaimi dan Fiza O (Singapura) ternyata belum mampu membuat penonton terpaku di kaca TV untuk menonton acara yang disiarkan secara langsung itu hingga tamat.

Meskipun kali ini pengacara kurang berceloteh berbanding tahun-tahun sebelum ini namun gabungan artis yang mengadakan persembahan kurang menarik.

Memang bagus penganjur menyatukan penyanyi ternama dengan baru tapi biarlah kena dengan konsepnya.

Pemenang-pemenang Anugerah Planet Muzik 2007

- Album Terbaik - Naluri Lelaki (Samsons)

- Lagu Terbaik - Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)

- Artis Lelaki Terbaik - M.Nasir

- Artis Wanita Terbaik - Siti Nurhaliza

- Duo/Kumpulan Terbaik - Dewa 19

- Duo/Kumpulan Baru Terbaik - Letto

- Artis Baru Lelaki Terbaik - Imran Ajmain

- Artis Baru Wanita Terbaik - Noryn Aziz

- Artis Lelaki Paling Popular - Mawi

- Artis Wanita Paling Popular - Siti Nurhaliza

- Duo/Kumpulan Paling Popular - Sofaz

- Lagu Paling Popular - Kian (Mawi)

- Anugerah Cinta Planet Muzik - Zainal Abidin

- Anugerah Khas Planet Muzik - Kris Dayanti

Kategori Artis Singapura

- Lagu Singapura Paling Popular - Dambaan (Didicazli), Usah Lepaskan (Taufik Batisah) dan Merpati - (Hady Mirza)

- Artis Singapura Paling Popular - Taufik Batisah, Hady Mirza dan Kumpulan

Sleeq

- Lagu Terbaik Singapura - Usah Lepaskan (Taufik Batisah)

- Artis Terbaik Singapura - Imran Ajmain

- Album Terbaik Singapura - Konspirasi Dunia (Bhumiband)

Tahniah Aziz Sattar dan Jins Shamsuddin

DUA pelakon veteran mendapat penghargaan yang amat bermakna daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 2 Jun lalu.

Seniman Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta, 82, dikurniakan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk.

Sementara seniman Datuk Jins Shamsuddin dikurniakan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Tentunya Aziz Satar amat terharu dengan kurniaan buatnya itu kerana tidak menyangka jasanya selama 50 tahun menjadi artis dihargai oleh kerajaan.

Aziz Satar yang mula mencipta nama menerusi filem pertamanya Putus Harapan pada tahun 1953, cukup diminati melalui karakternya yang dianggap sebagai ‘pak lawak’

Lakonan beliau dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Bujang Lapok memang meninggalkan kesan kepada penonton.

Dengan kurniaan darjah kebesaran itu, tentunya para artis dan karyawan seni turut tumpang berbangga kerana golongan seperti mereka tidak dilupakan oleh negara. Tahniah Datuk, Tan Sri.

Diddy lebih menyerlah dari Juara AF4?

Bila tengok Anugerah Planet Muzik (Singapura) baru-baru nie, persembahan terakhir yang dinyanyikan oleh Diddy dan Yanie cukup memuaskan. Diddy antara yang gagal ke final sewaktu AF4 menunjukkan dia, telah berjaya menuju puncak. Diddy yang juga bergandingan dengan Kris Dayanti menunjukkan dia seorang yang berbakat besar. Walaupun gagal di Akademi Fantasia 4. Tetapi Diddy telah membuktikan bahawa dia adalah lebih baik berbanding juara AF4. Dia telah diberi kepercayaan untuk berkongsi pentas dan berpadu suara dengan Diva Indonesia Kris Dayanti. Maka orang pun bertanya, kemana Faizal (Juara AF4). Apa pencapaian Faizal selepas menjadi Juara AF4?

AF mengubah hidup Aswad

Segala-galanya berubah sebaik sahaja tirai Akademi Fantasia Kelima (AF5) dilabuhkan pada 19 Mei lalu. Perubahannya kerana semua peserta AF5 bukan keluar sebagai menjadi insan biasa lagi sebaliknya sebagai selebriti.

Kerana populariti yang diraih itu membuatkan mereka menjadi perhatian penonton khususnya orang ramai yang meminati mereka.

Jejaka dari Pulau Pinang, Muhammad Nur Aswad Jafar, merasai kelainan selepas keluar dari program AF itu.

Kata jejaka berusia 27 tahun ini, dia terkejut diserbu oleh peminatnya ketika hendak membeli-belah di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

‘‘Ketika itu saya dengan abang singgah di pasar raya nak beli barang. Pada waktu itu datang seorang mak cik untuk bergambar dan mendapatkan tanda tangan. Saya melayan dia seperti biasa tetapi lama-kelamaan keadaan menjadi kecoh,” kata Aswad.

Apabila orang semakin ramai mengerumun Aswad, abangnya terpaksa menarik ke dalam kereta dan membawa dia ‘lari’ dari pasar raya itu.

Menurut Aswad dia bukannya hendak menyombong dengan peminat tetapi bimbang tahap keselamatannya pada ketika itu. Apabila dikerumuni, macam-macam perkara boleh terjadi termasuklah dia khuatir akan dicederakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini akui Aswad dia tidak pernah melalui pengalaman seperti itu. Tiga bulan berada di dalam AF, ternyata merubah kehidupan rutinnya.

‘‘Saya akui AF banyak mengubah diri saya dan membawa pengertian yang bermakna. Lagipun sudah lama saya nak jadi artis selepas kumpulan saya iaitu Xcess yang ditubuhkan di Pulau Pinang berkubur,’’ katanya.

Melalui pengalaman sebagai anak seni, kata Aswad, menyebabkan dia bimbang akan ‘tergelincir’ hidup. Maka Aswad sentiasa teringat pesanan arwah ibunya, Ramlah Daiman yang meninggal dunia ketika Aswad berusia 14 tahun.

Sebelum arwah ibu yang pada ketika itu sakit barah paru-paru menghembuskan nafas terakhirnya, Allahyarham sempat berpesan kepada Aswad supaya pandai menjaga diri dan jangan memalukan keluarga.

Pesanan itu ibarat azimat buat Aswad yang tidak akan dilupakan selama- lamanya.

‘‘Arwah mak juga pesan supaya saya dengar cakap kakak dan jangan nakal- nakal. Selepas ketiadaannya saya memang terasa sangat kehilangannya,’’ kata Aswad anak bongsu daripada enam beradik.

Semasa arwah ibu meninggal dunia Aswad menangis tidak terkata apatah lagi pada waktu itu tidak pernah merasai kasih sayang daripada bapanya, Japar Salleh. Ayahnya meninggal dunia ketika Aswad berusia lapan tahun.

Ketiadaan ibu menyebabkan Aswad dipelihara oleh kakak-kakaknya yang juga tinggal di Pulau Pinang.

Pada detik itu bermulalah kehidupan Aswad sebagai anak yatim piatu. Banyak pekerjaan yang dia lakukan selepas tamat bersekolah. Aswad pernah mencari rezeki di kilang dan juga menjual barangan secara jualan langsung.

Dia banyak berdikari untuk menampung kehidupannya sebagai anak bujang sehinggalah diterima menyertai AF5.

‘‘Saya sudah merasai susahnya hidup tanpa ayah dan ibu apatah lagi mencari rezeki sendiri untuk menyara kehidupan saya seorang diri. Takkan nak harapkan kakak-kakak menyara kita kerana mereka pun ada keluarga masing-masing,’’ katanya.

Selepas menjadi artis, dia ingin serius dalam bidang berkenaan dan yakin rezeki akan lebih luas sekiranya bidang berkenaan dilakukan dengan betul.

Belum mempunyai teman wanita, jelas jejaka ini dia tidak memikirkan soal untuk berumah tangga sebaliknya ingin membuktikan kepada keluarga terhadap bidang yang dipilihnya itu tidak akan mensia-siakan dirinya.

Thursday, June 7, 2007

Hiburan berprestij dari 12 artis ternama

BAGI peminat persembahan konsert hiburan berprestij, saluran RTM1 akan menayangkan rakaman Konsert Perdana Diraja Kedah yang berlangsung di Dewan Wawasan, Kedah Darul Aman jam 8.30 malam, Sabtu ini.

Konsert gilang gemilang itu sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, baru-baru ini.

Sebanyak 27 lagu yang dipilih khas untuk konsert ini disampaikan oleh 12 artis jemputan sama ada secara solo, duet, medley dan persembahan alat muzik.

Antara artis yang menyertai persembahan itu ialah Datuk Ahmad Jais (medley Mengharap Sinar Menelan Kabus/ Mabuk Kepayang, Kucupan Azimat), Datuk Yusni Hamid (Serunai Malam, medley Strangers In The Night/Quando Quando).

Selain itu, Misha Omar (Nafas Cahaya) Adibah Noor (Terlalu Istimewa, Fly Me To The Moon), Dayang Nurfaizah (Sepi Sekali, Hurt, lagu Tell Him duet bersama Misha Omar).

Gabungan mantap persembahan artis dan pemuzik tersohor tanah air meninggalkan kesan mendalam kepada peminat muzik orkestra.

Tidak ketinggalan menjayakan persembahan, Aris Ariwatan dengan lagu Permaidani dan Cinta Tak Kenal Siapa serta persembahan permainan alat muzik oleh duo Mohram dan Kumar.

Persembahan artis diiringi pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail, manakala penyampai berita RTM, Fathil Hidayat Ghazali dan Zamzarina Zambri sebagai pengacara rancangan yang disiarkan selama dua jam itu.

Papa rock, Ramli Sarip turut menyampaikan lagu medley Teratai/ Sejuta Wajah/ Jangan Tunggu Lama-Lama/ Nyanyian Serambi dan Kamelia.

Dalam pada itu, Ramli berkata, dia tetap puas hati sekalipun hanya membuat persembahan secara medley pada konsert itu.

“Saya yakin konsert itu berjaya mengembalikan nostalgia kepada penonton pada malam itu.

“Konsert ini juga sebahagian daripada usaha murni RTM sempena hari keputeraan baginda. RTM dan kumpulan orkestra mengambil berat mengenai pemilihan dan nilai lagu yang mudah diterima oleh semua.

“Di samping penyertaan daripada artis terkemuka tanah air, kejayaan konsert ini terbukti apabila menerima sambutan menggalakkan daripada penonton,” katanya.

Rocker yang mengkagumkan

Kemunculan album Hattan, Masterpiece to Ramli Sarip baru-baru ini, ternyata telah memberi impak yang besar kepada kedua-duanya, Hattan dan Ramli sendiri.

Ini terbukti apabila kedua-duanya tampil pada Majlis Pelancaran Sukan Negeri Sembilan 2007 (Suknes 07) baru-baru ini. Hampir 100,000 penonton bagaikan tidak mahu berganjak walaupun Hattan dan Ramli selesai membuat persembahan.

Mereka bersorak tatkala Hattan menyanyikan dua lagu daripada album terbarunya itu iaitu Kau Yang Satu dan Istilah Bercinta.

Begitu juga apabila Ramli Sarip tampil dengan lagu-lagu popularnya seperti Doa Buat Kekasih dan Kamelia.

“Bayangkan. Hattan dah selesai menyanyikan empat lagu dan Ramli lima lagu seperti yang kami rancangkan, tapi penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada hari itu macam tak mahu berganjak.

“Bagusnya Hattan dengan Ramli, mereka berpakat menyanyikan tiga lagi lagu. Ramli petik gitar, berduet dengan Hattan menyampaikan lagu-lagu bonusnya itu,” cerita Pengarah Urusan D’Media Event Entertainment, Syed Yusof Wafa yang bertanggungjawab membawa kedua-dua penyanyi tersebut pada persembahan itu.

Selain Hattan dan Ramli, penyanyi 60-an Jefrydin juga turut diundang menjayakan pentas persembahan itu. Jefrydin mempersembahkan empat lagu popularnya termasuk Seruling Anak Gembala dan Kenanganku.

Datuk Shake di Menara KL

SELESAI sudah sambutan Minggu Setiausaha dan Hari Ibu, kini pihak hotel sibuk menganjurkan Hari Bapa pula.

Turut serta memeriahkan sambutan Hari Bapa ialah Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang telah memilih Datuk Shake sebagai peneraju utama untuk menghibur tetamu di Mega View Bankuet, Menara KL yang terletak pada ketinggian 288 meter dari paras bumi.

Majlis yang membawa tema Sambutan Hari Bapa di Awan Biru itu akan diadakan pada pukul 3 hingga 5 petang pada 17 Jun ini.

Pada persembahan itu, Datuk Shake akan mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti Ummi, Pulanglah, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan.

“Saya akan cuba mengembalikan nostalgia pendengar pada persembahan itu nanti dan jika ada permintaan daripada penonton, saya tidak kisah untuk memuaskan hati mereka,” kata penyanyi yang sudah pun mempunyai lima orang cucu itu pada majlis sidang akhbar Sambutan Hari Bapa di Awan Biru di Menara KL, baru-baru ini.

Harga untuk menonton persembahan Datuk Shake itu ialah RM3,000 hingga RM1,550 bagi setiap meja. Tempahan terhad untuk 25 meja sahaja.

Selain berhibur, penonton juga akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti motosikal Kriss Modernas, pakej percutian ke Bali selama tiga hari dua malam dan baucer makanan dari restoran terpilih.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Suhaily Sahad di Jabatan Perhubungan Awam dan Acara di talian 03-20205448 atau 03-20206504.

TAHNIAH: Era kekal radio no 1

RANGKAIAN Radio Airtime Management and Programming (AMP), anak syarikat Astro All Asia Networks mengekalkan kedudukan teratasnya dalam keputusan Kajian Pendengar Radio yang dikeluarkan baru-baru ini.

AMP yang mengendalikan lapan stesen radio pelbagai bahasa di negara ini ternyata mendapat tempat di hati pendengar.

Kajian yang dijalankan oleh Nielsen Media Research menunjukkan empat stesen AMP iaitu Era (bahasa Melayu), My FM (bahasa Cina), hitz.fm (bahasa Inggeris) dan THR (bahasa Tamil) antara stesen radio yang popular dalam kategori masing-masing.

Keseluruhannya, 92 peratus populasi Semenanjung Malaysia berusia 10 tahun ke atas atau 14.42 juta pendengar radio dalam seminggu. Daripada jumlah itu, 71.5 peratus memilih mana-mana daripada lapan stesen radio yang beroperasi di bawah AMP.

Era kekal sebagai stesen radio yang mempunyai khalayak pendengar terbesar dengan 5.3 juta orang memilih stesen itu setiap minggu.

Pengurus Besar Era, Kudsia Kahar menyifatkan kejayaan itu sebagai tanda dan usaha gigih setiap individu yang berkerja dalam stesen itu.

“Kejayaan ini sebagai tanda usaha semua pasukan stesen ini yang terus menjadikan stesen ini sebagai gaya hidup masyarakat Melayu.

“Stesen ini akan terus memainkan muzik Melayu terbaik berdasarkan kajian yang dijalankan lalu memastikan pendengar sentiasa terhibur dengan program yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi AMP, Sree Pathmanathan mengucapkan penghargaan kepada seluruh ahli operasi yang berusaha keras meletakkan stesen radio dibawah naungan AMP semakin popular.

“Banyak perubahan berlaku dalam industri radio sepanjang beberapa tahun ini, ia termasuk munculnya saingan baru dan peralatan digital terkini menembusi pasaran.

“Saya amat bangga dengan setiap kakitangan AMP yang mengambil berat mengenai apa yang diinginkan rakyat Malaysia lalu kami terus menjadi sumber hiburan pilihan di negara ini.

Zila sibuk selepas terkejut

BAKAT dan suara yang dimiliki bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Nur Azilah Seeron, 19, mula mendapat perhatian ramai sekali gus berjaya menggapai impiannya menjadi artis rakaman.




Biarpun hanya bertahan selama empat minggu dalam program realiti itu, Nur Azilah atau lebih mesra disapa Zila tetap menjadi bualan ramai dan mampu menarik perhatian beberapa syarikat rakaman yang mahu menyunting gadis manis kelahiran Negeri Sembilan ini menjadi artis mereka.

Zila juga mencatat sejarah tersendiri apabila muncul peserta AF4 pertama merakamkan album dengan judul Zila Seeron - Realiti, terbitan Apex Entertainment Network.

Mengulas mengenai album yang mengetengahkan konsep pop komersial itu, Zila berkata, album itu mengandungi pelbagai rentak lagu dan disifatkan sebagai permulaan mengejar impiannya menjadi penyanyi terkenal pada masa depan.

“Saya gembira dan terkejut kerana diberi peluang merakamkan album. Selepas selesai merakamkan album, perjalanan seni saya bertambah sibuk dengan pelbagai aktiviti.

“Ini termasuk memenuhi undangan mengadakan persembahan dan sebagai duta minuman Power Root, saya turut menyertai kempen promosi bersama beberapa artis lain termasuk Faizal AF4, Farah AF2 dan Noorul Huda Abdul Wahab (Nurul).

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan astro, Maestro dan Apex yang menghargai bakat serta sudi memberi peluang merakamkan album ini,” katanya.

Menyentuh konsep yang diketengahkan itu, kata Zila, album berkenaan memberi variasi muzik kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, album yang menyisipkan 11 lagu itu turut menampilkan ramai muka baru dalam penciptaan lagu dan penulisan lirik.

Antara lagu yang dijangka hit, Cinta Yang Di Sini, Ula La, Nafas Cinta, Kasih, Cinta Sulaman Malaysia, Andai, Ibu, Warkah Cinta, Realiti, Tak Ingin Lagi dan Warisan.

“Semua lagu ini mempertaruhkan karya komposer dan pencipta lirik yang masih baru dalam industri muzik, namun pada saya ia bukanlah penghalang untuk album ini mendapat sambutan peminat,” katanya.

Monday, June 4, 2007

Berilah artis baru berbakat seperti Bob peluang sebaik baiknya

MINGGU lalu saya berkesempatan menonton Zoom In terbitan RTM selepas agak lama tidak berpeluang menyaksikannya. Disebabkan adanya pelancaran Citrawarna 2007 pada waktu perdana, maka siaran rakaman Zoom In pun terpaksa dilewatkan sehingga ke tengah malam. Pun begitu ia tidak menjadi satu masalah kerana artis yang membuat persembahan di kaca TV berjaya membuatkan mata saya yang mengantuk kembali segar bugar.

Penyanyi itu tidak lain daripada Bob AF2 yang selama ini saya kagumi mutu vokalnya. Sejak dulu lagi saya sudah tertarik dengan kualiti suara Bob. Dialah salah seorang daripada bintang realiti TV yang berkualiti selain beberapa kerat lagi terutama Jaclyn Victor, Mawi, Zahid, Haziq, Farhan dan Mila.

Malam itu Bob menyanyikan rangkaian lagu yang pernah menaikkan namanya dalam pertandingan itu seperti Salam Terakhir (Sudir), Laguku Untukmu (Hasnul) serta lagu Puteri (Zainalabidin), M Nasir (tanya sama itu Hud Hud) dan Saat Ku Idamkan (Amy Search). Dia juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu Latin Marc Anthony, My Baby You.

Selain lagu pop dan balada, Bob tidak lupakan lagu etnik Indonesia, Laksamana Raja Di Laut, berentak zapin-dangdut yang ada persamaan dengan lagu Nostalgia Aidilfitri dendangan Datuk Sharifah Aini. Kita pun tahu Bob memang punya kemampuan menyanyi lagu Melayu asli. Tentu ramai masih ingat Bob adalah finalis Anugerah Juara Lagu bagi kategori Etnik Kreatif bersama Allahyarham Rosiah Chik tetapi digantikan dengan Aspalela Abdullah. Pendek kata Bob sudah lama menunjukkan kualiti nyanyian yang hebat dalam nyanyian asli.

Cuma keadaan fizikal Bob yang chubby itu menyebabkan dia susah hendak ke depan macam Mawi atau Adam. Inilah ketidakadilan yang masih berlaku dalam masyarakat dan dunia hiburan kita. Bagaimanapun, saya berbangga dengan RTM kerana tidak mendiskriminasikan penyanyi muda yang berbakat besar seperti Bob. Seharusnya stesen TV lain juga memberikan lebih peluang kepada Bob untuk mengorak langkah kerana bakatnya.

Melihat keadaan fizikal Bob yang montel itu, rasanya kalau artis perempuan, Bob sama macam Adibah Noor. Mereka memang berbadan besar tetapi dikurniakan kelebihan vokal. Mungkin satu hari nanti kita dapat melihat Bob dan Adibah bergandingan dalam sebuah lagu - tentu gandingan yang hebat.

Menerusi Zoom In juga Bob mengundang rakan seperjuangannya, Kaer yang semakin gah dengan lagu Izinku Pergi selain Amylea. Bagi saya, inilah bakat-bakat baru yang sedang menjadi pelapis kepada penyanyi veteran sedia ada. Baguslah kalau mereka terus berusaha.

Waris Jari Hantu: Empat tahun Shumi pendam hasrat

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


BUKAN senang Shuhaimi Baba
merealisasikan pembikinan filem terbarunya, Waris Jari Hantu (WJH) yang memasuki
pawagam sejak Khamis lalu.

Shuhaimi atau Shumi mengambil masa empat
tahun untuk memahami ilmu saka secara mendalam sebelum menghasilkan skripnya.
Bagaimanapun, hanya 50 peratus penceritaannya dipetik daripada kisah benar,
manakala selebihnya berdasarkan imaginasi fiksyen.

WJH bukanlah cerita
dongeng, sebaliknya cetusan ilham daripada kisah benar masyarakat di sekitar
Negeri Sembilan. Kebanyakan orang tua zaman dulu memiliki semangat rimau dan
sering kali pewarisnya adalah golongan wanita.

Masyarakat dulu percaya,
semangat rimau mampu melindungi keluarga, tempat tinggal dan kampung halaman
mereka daripada ancaman musuh, bagaimanapun semangat itu akan bertindak ganas
sekiranya dicabar.

Menerusi WJH watak pemilik semangat rimau, Tok Wan,
dilakonkan Seniwati Azean Irdawaty. Turut beraksi Maya Karin sebagai Tina, Rusdi
Ramli sebagai Ari/Ariana, Nanu Baharudin (Kasma), Liza Othman (Mak Yati), Zaidi
Omar (Pak Ngah), Dang Suria (Farah), Riezman Khuzaimie (Roslan), Kavita Sidhu
(Ira) dan Rashid Salleh (Ah Meng) serta penampilan istimewa Ida Nerina, Jit
Murad dan Joanna Bessey.

Ikuti temubual Bintang Popular (BP) bersama
Shumi, Khamis lalu.

BINTANG POPULAR (BP) Apa itu Waris Jari Hantu?

SHUMI: WJH mengenai warisan mistik semangat harimau yang menjadi cerita
legenda popular bagi sesetengah masyarakat Melayu negara ini. Bukan hanya di
Malaysia, malah seluruh Asia Tenggara tahu mengenai kewujudan saka rimau. Ini
bukanlah filem hantu tetapi sebuah drama penuh mistikal.

BP: Bagaimana
tercetusnya ilham filem mistik sebegini?

SHUMI: WJH ditulis berdasarkan
pengalaman seorang teman rapat saya yang berada di London. Beliau tertarik
dengan cerita semangat rimau dan mahu dirinya mewarisi ilmu saka serta menjadi
sebahagian komuniti rimau yang menetap di London. Dia seorang lelaki lembut yang
begitu tertarik dengan komuniti semangat rimau saka Negeri Sembilan. Hanya
golongan perempuan menjadi pewarisnya kerana perempuan adalah tuan tanah dalam
adat Negeri.

BP: Kenapa menunggu masa agak lama untuk merealisasikan
WJH?

SHUMI: Ideanya dah tercetus kira-kira empat tahun lalu,
bagaimanapun saya terpaksa menangguhkan pembikinannya dulu kerana ketika itu
saya belum tahu penerimaan masyarakat terhadap kisah mistik dan alam ghaib.
Selepas Pontianak mendapat sambutan, barulah saya dapat membaca penerimaan
penonton. WJH bukan saja membabitkan ilmu saka yang mistikal, malah manusia
khunsa pun saya anggap sebagai mistikal. Lalu, saya gabungkan dua elemen iaitu
semangat rimau dan manusia khunsa.

BP: Difahamkan anda memang membawa
harimau ketika penggambaran. Tidakkah ia membahayakan?

SHUMI:
(Tergelak). Inilah pertama kali saya menggunakan harimau dalam filem saya. Untuk
keselamatan, pelakon WJH tidak berlakon dengan harimau tapi kami mengambil shot
harimau dulu pada peringkat permulaan. Dua harimau berusia dua dan tiga tahun
dari Tiger Shelter, Ipoh dipilih. Ia memang garang dan shooting perlu dibuat
mengikut mood mereka. Kami juga guna kamera khas supaya ia tidak membahayakan
DOP (pengarah fotografi). Lucunya, seekor harimau itu kebetulan namanya Azean!
Selepas mendapat shot kedua-dua harimau itu, kami mencantumkannya dengan CGI
(Imej Janaan Berkomputer). Kira-kira 20 peratus filem ini menggunakan CGI.
Seperti biasa, saya menggunakan kamera High Definition (HD) serta kesan bunyi
Dolby Stereo Surround (DSS) bagi menambahkan lagi kesan gegar dan ngauman rimau.

BP: Benarkah Rusdi dan Maya hampir-hampir putus asa gara-gara tidak
dapat membawakan watak Ari dan Tina?

SHUMI: Ya, mereka hampir mengalah
dan enggan meneruskan sesi latihan. Alasannya, watak Ari dan Tina terlalu berat.
Apabila berdepan dengan keadaan itu, saya tidak ada pilihan lain selain memujuk
dan terpaksa menyuntik keyakinan lagi dalam diri mereka.Bagaimanapun, saya tak
salahkan Maya atau Rusdi kerana saya faham bukan senang bagi Maya membawakan
watak Tina yang bercinta dengan khunsa. Dari segi fizikal, Rusdi tidak ada
masalah mengikut cara lelaki lembut berjalan atau bercakap, cuma tertekan
bermain dengan emosi.

BP: Bagaimana anda melihat perkembangan lakonan
Maya yang sudah sinonim dengan watak pontianak?

SHUMI: Maya dan karakter
pontianak memang sukar dipisahkan. Memang Maya perlu mengambil sedikit masa
untuk mengatasi masalah itu. Bagaimanapun, saya bangga dengan ketekunan Maya
kerana dia akhirnya mampu melakonkan watak Tina, gadis kampung yang naif. Ia
berbeza dengan karakter sebenarnya di luar filem. Begitu juga Azean Irdawaty.
Kita selalu lihat gaya serta penampilan Azean dalam karakter moden dan komedi,
tapi Tok Wan benar-benar menukar perwatakannya dalam lakonan.

BP: Bajet
pembikinan WJH?

SHUMI: WJH diterbitkan dengan kos agak rendah, RM1.4
juta tapi saya berbangga dengan barisan pelakon, tenaga produksi dan tenaga
teknikal kerana mereka mampu melaksanakan tugas dengan memuaskan. Saya agak
tertekan kerana WJH terpaksa ditayangkan bersama blockbuster seperti Pirates of
the Caribbean 3, Shrek3 serta Spiderman 3. Bagaimanapun saya percaya, kalau ada
rezeki, ia tidak akan ke mana selepas kita berusaha dan saya hanya bertawakal.

BP: Bagaimana dengan road tour WJH?

SHUMI: Saya terharu dengan
sambutan peminat dalam siri road tour WJH di seluruh Malaysia.Program promosi
bermula di Pulau Pinang disusuli Lembah Klang, Plaza Alam Sentral, Shah Alam,
Selayang dan diteruskan ke Terminal One, Seremban, Mahkota Parade, Melaka pada
Mei lalu. Semalam (Sabtu) road tour WJH dibuat di Kuantan Parade, Kuantan dan
akan berakhir di Jom Heboh bertempat di Danga Bay, Johor Bahru pada 9 Jun ini.
Kalau ada masa datanglah berjumpa pelakon kami.

INFO: Erra Fazira

Nama sebenar: Fazira Binti Wan Chek

Tarikh lahir: 9 Februari 1974

Tempat lahir: Sungai Choh, Rawang, Selangor, Malaysia

Kerjaya: Aktres, penyanyi, model dan usahawan

Mula terkenal: Selepas memenangi Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993.

Mempunyai album Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003), Ya Atau Tidak (2006).

Antara lagu popular Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Lepaskanku, Sampai Bertemu, SMS Saja, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) Jika Kau Tiada (duet dengan Yusry) Bermula Detik Ini dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).

Pernah tujuh kali dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).

Pernah bertunang dengan bekas vokal utama Wings, Awie.

Bernikah dengan Yusry, pada 15 Jun 2003 dan bersanding pada 21 Jun 2003. Mereka bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Erra... hatinya belum dimiliki

HARI ini ramai sekali artis baru muncul dalam dunia seni namun satu perkara yang tidak ada dalam diri mereka adalah kejelitaan sejati seperti mana yang menjadi milik Erra Fazira. Terbukti selepas sekian lama Erra, 33, melepaskan gelaran ratu cantiknya kepada pelapis di bawah, kecantikan yang dikurniakan kepadanya tidak pernah pudar. Malah pelakon terkenal itu semakin anggun dan lebih prihatin menjaga imej serta penampilan diri sejak melancarkan produknya sendiri, FerraKosmoLook (Ferra).

Terbukti sejak kembali hidup solo, Erra tambah yakin mengatur langkah bukan saja dari aspek ketrampilan diri malahan agenda tugasnya yang berjaya memasuki fasa terbaru.

"Sejak ada Ferra, Erra semakin sibuk dengan jadual road tour ke seluruh negara bagi memperkenalkan produk ini yang menggunakan teknologi terbaru dari Jerman. Erra bangga kerana selepas dilancarkan tahun lalu, kami sudah mempunyai seramai 500 stokis di seluruh Malaysia. Sehingga penghujung tahun ini, Erra harap dapat menambah sehingga 1,000 orang. Buat masa ini FerraKosmoLook beribu pejabat di AmpWalk, Jalan Ampang dengan 10 kaki tangan sepenuh masa.

"Sebenarnya niat Erra menceburi bidang ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman dengan wanita selain memperbanyakkan lagi jumlah golongan Bumiputera dalam bidang perniagaan," ujarnya kepada Bintang Popular, baru-baru ini.

Erra akui cukup teliti dan tegas dalam hal pemilihan produk yang dipasarkan kepada pengguna. Syarat pertama Erra sebelum Ferra ditubuhkan ialah produk itu mestilah diperbuat daripada bahan yang selamat dan bersih. Erra tidak mahu produk sulungnya itu disamakan dengan sesetengah produk kecantikan lain yang datang dari kilang sama namun hanya berselindung di bawah jenama berbeza.

> Berdebar tunggu tiga filem terbaru

CUKUP popular menerusi filem trilogi Sembilu, Sembilu II dan Tragedi Oktober, Erra baru saja selesai penggambaran dua filem terbaru, Anak, terbitan Boxlite Film Sdn Berhad arahan Barnie Lee serta Cuci (Tall Order Productions Sdn Bhd, arahan Hans Isaac).

"Anak sudah selesai penggambaran Januari lalu dan akan menemui penonton tahun ini juga, cuma tarikh masuk panggung belum dipastikan. Begitu juga dengan Cuci yang selesai penggambaran Mac lalu," katanya turut berdebar menanti tayangan Los Dan Faun arahan Afdlin Shauki.

Ternyata Erra punya alasan tersendiri untuk menerima dua skrip genre berbeza ini. Anak bergenre misteri manakala Cuci sarat komedi ringan.

"Kalau boleh sebelum mengundur diri dari lakonan, Erra teringin cuba pelbagai watak dan jadi lebih versatile lagi," katanya yang pernah melakonkan karakter gadis lasak dalam Janji Diana, perempuan gemuk (Cinta Kolesterol) dan nenek dalam Hingga Hujung Nyawa.

Anak antara lain mengisahkan bagaimana seorang gadis mangsa rogol akhirnya mengandung. Gadis malang itu juga diperdaya sehingga menggugurkan kandungannya. Tanpa disedari, jasad bayi yang tidak berdosa itu dijadikan alat untuk tujuan amalan sihir. Lama kelamaan, semua yang terbabit dalam perbuatan itu mula diganggu kejadian menggerunkan. Sementara Cuci pula berkisar mengenai empat pemuda yang berlumba-lumba mendapatkan tender cukup lumayan.

Sibuk dengan lakonan dan perniagaan, tidak bermakna nyanyian dipinggirkan. Penyanyi lagu Jendela Hati dan Yang Terindah Hanya Sementara ini menganggap nyanyian sebagai nadi dalam kerjaya seninya.

"Macam roller-coaster, hidup kita ada naik turunnya. Begitu juga dengan kerjaya nyanyian. Kalau tidak sibuk berlakon, Erra akan menyanyi, begitulah sebaliknya. Kebetulan kontrak dengan Sony-BMG sudah habis, Erra sedang mempertimbangkan beberapa tawaran daripada syarikat lain," katanya.

Loga, of Alleycats, dies

Loganathan Arumugam, a founder-member of the popular and widely followed Alleycats pop music band, died after losing a year-long battle with lung cancer.

The 54-year old musician, who was one of the most recognisable local musicians with his trademark Afro hairdo, died at the Mount Miriam Hospital here at 10.50am yesterday.

He died to the tune of a collection of early Alleycats songs being played on a portable disc player placed at his bedside.

Family members said Loga, as he was fondly known, died with a smile listening to his music which brought him and the Alleycats worldwide fame.

He leaves wife, Susan, 50; son Vigneshwaran, 24, and daughter, Priyadashini, 20.
Loga used to play the flute in the band and was also vocalist alongside his brother, David Arumugam, 57.

David said his brother’s death was fated and the family accepted it as the will of God.

"It has been a tough battle but he fought it all the way after learning that he had lung cancer in October last year. He used to smoke but gave it up many years ago," he said when met at the hospital.

The body was later taken to the family home in Jalan Tanjung Bungah here and is expected to be cremated according to Hindu rites at 11am on Wednesday.

Asked on the future of the band, David said Loga had informed him that the Alleycats music should never die.

"We recorded an album last year but its launch was put on hold after Loga was diagnosed with cancer. The launch was supposed to take place when his condition improved," he said, adding Loga’s last stage performance was at the PJ Hilton in October last year.

David said the group had also planned to release a "live" album once Loga’s condition improved and the project was already on the drawing board.

The Alleycats, formed in 1969, has contributed much to the development of the local pop music scene.

The group started by playing in clubs around the country before signing a recording deal with PolyGram Records in 1978. The Alleycats has 29 albums to its credit.

It is one of Malaysia’s favourite bands with evergreen hits like Sampaikan Salam, Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu and Sekuntum Mawar Merah. The band until today is regarded as one of the classic Malaysian pop music groups.

Meanwhile Karyawan president Freddie Fernandez said Loga was a versatile and gifted artiste who had "dedicated his life to music and clubs".

"This is very sad news for the Malaysian music industry. The power of Loga’s harmonies with David was awesome and they were famous for getting crowds of all races to enjoy and appreciate their music," he said.

Composer M. Nasir, who co-produced the first Malay album for the Alleycats, Terima Kasih, in 1978, said he spoke to Loga on the phone last week.

"We talked about his illness and the treatment he was taking. He sounded fine at the time and I was confident he would be making full recovery. I will really miss him."

He remembers Loga for his positive outlook on life.

Singer Khadijah Ibrahim recalled meeting Loga with other members of Alleycats at a stage show in 1979. The first thing that struck her was his Afro hairdo.

"I remember him as a very serious person when it came to work. Off stage, he was friendly and charming. I will always remember his zest for life," she said.

For singer Francissca Peter, Loga was an intelligent musician who never stopped working to make the Alleycats music relevant to today’s audiences.

"Even the younger generation knows Alleycats. A musician like Loga is a rare commodity," said Fran, who got to know Loga and David in the late 1970s when they performed together at stage shows.

Sunday, June 3, 2007

Nasha tak jadi kahwin Julai?

SEBELUM ini ada khabar yang mengatakan pelakon dan peragawati jelita, Nasha Aziz bakal mengakhiri alam solonya pada Julai depan. Tarikh yang dipilih oleh Nasha dan tunangannya, Helmi ialah pada 7 Julai 2007. Memang ramai yang hendak kahwin pada tarikh tu sebab nombornya cantik, termasuklah Nasha.

Tapi tidak ada pengesahan dari mulut yang empunya badan. Terbaru, Joyah difahamkan tidak akan ada perkahwinan dan majlis besar-besaran artis popular ini pada tarikh berkenaan. Maknanya Nasha tidak berkahwin pada tarikh yang digembar-gemburkan itu. Keluarga Nasha sendiri pun tidak membuat sebarang persiapan untuk sebarang majlis pada Julai depan. Maknanya, Nasha tidak jadi kahwin pada Julai depan. Tetapi khabarnya pasangan ini mempunyai tarikh lain yang akan diberitahu semula kelak.

Khabarnya kedua-dua tunangan ini semakin sibuk dengan kerjaya mereka sehinggakan terpaksa menangguhkan perkahwinan buat seketika. Dan setiap kali ditanya kepada Nasha mengenai tarikh perkahwinannya, seperti biasa dia akan menjawab dengan jawapan yang kabur dan tak berapa terang. Suka tau Nasha bermain dengan teka- teki. Tiap kali ditanya jawapan ‘relax’ dululah, banyak hendak kena fikir lagi ni.

Berhibur, beramal bersama Anuar Zain, Ning Baizura

PEMINAT-PEMINAT Anuar Zain, berpeluang menyaksikan persembahan selama satu jam bersama beliau sambil beramal di majlis makan malam amal sempena ulang tahun ke-25 McDonald's Malaysia pada 23 Jun ini.

Majlis ini akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur mulai pukul 8 malam. Turut sama menceriakan lagi majlis ini ialah Ning Baizura manakala tetamu kehormat majlis ialah Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Tujuan utama majlis makan amal ini diadakan adalah untuk mengumpul wang dana bagi mengisi tabung kebajikan Ronald McDonald Children's Charities untuk membantu kanak-kanak Malaysia yang dilahirkan sumbing bibir dan lelangit,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia.

“Selain itu, sebahagian wang dikumpulkan akan turut disalurkan kepada Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia,” tambah beliau lagi.

Kempen Sumbing Bibir dan Lelangit McDonald's yang dikenali sebagai “Give a Gift of Smile” diperkenalkan empat tahun yang lalu di mana lebih 100 orang kanak-kanak menjalani pembedahan pembetulan di Hospital Pantai yang merupakan rakan hospital program ini.

Bagi peminat Anuar Zain dan Ning Baizura yang ingin menyaksikan persembahan mereka sambil beramal, sila hubungi Junaidah Mazlan atau Afraz Said di talian (03) 78433388 sambungan 3234/3235.

Pengacara ‘dalam tandas’ cari budak AF

KISAH panas pengacara yang dituduh ‘buat projek’ dalam tandas dengan kaum sejenis dalam satu majlis baru-baru ini menjadi semakin hangat dan semakin menggelegak.

Selepas keluar cerita itu, ramailah pengacara yang panas buntut. Mereka terasa macam ada cili giling dalam buntut masing-masing.

Sampaikan ada seorang pengacara terpaksa membuat kenyataan, artis yang dimaksudkan berkelakuan buruk itu bukan dirinya.

Minggu lepas Niezam terima satu panggilan telefon daripada pengacara yang dimaksudkan melakukan perbuatan itu.

Kami bertemu di sebuah hotel dan Niezam ditemani dua wartawan hiburan popular Rosli Manah (URTV) dan Arif.

Akhirnya pengacara itu menceritakan kisah sebenar bagaimanakah peristiwa yang dimaksudkan itu boleh tersebar.

Kata si pengacara, tuduhan yang dilemparkan ke atasnya merupakan satu fitnah besar yang dilakukan oleh seorang bintang Akademi Fantasia.

Menurutnya, semasa malam kejadian dia dan beberapa selebriti lain memang melepak di sebuah kelab selepas selesai satu majlis gilang-gemilang di pantai timur baru-baru ini.

Pada waktu itu si artis dan orang lain nak tunggu giliran masuk ke tandas. Disebabkan terlalu ramai, si pengacara keluar kerana dia tak terasa sangat nak buang air kecil. Bagilah orang lain yang dah tak tahan tu masuk dulu.

‘‘Masa aku keluar aku dengar ada orang bercerita ternampak orang buat projek dalam tandas. Aku cakap, buat apa nak kecoh-kecoh. Lantaklah dia orang.

‘‘Yang aku terkejut seminggu lepas tu keluar cerita fitnah dalam sebuah akhbar menuduh aku buat kerja tak senonoh itu,’’ ceritanya.

Pengacara itu akhirnya mengetahui orang yang menyebarkan fitnah tersebut adalah budak AF yang turut berada di dalam kelab berkenaan.

Kes itu bocor apabila budak AF yang dimaksudkan telah membuat cerita yang sama kepada seorang petugas stesen televisyen.

Malangnya budak AF itu tak tahu petugas stesen televisyen itu berkawan rapat dengan si pengacara. Sekarang ini si pengacara sudah tahu siapakah dalangnya.

‘‘Aku nak cari budak AF itu. Kalau aku jumpa nanti, aku nak bagi dia penampar depan kau orang. Kerana mulut jahat dia, aku yang susah. Sedangkan cerita itu semua fitnah.

‘‘Dia tak sedar diri, pergi ke majlis itu pun aku yang tolong. Kalau tidak... tak ada siapa yang nak bawa,’’ kata si pengacara dalam keadaan marah.

Panas juga cerita ini tapi apa-apa pun Niezam berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Kepada penyanyi AF yang rambut panjang mengurai tu kalau boleh minta maaflah kepada rakannya supaya kes ‘projek dalam tandas’ ini tidak terus berpanjangan.

Friday, June 1, 2007

Jaafar Onn kini penyampai Radio WFM-Wanita FM

TEPAT jam 10 pagi, 29 Mei lalu, buat julung kalinya selebriti yang terkenal sebagai tukang masak, penari, penyanyi dan pelakon, Jaafar Onn bergelar penyampai radio pula apabila diberi tanggungjawab oleh Radio WFM-Wanita FM mengendalikan rancangannya sendiri yang dinamakan Santai Bersama Jaafar Onn.

Bersiaran selama dua jam, program yang ke udara dua kali seminggu pada setiap Selasa dan Khamis itu bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Bersesuaian dengan konsep radio tersebut yang sasaran pendengarnya daripada kalangan wanita matang dan profesioanl berusia antara 25 hingga 45 tahun, Santai Bersama Jaafar Onn membicarakan topik berkaitan hal ehwal wanita dan rumah tangga.

Antaranya tentang penampilan diri, imej, dekorasi, masakan, solekan, dandanan di samping tip-tip berguna untuk dijadikan panduan dan menjemput dua tetamu daripada pelbagai bidang pada setiap episod.

Pada episod pengenalannya Selasa lalu, Jaafar telah menjemput pengusaha beriani segera, Rohani Borhan dan tukang masak, Chef Zainal Abdul Rahman untuk berkongsi rahsia dan pengalaman mereka dalam bidang masing-masing.

Sesuai judulnya, konsep rancangan kendalian Jaafar dilakukan secara santai dan impromptu, penuh dengan informasi tanpa melewati batasan garis panduannya dan ia boleh didengar di sekitar Lembah Kelang di frekuensi 88.1 serta beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Jaafar puas

Jaafar yang ditemui selepas selesai mengendalikan konti pada tengah hari itu nyata gembira dengan tugas barunya itu.

“Ia impian yang menjadi kenyataan,” kata Jaafar.

Pernah menjadi undangan dalam program Bandaraya dan Anda yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Radio Wanita Berhad, Noramin sewaktu dia masih bertugas di RMKL 30 tahun yang lalu, kata Jaafar lagi:

“Memang saya sudah lama berminat jadi DJ dan selalu menawarkan diri tetapi tiada stesen yang mahu menawarkan tugas ini secara tetap kepada saya. Selalunya saya dijadikan undangan sahaja.

“Tapi rezeki datang daripada Allah dan hari ini saya puas dapat mengendalikan konti,” tambah Jaafar penuh gembira.

Jaafar juga mengakui menjadi navigator atau jurumudi untuk program wanita bukanlah satu tugas sukar baginya kerana memiliki pengalaman dalam beberapa bidang wanita, terutama masakan, solekan dan dandanan.

“Jadi apa salahnya saya jadikan program ini sebagai satu platform untuk saya berkongsi pengalaman bersama pendengar,” kata Jaafar lagi.

Menyediakan skripnya sendiri, kata Jaafar, dia turut berbangga apabila diberi kepercayaan untuk memilih senarai lagu yang dimainkan termasuk lagu-lagu baru, lama dan berentak asli.

“Saya mempunyai lebih 6,000 koleksi lagu-lagu dari pelbagai era yang mahu saya kongsi bersama pendengar termasuklah lagu-lagu dari filem,” katanya.

Jaafar Onn istimewa

Sementara itu, Noramin memberitahu, pihaknya percaya penampilan di WFM-Wanita FM mampu menarik minat pendengar kerana bakat besar yang dimiliki Jaafar.

“Kita menawarkan slot kepadanya kerana dia mempunyai perwatakan yang cukup berbeza dan istimewa. Kita nampak kehebatan bakat seni yang mengalir ditubuhnya.

“Mungkin orang akan mempersoalkan mengapa tidak wanita yang mengemudi program sedemikian, tetapi jawapannya mudah kerana kita boleh nampak ciri-ciri lelaki dan wanita dalam Jaafar Onn. Dia seorang selebriti serba boleh kerana bakatnya itu,” jelas Noramin pula.

Malah kata Pengurus Programnya, Azizah Zahary Majid berkata, jika sambutan menggalakkan daripada kalangan pendengar, pihaknya berkemungkinan akan menjadikan rancangan kendalian Jaafar itu sebagai satu program harian.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR