Tuesday, August 28, 2007

Kejutan malam AE

Linda Onn mahu menggayakan pakaian yang pernah mengundang kontroversi

AWAL tahun ini, dunia hiburan tempatan kecoh seketika apabila penyampai radio wanita popular, Linda Onn, tidak muncul di kaca televisyen mengendalikan acara permaidani merah Anugerah Academy ke-79 untuk Star Movies. Alih-alih, program itu hanya menyaksikan kelibat VJ Channel V, Dominic Lau.

Satu Malaysia kini sudah tahu cerita di sebalik "kehilangan" Linda daripada acara berkenaan. Isu pakaian membabitkan dua pereka tempatan, Jovian Mandagie dan Radzuan Radziwill dikatakan menjadi alasan mengapa selebriti jelita itu gagal muncul di kaca TV pada acara gilang-gemilang berkenaan.


Linda dikatakan diarah pihak tertentu untuk memakai pakaian rekaan Radzuan yang tiba beberapa ketika sebelum latihan bermula. Personaliti itu menolak untuk mengenakan busana terbabit atas alasan ia agak seksi dan dia sendiri tidak pernah mencubanya sebelum ini. Sebaliknya Linda sudah pun menempah kebaya moden daripada Jovian, yang berharga RM7,000 untuk menjayakan program itu!

Lupakan saja episod kelabu itu kerana kehidupan perlu diteruskan. Linda sendiri kini kembali aktif menceriakan pendengar radio dengan celotehnya di saluran kesukaan ramai, Era. Namun, rentetan peristiwa terbabit, tidak dinafikan ramai peminat seni hiburan yang ingin sekali menyaksikan Linda mengenakan rekaan pereka berusia awal 20-an itu.

Jovian sendiri, dengar khabarnya, bekerja keras untuk menyiapkan busana ini. Malah Linda sendiri pernah berkata, suatu hari, dia akan memakai juga pakaian yang mencetus kontroversi. Nampaknya, impian peminat untuk menatap rekaan popular itu akan tiba seawal-awalnya pada Anugerah Era 2007 (AE’07) yang bakal berlangsung di Genting Highlands pada 8 September depan.

Monday, August 27, 2007

Gossip Fasha Sandha & Hans Isaac Bercinta?


Hans Isaac dan Fasha Sandha bercinta? Cepatnya Hans Isaac cari pengganti selepas putus cinta dengan Erra Fazira yang sedang bahagia bersama Engku Emran. Takpelah Hans, bak tagline motto Walls Cornetto “hidup biar sedap”, enjoylah… dan hidup juga mesti diteruskan. Fasha Sandha pun lawa, seksi dan cantik juga, kan?

Gambar Hans Isaac dan Fasha Sandha di Harian Metro kelihatan mesra di majlis 1st wedding anniversary Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Mereka duduk sebelah menyebelah dan nampak begitu intim macam dah lama berkawan. Gossip Hans Isaac dengan Fasha Sandha kini telah meletop gara-gara Fasha Sandha bercuti di Paris dan Hans Isaac bercuti di London tidak lama dulu. Mungkin secara kebetulan atau terancang mereka pergi bercuti pada masa yang sama, lain flight tetapi mereka pulang pada masa yang sama dalam satu kapal, memang satu yang ajaib dan aneh dan ini orang akan syak bukan-bukan. Tetapi Hans kata itu tidak benar sama sekali kerana mereka cuma tidak lebih dari hubungan kawan sahaja. Kemudian, Hans Isaac bawa Fasha Sandha tengok dan layan konsert Gwen Stefani pada 21 Ogos lalu, lagilah orang duk kata diorang ni tengah syiok bercinta.

Habis tu, kesianlah kat Pierre Andre… gigit jari. Kata Fasha Sandha bercinta ngan Pierre… aiyo, peninglah cam nih! Yang mana satu pelakon drama Natasha ni nak sebenarnya? Apa-apa pun, Spekulasi ini dijawab Fasha Sandha bahawa mereka hanya berkawan sahaja setakat ini. Masih tidak ada rasa cinta di hati Fasha Sandha dan mereka pun baru dalam proses kenal mengenali antara satu sama lain. Hubungan intim Fasha Sandha dan Hans Isaac dikatakan bertambah syiok bila mana mereka menerima tawaran membintangi filem Ikan Laga, terbitan syarikat pelakon itu, Tall Order Production.


Credit to budiey.com

Lirik Satu Harapan - Lagu Tema Drama Manjalara

Biarpun beribu halangan mahu ungkapkan dari sesiapa
Takkan ku menyiarkan saja semua kata mereka
Tiap hari ku baca satu persatu teka teka
Mimpi yang terbit dari jiwa berkhayalan di minda

Korus:
Satu harapan membara dan menyala
Kan menyinari perjalananku
Sejauh langit biru takkan kuberpatah arah
Harapanku membawa kaki melangkah merasa-rasa kehadirannya
Ooo yeah
Kan terpahat namaku diingatanmu
ohhh… Nanana Lalalalala

Biar sekuat mana hati menjerit hiba meronta-ronta
Tak ku hanyut dalam lamunan merintih menitis airmata
Harusku tegar membawa harapan ini ke alam nyata
Agar bisaku raih angan dan sejuta impian

(Ulang korus)

Harapan yang tersimpan kian lama menghimpun segala pengorbanan
dan suka duka menjalani dengan tabah tiada putus asa

(Ulang korus)

Satu harapan yg menyala…

Sedutan Adengan Lara dan Jofri

Thursday, August 23, 2007

Dafi hibur peminat Bera


Peminat bekas peserta Akademi Fantasia 5, Mohd. Gaddafi Ismail atau Dafi, pastikan jangan lepaskan peluang bermesra dengan penyanyi comel ini dengan lebih dekat lagi pada hari Sabtu ini (25 Ogos) di Laman Kerayong, Bera, Pahang bermula pukul 10 pagi.

Dafi akan meluangkan masa lebih daripada satu jam untuk bermesra dengan para peminatnya dan ia merupakan antara aktiviti yang bakal berlangsung sempena Karnival Parlimen Bera dengan kerjasama stesen radio AsyikFM.

Bukan itu sahaja, malah Dafi juga merupakan antara 13 artis lain yang akan terlibat dalam Konsert Gerenti Asyik pada hari yang sama pukul 9 malam.

Istimewanya konsert ini, ia menampilkan artis-artis dari tahun 60-an sehinggalah sekarang seperti J.Sham, Uji Rashid, Ifa Raziah, Zamani, Farahdhiya, kumpulan Jinbara serta kumpulan Flava yang dicungkil bakat mereka dari program realiti, Gang Starz.

Selain itu juga, artis dari kaum Orang Asli seperti Agek, D’Menteri dan Hitam dari kumpulan Jelmol turut akan menghiburkan penonton yang hadir nanti. Pengacara yang diberi mandat mengendalikan konsert berkenaan ialah tiga pelawak terkenal, Sathiya, Angeline Tan dan Zami Ismail.

Sebelum berlangsungnya konsert tersebut, akan diadakan tayangan sejarah perjuangan kemerdekaan selama satu jam bagi mengenang kembali jasa mereka yang telah berusaha membebaskan tanah air daripada kuasa penjajah.

Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung seperti pameran serta pelbagai pertandingan seperti futsal dan bola jaring, mewarna untuk kanak-kanak serta pertandingan lagu patriotik.

Wednesday, August 22, 2007

Hampir 10,000 peminat saksikan Konsert solo Gwen Stefani malam kelmarin


KATALAH apa saja mengenai penyanyi berambut perang ini. Seksi, tidak bermoral atau mampu membawa pengaruh kurang baik kepada remaja, namun apa yang pasti dakwaan itu tidak langsung dihiraukan peminatnya di negara ini yang terdiri dari pelbagai lapisan usia, kaum dan keturunan.

Jika tidak, masakan hampir 10,000 penonton membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam kelmarin semata-mata untuk menyaksikan figura bernama Gwen Stefani mengadakan konsert solonya di sini. Malah, kesanggupan mereka meredah kesesakan jalan raya, beratur panjang sebelum masuk ke dalam stadium menjadi bukti kesetiaan mereka terhadap bekas vokalis kumpulan No Doubt ini.

Berbeza konsert artis Bollywood yang sering tidak menepati masa, konsert The Sweet Escape Jelajah Dunia menyingkap layarnya tepat pada jam 9 malam. Secara tiba-tiba, lampu stadium digelapkan dan ketika itulah kelihatan dua gadis Jepun berskirt kembang berlari berkeliaran di kanan dan kiri stadium seolah-olah sedang dikejar seseorang.

Kemudian muncul pula di atas pentas dua lelaki lengkap berpakaian ala polis mengejar mereka. Entah apa kesalahannya, kedua-dua gadis itu ditangkap sebelum dibawa ke tengah pentas. Namun, jangan terperanjat, itu semua hanyalah gimik yang dipersembahkan empat penari latar Gwen sebagai membuka tirai konsert.

Dengan iringan muzik Gwen tampil berbaju belang putih hitam yang dipenuhi labuci membuka persembahan dengan lagu The Sweet Escape diikuti l Rich Girl kemudian Yummy sebelum berinteraksi dengan penonton. Menepati janjinya sebelum ini, walaupun mengekalkan imej berseluar pendek, Gwen melindungi kakinya dengan leotard berwarna hitam sekali gus menepati peraturan dan garis panduan yang dikenakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) sebagai syarat untuk penyanyi ini meneruskan konsertnya di negara ini.

Nyata dalam usia 37 tahun, Gwen masih begitu bertenaga dalam membuat persembahan. Ruang pentas yang agak besar itu digunakan sepenuhnya untuk dia beraksi. Berlari ke kiri dan kanan pentas, sambil menyanyi dan menari membuktikan stamina yang dimiliki Gwen bukan calang-calang. Paling menghairankan, suaranya tidak pernah ‘pancit’ biarpun kebanyakan lagunya berentak rancak.

Bukan saja bertenaga dalam membuat persembahan, malah ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia 15 bulan ini juga bijak berkomunikasi dan mengambil hati penonton.

Tuesday, August 21, 2007

Yusry KRU akui sekadar berkawan dengan Maya Karin

PINTU hatinya tidak akan pernah tertutup untuk mencintai wanita. Meskipun rumah tangga yang dibinanya bersama aktres dan penyanyi wanita terkenal, Erra Fazira rebah di pertengahan jalan, Yusry tidak pernah menyesal melalui pengalaman itu.

Sejak perpisahan yang meruntun hati ramai peminat mereka berdua, nama lelaki ini acap kali dikaitkan dengan beberapa wanita terkenal. Duda paling menjadi perhatian ini tidak pernah sunyi daripada gosip cinta baru.

Malam Festival Filem Malaysia ke- 2- yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, awal Ogos lalu menghangatkan semula gosip percintaan Yusry apabila dia ke sana bersama aktres jelita, Maya Karin.

Benarkah antara mereka sedang mula menjalin hubungan yang istimewa? Tatkala pertanyaan itu diajukan, Yusry pantas menghamburkan tawanya sebelum memberi penjelasan.

“Kami ke sana untuk sama-sama mempromosikan filem Duyung. Lagipun, saya sudah berjanji dengan Maya untuk ke sana bersama-sama. Tiada apa yang istimewa antara kami.

“Hubungan kami tidak pernah pergi lebih daripada persahabatan. Malah masa penggambaran Duyung pun kami kerap berhubung atas sebab kerja, bukan kerana peribadi,” katanya, memperjelaskan kedudukan sebenar hubungan mereka pada acara makan malam bersama KRU Publishing di Bora Ombak, Ampang, baru-baru ini.

Meskipun pintu hati bekas isterinya sudah dibuka oleh cinta baru, Yusry hingga hari ini masih tegar sendirian. Belum ada tanda mahu menjalin hubungan yang serius walaupun agak sukar untuk dia menafikan bukan tiada wanita yang ingin melamar cintanya.

Cuma kata Yusry, kesibukan menyukarkan dirinya untuk memberi komitmen dalam sebuah perhubungan. Sebagai manusia, dia tidak pernah kecewa dengan kegagalan lalu sebaliknya Yusry melihat keruntuhan rumah tangga pertamanya sebagai proses pembelajaran untuk dia menuju kematangan.

“Saya masih mencari dan tidak akan pernah berhenti mencari. Cuma ketika ini, saya terlalu sibuk dengan karier. Jujurnya saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu. Itu semua sebagai proses pembelajaran untuk saya lebih matang menghadapi kehidupan.

“Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang ditakdirkan,” katanya

Nana masih setia bersama Era

MELIHAT kembali senarai nama peserta Akademi Fantasi (AF) musim pertama, tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa Nana paling berjaya dan menonjol berbanding rakan seangkatannya. Malah, populariti wanita ini boleh dikatakan mengatasi keseluruhan bekas pelajar AF musim pertama itu.

Suaranya kedengaran saban hari di corong radio sebagai penyampai Era. Wajahnya juga muncul di kaca televisyen Astro Ria serta kelibatnya dapat ditonton menerusi beberapa filem lakonannya. Kerana kejelitaan dan kemasyhurannya juga, dia sering kali menghiasi muka depan majalah hiburan, wanita dan fesyen tempatan.

Dek populariti yang melingkari hidupnya ketika ini juga, tidak mustahil apabila beberapa khabar angin sampai ke telinga pihak media, mengatakan wanita dari Selatan tanah air ini sudah mula diintai, seterusnya dilamar beberapa syarikat media lain, radio dan televisyen. Tarikan yang ada pada gadis peramah ini cukup kuat, membuatkan beberapa pihak kini dikatakan menunggu jawapan pastinya.

“Tipulah jika Nana kata tidak ada tawaran yang datang. Memang ada beberapa tawaran daripada radio pesaing sampai ke Nana, namun Nana masih setia bersama radio Era. Perjuangan Nana masih belum selesai di stesen nombor satu ini,” katanya ketika ditanya kesahihan tawaran berkenaan.

Wanita ini tidak banyak berbicara mengenai tawaran terbabit, selain berulang kali mengatakan, kesetiaannya kini masih bersama stesen popular itu yang banyak menaikkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Begitupun, setelah tiga tahun bersama Era, si pemilik wajah yang cantik ini mengaku, berkemungkinan besar dia akan terus kekal bersama stesen radio berkenaan.

“Kontrak Nana bersama Era akan tamat pada Disember nanti. Insya-Allah, Nana akan menyambung lagi kontrak itu bagi dua tahun berikutnya,” katanya mengenai kontrak yang diperbaharui sebanyak dua tahun sekali itu.

Katanya, dia amat selesa bersama radio terbabit kerana sejak awal pembabitan sebagai penyampai sehingga ke hari ini, dia diberikan slot jam 1 tengah hari sehingga 4 petang. Manakala pada setiap Ahad, selama tiga jam mulai 9 pagi, dia dan Aznil Nawawi mengendalikan pula carta lagu pujaan paling popular di Malaysia, Carta Era.

Ketika ini, hampir dua juta pendengar mengikuti program harian kendaliannya dan Nana sendiri bagai sudah memahami kerenah serta siapa yang menjadi pengikut setianya di udara.

“Meskipun begitu, Nana tidak boleh berpuas hati dengan apa yang Nana kecapi setakat ini. Nana sendiri berasakan, banyak lagi perkara yang Nana perlu pertingkatkan untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang penyampaian. Nana dapat rasakan, penyampaian Nana di radio terlalu laju. Biarpun pendengar boleh memahami butir bicara Nana, tetapi Nana sendiri beranggapan ia masih boleh diperbaiki dengan memperlahankan sedikit rentaknya,” kata penyampai ini.

Masih kekal sebagai stesen nombor satu, tentunya seluruh kakitangan radio berbahasa Melayu terbabit berasakan bahangnya apabila jumlah pendengar mereka sedikit menurun, manakala radio pesaing pula semakin dekat mengejar.

“Sudah tentu banyak tekanan yang kami semua rasakan dalam usaha mengekalkan Era sebagai stesen radio utama pilihan pendengar. Hendak mengekalkan kedudukan ini bukannya kerja yang mudah. Kami semua perlu sentiasa bekerja keras. Insya-Allah, dengan kerjasama yang baik daripada keseluruhan pasukan, Era mampu bertahan sebagai radio paling popular untuk sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang,” ujar Nana.

Seandainya di radio, kesetiaannya utuh bersama Era, namun sejak beberapa minggu lalu, Nana sudah pun ke udara secara langsung bersama rancangan Galaksi siaran TV9.

Katanya, dia tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen dan kemunculannya mengacarakan program hiburan itu hanyalah berdasarkan kontrak yang ditanda tangan untuk rancangan itu saja.

Bakat peserta cilik diperlekeh juri MyStarz LG


APABILA rancangan TV realiti terbitan TV3 dan ntv7, MyStarz LG mula bersiaran, ramai yang mula memperkatakan tentang kredibiliti rancangan tersebut kerana membenarkan kanak-kanak yang masih lagi menuntut di sekolah rendah dan menengah menyertai rancangan tersebut.

Kata mereka, kanak-kanak semuda itu tidak harus dibiarkan hanyut dengan dunia hiburan kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran mereka.

Namun, kenyataan itu disangkal kemas oleh pengetua program tersebut, Farihin Abdul Fatah yang mengatakan muzik yang baik tidak sepatutnya untuk orang dewasa sahaja.

Tambahnya lagi, kalau pembawaan (sikap) kanak-kanak itu baik, mereka akan jauh lebih matang berbanding orang dewasa. Malah, kata Farihin juga, sayang kalau bakat yang ada pada mereka (kanak-kanak) dibiarkan begitu sahaja.

Namun, itu tidak terjadi pada konsert kelapan program tersebut yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, Ahad lalu. Dua peserta paling muda iaitu Emeer, 12, dan Rachel, 13, menjadi ‘mangsa’ kritikan juri tetap, Patrick Teoh dan juri undangan, Azmeer.

Kata mereka, Emeer dan Rachel kelihatan tidak sesuai untuk menandingi peserta dewasa yang ada meskipun mereka menampilkan persembahan yang mantap dan ada kalanya, jauh lebih baik daripada peserta lain.

Persoalannya, mengapakah dari awal membenarkan kedua-dua peserta itu bertanding kalau menyedari mereka tidak sesuai menandingi peserta dewasa pada program itu?

Kasihan Emeer dan Rachel. Setelah berjaya melayakkan diri ke konsert penentu bagi mencari peserta ke peringkat akhir, mereka di kritik begitu. Ia bagaikan cuba ‘membunuh’ dan ‘melenyapkan’ semangat Emeer dan Rachel.

Justeru ketika peserta yang berjaya ke peringkat akhir diumumkan, Emeer sudah tidak mampu menahan airmatanya daripada mengalir. Emosinya bagaikan terganggu.

Pada konsert kali ini Emeer membawakan lagu popular, Dealova dengan begitu bagus sekali. Malah, pitching dan penyampaiannya begitu menyakinkan meskipun sewaktu latihan, dia tidak mahu membawakan lagu tersebut.

Perlukah perbandingan?

Tidakkah pihak juri terfikir bahawa perlukah dilakukan perbandingan antara peserta cilik dengan peserta dewasa?

Seperti kata Azmeer kepada Emeer, “Maaf, anda belum boleh lawan Ijam (peserta yang lebih dewasa pada pertandingan itu). Persembahan anda bagus tapi belum boleh pergi jauh lagi kerana anda masih muda.”

Malah, Azmeer juga membuat perbandingan suara Emeer dengan bilal muda sebaya Emeer di kawasan tempat tinggalnya. Perlukah begitu? Sepatutnya, Azmeer yang ‘bijak pandai’ dalam bidang muzik seharusnya peka dan berfikir untuk memberikan semangat kepada Emeer.

Kalau begini jadinya, dari awal lagi, MyStarz LG tidak harus membenarkan kanak-kanak yang masih menuntut di bangku sekolah menyertai sebarang pertandingan lagi.

Biarkan mereka menghabiskan pelajaran dahulu dan membesar sehingga mencapai tahap kematangan mereka (dalam konteks vokal).

Begitu juga dengan Rachel apabila Patrick Teoh mengatakan lagu yang dinyanyikannya iaitu Inginku Melihat Malam yang merupakan lagu asal Madonna, iaitu Material Girl yang telah dialih bahasa itu tidak sesuai dengan usianya.

Kalau begitu, sepatutnya dari awal, berikan lagu-lagu yang sesuai dengan usia mereka. Seharusnya, pihak yang bertanggungjawab lebih peka terhadap perkara ini.

Konsert kali ini tiada penyingkiran. Namun adakah konsert wildcard yang akan berlangsung minggu hadapan akan membawa tuah kepada Emeer dan Rachel untuk beraksi dalam konsert akhir yang dijangka berlangsung pada 9 September depan?

Atau siapa tahu, mungkin juga nasib akan menyebelahi Nina, Awang, Mimi, Andi, Russell, Rubisa dan Aliff untuk sama-sama beraksi bersama Badri, Tashya dan Ijam yang telah terpilih ke peringkat akhir.

Monday, August 20, 2007

Barangan mewah untuk kepuasan diri - Siti Nurhaliza


Siti dan LV dilihat seperti tidak dapat dipisahkan. Mengapa dikatakan demikian? Jenama mewah itu sering kali dikaitkan dengan Siti Nurhaliza kerana beliau merupakan antara selebriti tempatan yang kerap menggunakan barangan daripada jenama berkenaan.

Dengan statusnya kini dan menjadi anak seni selama hampir 11 tahun, tidak mustahil dia mampu untuk memiliki barangan berjenama mewah. Hati sering juga tertanya, berapa jumlah yang Siti habiskan untuk membeli sebuah beg? Berapa koleksi barangan LV yang Siti ada? Atau adakah barangan jenama mewah lain yang Siti miliki selain daripada LV?

Dalam satu pertemuan eksklusif yang diatur oleh Key Message Public Relations Sdn. Bhd., yang mewakili pihak Olay di butik LV yang terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, segala persoalan yang bermain di fikiran akhirnya terlerai apabila Siti membuka rahsia tentang cintanya terhadap barangan LV.

Kata Siti, orang pertama yang memperkenalkan jenama LV kepadanya adalah penyanyi bersuara lantang iaitu Ziana Zain.

“Saya masih ingat lagi kata-kata Kak Ziana yang mengatakan kita sebagai artis, bekerja keras untuk menghiburkan peminat. Jadi, apa salahnya, korbankan sikit wang ringgit untuk memiliki barangan berjenama mewah ini. Bukan untuk siapa pun tetapi untuk kepuasan diri sendiri,” kata Siti mengimbas kembali memorinya.

Tambahnya lagi, dia hanya mampu memiliki barangan LV selepas enam tahun berkecimpung dalam bidang seni.

“Kalau tidak salah saya, barangan LV pertama yang saya beli pada tahun 2002 adalah sebuah beg tangan yang masih lagi saya gunakan dan simpan sampai sekarang.

“Memang, apabila dilihat pada harganya, pasti ramai yang akan mengatakan dan mengandaikan ia merupakan satu kerugian besar tetapi tidak pada saya. Ia memberi satu kepuasan dan semuanya untuk pelaburan jangka masa panjang,” jelas penyanyi yang kini popular dengan lagu Menanti Pasti, salah sebuah lagu di dalam album runut bunyi, Kayangan The Soundtrack.

Jelas duta produk Olay dan Pantene ini lagi, pada awal dia membeli barangan LV, dia turut merasa keperitannya apabila mengeluarkan sejumlah wang yang begitu besar hanya untuk memiliki sebuah beg tangan, namun demi minatnya terhadap LV, dia sanggup bekerja keras untuk memilikinya.

“Apabila sejumlah wang yang agak besar dikeluarkan, saya terpaksa bekerja keras bagi menampung balik jumlah yang telah saya gunakan untuk membeli barangan LV itu.

“Saya gunakan LV atau barangan jenama mewah yang lain bukan untuk menunjuk atau riak, tetapi saya rasa, itu merupakan satu penghargaan untuk diri saya setelah bekerja keras. Malah, saya mementingkan pada kualiti dan saya berbangga memiliki barangan mewah atas usaha saya sendiri,” ujar penyanyi kelahiran Kampung Awah, Pahang, itu lagi.

Sehingga kini, kata Siti, dia mempunyai barangan LV lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian. Jika dihitung nilai kesemuanya itu, tidak mustahil koleksi Siti itu mencecah ratusan ribu ringgit!

“Kalau sekali belanja di butik LV, sekurang-kurangnya RM10,000 saya belanjakan. Itu semua bergantung kepada jenis barangan yang saya beli,” akui Siti.

Monday, August 13, 2007

Sinar bahagia iringi laluan rumah tangga Abby-Norman

CUKUP sekali badai datang menduga lantas meragut seketika cinta yang pernah tertanam di sanubari dua insan seni ini. Lewat insiden hitam itu, lebih setahun lalu, mereka bingkas mencantum semula carik kasih sayang yang bersisa.
Calar kasih dirawat kembali dan setiap kali merenung sepasang wajah comel Mohamed Danish Hakim, 4, dan Marissa Dania Hakim, 2, mengukuhkan semula ikatan cinta yang lebih lima tahun disulam.Melempar jauh episod gelap yang pernah bertandang, Norman Hakim, 31, dan Abby Abadi, 29, mengukir janji untuk terus mempertahankan mahligai cinta yang diabadikan penuh restu pada 8 Januari 2002.
Sabtu lalu, pasangan bahagia itu meraikan sambutan ulang tahun kelahiran kedua anak perempuan mereka yang berlangsung meriah di sebuah restoran makanan segera di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.Besar harapan Abby dan Norman Hakim untuk melihat dua cahaya mata mereka menjadi pelapis yang membanggakan keluarga.“Mereka berdua memberi kami motivasi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni dan bisnes,” kata Norman.

Ella minta polis buru dalang klip video lucah

AWALNYA dia masih mampu tersenyum. Ketawa malah menyifatkan apa yang diberitakan kepadanya itu hanya satu gurauan. Malas untuk dia mengendahkannya kerana bagi Ratu Rock ini, banyak lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Bagaimanapun, ketenangan hatinya mula berkocak selepas berulang kali menerima panggilan daripada peminat dan rakan karib. Dia mula berasa tidak sedap hati apabila berita kurang enak itu mula hangat diperkatakan.

Ella gusar fitnah yang cuba memalukan dirinya dan pengurus yang juga kakak kandungnya, Jojie bakal memberi kesan serta menjejaskan maruah dan kerjaya yang selama dua dekad dibinanya bersih tanpa kontroversi seperti itu.

Bimbang fitnah itu berlarutan, mereka sepakat mengambil keputusan dengan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

“Mulanya Ella hanya tertawa, tertanya sendiri bila pula Ella dan Jojie naik kapal untuk melakukan perbuatan tidak senonoh itu. Sedangkan kami begitu sibuk ke sana sini menjayakan persembahan pentas dan promosi produk kecantikan di seluruh negara.

“Tetapi, apabila perkara ini semakin hangat diperkatakan dan peminat juga sudah mula memberi pelbagai reaksi, Ella rasa perlu bertindak untuk mempertahankan diri. Disebabkan itu, Ella mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

“Fitnah ini adalah yang terhebat sepanjang lebih 20 tahun Ella berada dalam bidang seni. Ia cukup memalukan, malah menjejaskan maruah Ella sebagai wanita Islam. Untuk apa mereka melakukan semua ini?” katanya, mengulas mengenai isu klip video lucah yang dikaitkan dengannya dan Jojie yang kini hangat tersebar di Internet.

Klip video selama 36 saat itu dikatakan memaparkan aksi Ella dan Jojie sedang melakukan adegan seks bersama pasangan mereka di atas sebuah kapal.

Liza tak lena kerana Saloma

SUKAR untuk menelah apa yang bermain di benak fikiran penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim ketika ini. Bercampur baur barangkali saat jarinya asyik menghitung hari memulakan sesuatu yang baru, yang belum pernah dilaluinya.

“Debarnya membuat saya tidak lena tidur,” perlahan tutur Liza saat ditemui usai sesi pengenalan barisan pelakon utama teater muzikal, Remy... Kisah P Ramlee di Borneo Rainforest Cafe, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bukan sesuatu yang rahsia lagi apabila penyanyi yang cukup akrab dengan lagu Merawat Luka Terpendam ini tersenarai sebagai lima pelakon utama pementasan terbitan Enfiniti Productions Sdn Bhd milik aktres unggul, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Bakal memainkan peranan sebagai isteri Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang dilakonkan Sean Ghazi iaitu Saloma, Liza mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berani menggalas peranan besar itu.

Ina, Suhaimi diijab kabul


KOTA TINGGI: “Peminat kami dari hati, bukan daripada populariti. Jadi, rezeki Allah tetap ada, tak kira status bujang atau sudah berkahwin.” kata pasangan artis pengantin baru, Nor Diana Mohd Naim, 23, atau Ina Naim dan Mohd Suhaimi Saad, 27, yang selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara di sini, malam tadi.

Dengan sekali lafaz di depan Kadi Daerah Kota Tinggi, Al-Sheikh Taufik Datuk Kiyai kira-kira jam 9.30 malam, Suhaimi, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, sah sebagai suami Ina.

Suhaimi berkata, kedudukan di bawah satu syarikat, iaitu Hijjaz Records Sdn Bhd akan memudahkan mereka mengatur perancangan dan melayari kehidupan alam rumah tangga.

Thursday, August 9, 2007

Malam Gala Amal Kayangan penuh meriah

FILEM terbaru arahan Raja Ahmad Alauddin, Kayangan sudah pun menemui penonton semalam (9 Ogos).

Rata-rata yang sudah menyaksikan filem berkenaan ternyata memberikan komen yang positif terhadap buah tangan terbaru pengarah yang pernah merangkul anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Malaysia (FFM) Ke-9 menerusi filem Hati Bukan Kristal itu.

Memang benar.

Selepas menonton filem berkenaan, saya tersenyum kerana berasa puas dapat menonton filem yang bertemakan perbezaan darjat dan keturunan itu. Ternyata kesemua pelakon memberikan lakonan yang baik dan berkesan terutama si jelita, Nur Fazura Sharifuddin yang ternyata berjaya membawakan watak Maseira dengan bijak sekali.

Fazura berjaya mengubah imej Putri (wataknya dalam filem dan drama bersiri, Gol dan Gincu) yang sering dilabelkan kepadanya. Menonton lakonan Fazura tidak keterlaluan dikatakan, dia boleh dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik pada FFM tahun depan.

Dynaz yang membawakan watak Erina juga berkesan dan sudah pasti membuatkan penonton berasa benci dan meluat melihatkan perangainya yang cukup gedik dan mengada-ngada dalam filem berkenaan. Begitu juga dengan Nazril Idrus yang mampu pergi jauh dalam bidang lakonan jika terus diberi peluang dan digilap bakatnya.

Namun, sudah menjadi adat dunia. Dalam kesempurnaan tetap ada cacat cela yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, apabila Teuku Zacky ‘terpaksa’ menggunakan suara pelakon dan pengacara, Ashraff Sinclair bagi menjayakan watak Tengku Amir yang dilihat gagal memberikan penghayatan yang sebaiknya. Secara tidak langsung, ia salah satu faktor yang boleh membuatkan mood penonton sedikit merosot.

Tuesday, August 7, 2007

Pelakon drama Kaber Hero Kaber Zero, Zul Yahya Bertunang?

Pelakon drama Kaber Hero Kaber Zero, Zul Yahya ingin menamatkan zaman dudanya dengan melangsungkan majlis pertunangan dengan seorang penari budaya di rumah tunangnya di Kedah. Boleh tahan juga penampilan tunang Zul Yahya. Macam selebriti dan agak familiar. Pandai betul Zul Yahya pilih pasangan. Peliknya tengok Zul Yahya yang hanya mengenakan kemeja putih berkolar dan bersongkok sahaja. Kalau betullah Zul Yahya dah bertunang, tahniah dan selamat mengikat hubungan. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Album Terbaru Ferhad - Satu Lebih Gempak?


Lama tak dengar cerita pasal Ferhad. Lebih kurang 2 tahun lebih Ferhad tak muncul dengan album baru. Ingat ke dah nak berhenti menyanyi. Rupa-rupanya selepas tengok Ferhad perform di Planet Hollywood beberapa bulan lepas, kini Ferhad katanya akan kembali dengan album baru berjudul Satu! Album yang ketiga ini katanya lebih gempa, betul ke?

Ramai penyanyi sekarang tak mahu mengeluarkan album. Membazir duit je katanya sebab kalau buat album pun bukan boleh buat duit banyak. Lainlah kalau Mawi atau Siti Nurhaliza buat album, mesti pecah kedai punya. Budiey lihat, ramai penyanyi buat album untuk menambahkan koleksi lagu-lagu untuk show pentas dan private show mereka. Selain mahu stesen radio dan tv memutarkan album mereka untuk tujuan publisiti, reputasi dan glamour, album baru juga dapat memberi hadiah kepada peminat. Tidaklah asyik dengar lagu sama sahaja. Nak-nak bila satu album tu, cuma satu je lagu yang sedap. Yang lain haprak!

Kembali pada topik kita pasal album terbaru Ferhad, album ini masih berkonsepkan R&B di mana Ferhad mula berpindah untuk berteduh di bumbung syarikat rakaman yang baru iaitu Sony BMG. Sebelum ini, Ferhad di bawah EMI Malaysia. Pengurusan baru, jadi gaya kenalah baru, imej baru dan muzik yang bertambah baru dan segar… itu yang boleh membuat peminat teruja. Tak gitu, bro?

Album Satu yang sedang dihasilkan oleh penyanyi dari Singapura ini akan berada di pasaran pada bulan September depan. Mempertaruhkan 12 buah lagu termasuk 8 buah lagu berbahasa Melayu dan 2 buah lagu berbahasa Inggeris. Saya pun belum dengar lagu albumnya bunyinya. Sedang tunggu sample promotional album dari Sony BMG… diharap pihak Sony BMG akan mengirimkan saya album terbaru Ferhad untuk diulas dengan lebih lanjut. Terima kasih Sony BMG atas kerjasama dan sokongan anda untuk Sensasi Selebriti! Love you all!

Lagu terbaru ini mengikut kata Ferhad, ianya ada elemen-elemen R&B yang lebih soulful dan life (muzik yang lebih hidup dan ada groove). Sesiapa yang mendengar lagu terbaru Ferhad, pastinya akan rasa puas hati kerana Ferhad masih mengekalkan identiti irama dan muzik yang tersendiri. Pada album kali ini, Ferhad bekerjasama dengan pencipta dan komposer lama dan baru. 3 buah lagu dicipta oleh Mod Ruffedge iaitu Kukoo dan Tandus yang dihasilkan bersama-sama Kieran Quek. Ferhad juga menggunakan Sharon Paul sebagai penerbit album tersebut di bawah produksi Beyond DBB. Ferhad ada bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Opick yang pernah buat lagu untuk Iwan Fals dan Once menerusi lagu Dealova.

Apek lebih selesa bertiga

BIARPUN sudah popular dan mampu bergerak sendirian tetapi pelawak nombor satu negara, Saiful Apek lebih senang bergerak secara berkumpulan.

Bukan tidak yakin berlawak bersendirian atau mahu meniru kumpulan pelawak yang sedia ada seperti Senario, tetapi Apek mempunyai sebab lain mengapa dia kini lebih senang bergerak bersama dua teman baiknya iaitu Yasin dan Bob KU2.

“Untuk menghasilkan sebuah komedi yang berkesan, formula paling baik ialah berkumpulan. Lantas saya senang bergerak bersama-sama mereka berdua. Tambahan pula mereka ini merupakan rakan kongsi dalam syarikat saya Gitu-Gitu Production. Kami dah bersama sejak tahun 2001 malah kami dah macam adik beradik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program televisyen Gitu-Gitu Apek musim kedua di Damansara, baru-baru ini.

Gitu-Gitu Apek akan bersiaran setiap Rabu pukul 9.30 malam di Astro Ria selama 26 episod.

“Paling penting antara kami mempunyai keserasian. Lebih mudah untuk kita bekerja dan berhubung. Tapi saya harap jangan ada yang salah faham dan ingat saya ingin melawan Senario. Mereka pun kini dah bertiga. Tak terlintas dalam hati saya. Cuma saya mahu menjelaskan yang kini saya selesa bergerak secara berkumpulan,” katanya.

Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie ??

Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie

Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. Sure, bebaru nie ramai yg sudah terima forward email yg paling hangat berserta attachment file 3gp yang menunjukkan aksi terlampau Ella dan Jojie. Betul ker ? antara percaya atau tidak. Actually aku sendiri dah terima dan tengok sendiri email dan attachment tuh... memang seperti iras-iras wajah Ella, ratu rock malaysia. Adakah pelanduk 2 serupa ? Saya sendiri tak tahu dan tak dapat nak memastikan nyer. Harap harap Nas Ahmad boleh terjah isu nie dalam Melodi. Tanya Ella sendiri. tak baik tuduh tuduh tak tentu pasal.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR