Tuesday, April 15, 2008

Big Idea from Sultan Muzaffar

sultanmuzaffar ader mentioned satu union baru. waaaa sejak dua menjak nie, baru org bukak mata yg blog satu medium yg amat berpengaruh. Menteri-menteri pun dah start mem'blogging'.... so what sultan muzaffar said in his blog

Dear Gentle Reader,

Remember this historic date: 12 April 2008. Malaysia's top entertainment and lifestyle bloggers met up today to discuss the formation of a formal association that will be opened to all entertainment and lifestyle bloggers.

The association, which has no name yet, will then seek to serve as a united front for all entertainment and lifestyle bloggers and to bring them under one umbrella organisation where they may enjoy fellowship, support and solidarity, and also be officially recognised as valid contributors to the new/alternative media. The association will also champion responsible and ethical blogging.

It was unanimously agreed that the six founding members of this association will draft The Constitution, present A Blogger's Code Of Ethics for the association, and apply for official registration with The Registrar of Societies.

thecouncilofsix.blogspot.com


Apa yg aku tertarik dgn idea sultanmuzaffar nie, they will draft the constitution of the new association. I suggest sultan muzaffar to be a president for this new association. This association will champion responsible and ethical blogging. GREAT !!!

Apa yg aku terpikir skarang nie, dgn cara nie kita boleh mengurangkan kadar penganguran di Malaysia. The jobless graduate bleh bekerja sendiri. Blogging can make money. What u need, 1 laptop and internet connection. as simple as that. Ramai yg buat Mass Com susah sgt nak dpt kerja. SO then, start blogging. If you can get 1 million reader, without attending interview you can get a job from The Star, Utusan, Berita Harian.... tu contoh lah.

Aku sokong sangat usaha murni Sultan Muzaffar. Aku nampak usaha nie akan memberi impact yg sangat besar pada lifestyle rakyat malaysia. Org tak lagi bergantung pada makan gaji. Entertainment industry can grow bigger and bigger. Nak tau apasal bleh grow, byk benda yg bleh dihighlight apa yg tak tercover oleh mainstream media. In term legal matters, byk benda yg perlu di'discuss'kan.

ANyway. Keep up all the good works. Aku sokong dari belakang jer.

Lagu tugasan untuk Minggu 5 di Akademi Fantasia.

PELAJAR LELAKI

Alif : Hai (Adam AF2)
Nubhan : Kembali Senyum (Izwan Pilus)
Riz : Time Is Running Out (Muse)
Stanly : Umi (Dato' Shake)
Toi : Beautiful Girls (Sean Kingston)

PELAJAR WANITA

Nadia : Kalis Rindu (Elyana)
Rina : Sorga Dan Neraka (Hetty Koes Endang)
Saida : Bila Bunga Berguguran (Fauziah Ahmad Daud)
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan)

sumber dari: sultanmuzaffar.blogspot.com

Bagaikan ada tak kena dengan mutu persembahan Mawi

Oleh Farihad Shalla Mahmud


JADI TUMPUAN: Aura Mawi masih belum pudar dan menjadi kegilaan peminat.

KALAU diukur dari segi populariti, tidak dinafikan penyanyi kelahiran selatan tanah air, Asmawi Ani atau Mawi masih lagi hebat dan belum mampu digugat sesiapa. Jika tidak, masakan kategori Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian kekal di dalam genggamannya untuk tiga kali berturut-turut.

Namun apakah cukup sekadar populariti yang dapat dipertahankan sedangkan tahap kredibiliti sebagai seorang artis masih lagi jauh ketinggalan. Persoalan ini timbul apabila menyaksikan persembahan Mawi sewaktu Bintang Paling Popular itu mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park, yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, baru-baru ini.

Entah mengapa sepanjang sejam menonton penyanyi ini beraksi di atas pentas, bagaikan ada sesuatu yang tak kena dengan persembahan Mawi. Apa yang boleh dikatakan, persembahan jejaka dari Felda Taib Andak, Kulai ini tidak menggambarkan kualiti sebuah persembahan Minggu Setiausaha dalam erti kata yang sebenarnya. seterusnya.......

sumber: berita harian

Nana Bosan kritikan liar

Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Nurul Hana Che Mahazan

Nana minta diberi peluang perbetulkan kesilapan

ANDAI diselami lubuk hatinya yang dalam, nada kecewa masih berpusar lantaran sering dijadikan mangsa kritikan liar yang ada ketika bertandang tanpa usul periksa.

Hanya kerana satu kesilapan, ia bagaikan stigma yang menjadi duri membuatkan penyampai radio popular, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan kecewa dengan sikap sesetengah pihak.


Mereka bagaikan tidak memberinya ruang untuk bernafas, sebaliknya dia terus ditekan dan diasak sekali pun kekhilafan yang berlaku selepas insiden itu bukan berpunca daripadanya.

“Bagaimana Nana mahu meyakinkan pendengar jika sesuatu yang negatif dan salah terus diletakkan di bahu Nana tanpa usul periksa?

“Bagaimana karier Nana mahu berkembang jika tidak diberi peluang? Keadaan itu ada ketika membuat Nana tertanya-tanya, mengapa yang buruk sering dilepaskan kepada Nana sedangkan orang lain juga berbuat silap,” katanya meluahkan rasa kesal dengan segelintir pihak yang terus menggali kesilapannya tanpa memberi ruang untuk dia memperbetulkan keadaan itu.

seterusnya........

sumber: berita harian

Keputusan Faisal disingkir, Pengundi AF dah bijak ?

Peminat Akademi Fantasia sekarang sudah bijak mengundi peserta yang hanya berbakat. Kira mereka tak sokong melululah, sebab itulah seorang demi seorang peserta yang sering dapat ktritikan kerana gagal menampilkan persembahan yang diharapkan terkeluar. Terbaru giliran Faisal pula.

Tiada kejutan apabila Faisal jadi peserta kelima seret beg kerana nyanyiannya tidak menunjukkan peningkatan. Pada awalnya banyak juga sokongan Faisal dapat kerana kecenderungannya menyanyikan lagu berunsur nasyid. Tapi apabila vokal tak menyerlah, peminat juga tak gatal tangan nak mengundi.

Faisal tersingkir kerana kurang menyerlah.

Akhirnya terpaksalah Faisal akur dengan keputusan peminat. Banyak lagi peserta yang hanya dapat kritikan sahaja. Tunggulah mereka pula mengikut jejak rakan-rakan lain pada minggu-minggu akan datang. Hanya Riz, Stacy, Rina, Alif yang sering dipuji oleh pengkritik iaitu Fauziah Ahmad Daud, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramli.

Tersingkir sudah...

Malaywood: awal-awal lagi masa Faisal buat statement, kalau buleh.... dia nak lagu nasyid jer sepanjang AF6, aku dah agak mamat nie tak bleh pergi jauh. TEPAT

Aku nampak Mama Rina, Nadia, Riz, Stacy, bleh bertahan lama lagi... kakak Siti tuh, kalau asyik buat aksi migrain (pegang kepala), dia tak pergi jauh.

Alunan Gambus Latin bersama Farid

Oleh Norliza Mohamad Zakaria
liza.zakaria@utusan.com.my

PERNAHKAH anda mendengar lagu-lagu Latin diiramakan dengan alunan petikan gambus? Jika belum, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan persembahan yang bakal memukau dari pemain gitar jazz terkemuka, Farid Ali atau lebih dikenali sebagai Mr. Gambus, pada konsert Gambus Goes Latin.

Bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 April ini, konsert yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bermula pukul 8.30 malam itu pastinya dapat memberikan kepuasan kepada para peminat kerana kelainan yang diperjuangkan Farid.

Pejuang irama ghazal yang berasal dari seberang tambak, Singapura itu ketika ditemui baru-baru ini menyatakan kelainan tersebut terletak pada aspek peralatan muzik yang bakal dimainkannya sepanjang persembahan tersebut.

"Alat tersebut dinamakan Gambustar yang merupakan gabungan dua alat muzik iaitu gambus dan gitar. Gambustar direka oleh Jeffrey Yong khas untuk persembahan saya pada konsert ini.

"Gambustar memang kelihatan seperti oud atau gambus, bagaimanapun di bahagian belakangnya adalah rata sama seperti gitar," kata pemuzik berusia pertengahan 40-an itu.

Barisan pemuzik yang bakal bersama Farid pada persembahan konsertnya itu antaranya ialah Mac Chew, John Tomas, Andy Peterson dan Kamrul Hussin.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Farid pada malam itu termasuklah Mambo Inn, Girl From Ipanema, Wave, Night In Tunisia, How Insensitive, One Note Samba, Mantica, Look Of Love, Route 66, Kaulah Segalanya, Getaran Jiwa, Zapin Blues, Spain, Close To You, Joget Gambus, Tharana dan One Hundred Ways.

seterusnya.....

sumber: utusan malaysia

Malaywood: Level macam nie lah yg kita mahu, bawak identity muzik kita ke persada dunia. Mr. Gambus adalah salah satu contoh yg amat membanggakan selain Raihan, Mohram dan lain-lain lagi anak seni yg berjuang memartabatkan identity muzik Malaysia.

Saturday, April 12, 2008

Gaya Santai Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin ni tetap cantik walaupun mengenakan pakaian yang sebegini dan make-up yang nipis.

Maya Karin

Rambut Maya yang curly ni pun menambahkan kejelitaan si duyung yang pandai berbahasa Melayu ni. Jangan marah Maya!!! Bertuahlah cik abang Si Maya ni dapat buah hati yang rupawan.

Maya Karin



sumber: manggaoline

Jue membawa diri




UMUM sudah mengetahui percintaan pasangan pelakon Jue dan Jehan sudah sampai di penghujung.

Episod cinta yang dimeterai berakhir dengan titisan air mata.

Cinta yang dahulunya ibarat belangkas kini ibarat kaca yang jatuh berkecai.

Imbas kembali bagaimana hubungan itu terjalin, pemilik nama Zuliana Abdul Aziz ini mengenali Jehan Miskin pertengahan tahun 2006.

Hubungan mereka menjadi sensasi apabila Jehan dikata ‘merampas’ Jue yang pada ketika itu menjadi milik Ako Mustapha.

Bagaimanapun drama percintaan itu berakhir apabila ‘kemenangan’ menjadi milik Jehan walaupun Ako pernah meluahkan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dengan bekas peserta rancangan realiti, Malaysia‘s Most Beautiful itu.

Bagaimanapun Jehan dan Ako menganggap apa yang berlaku hanyalah satu ujian terhadap percintaan tersebut dan mereka menghadapinya dengan penuh profesional.

selanjutnya

Konsert ke 4 AF6 hambar ?

Hari nie aku semngat nak tengok AF6, tapi malangnyer hampeh. Kecewa ! punya lah beriya nak tgk dari awal tapi mengecewakan. Tak sure plak apa yg kurang. Adakah sebab OG terlalu serius mengomen ? Tak jugak, Ok jer. Mungkin benar apa yg Adlin AR cakap, takde mood consert. OG pun cakap camtuh jugak. Lebih kepada nyanyian biasa, bukan konsert.

Tapi apa yg aku rasa, mungkin sebab pemilihan lagunyer. Adlin AR puji Riz sebab performance Riz adalah ala konsert. Lagu Pop Shuvit memang sesuailah utk konsert performance. Tapi kalau lagu slow pun, Noraniza Idris pun buat konsert lagu Melayu dan tak semestunya lagu rancak. Jadi macam mana nak feel suasana konsert tuh ?

Kalau concert, performer kena interact dgn penonton. Utk persembahan solo mmg payah beb. Tanpa backup dancer, susah nk capai taraf consert. Lagu rancak no problem, memang senang, sebab happening. Vocal out, tapi persembahan energetic, mmg org minat. Teringat aku pada video clip Kurt Cobain dulu dulu, dia nyanyi mmg mcm hampeh siap suap microphone dlm mulut, tp org suka sebab dia giler giler atas stage.

Pelajar AF nie kena gilap bakat utk consert performance. Bukan sekadar nyayian biasa. Itu yg kurang. Pengetua kena bijak lah bagi lagu kat student AF nie, biar overall konsert AF dirasai sebagai consert. Bob Lokman pernah sound masa AF4, penonton dibayar dtg consert nie, penonton tak nak tengok persembahan munafik.

Malaywood: Yg patut keluar malam nie, Alif. Dia yg paling teruk tapi mamat salam tu plak yg terkeluar. Dah takde rezeki dia, nak buat camner. Apepehal AFUNDI MAMA RINA. Go MAMA !!

Wednesday, April 9, 2008

Keseksian Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza



WALAPUN Anugerah Bintang Popular 2007 sudah lebih seminggu melabuhkan tirainya, tapi orang masih lagi bercakap tentangnya.

Biasalah, setiap kali sesebuah acara hiburan tamat, orang pasti akan tetap membicarakannya, baik yang buruk mahupun yang baik.

Tapi Papa bukan nak cakap pasal pemenangnya sebab itu semua adalah pilihan peminat. Jadi, kalau nak bising lebih-lebih pun, tak guna pun. Apa yang Papa nak cakap di sini pasal persembahan pada malam itu.

Memang Papa tak nafikan Papa cukup terhibur dengan persembahan oleh artis-artis yang terpilih terutama sekali Bob yang cukup memukau dengan vokal lunaknya mendendangkan lagu Jangan Bersedih Lagi.

Meremang bulu roma mendengarkan Bob mengalunkan lagu tersebut. Begitu juga dengan persembahan lima ‘otai’ rock yang menyampaikan lagu Kepadamu Kekasih. Memang mantap!

Apa yang menarik perhatian Papa adalah persembahan pembukaan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Ku Mahu.

Papa dapat lihat Siti sekarang makin matang dan berani dalam persembahannya. Vokalnya tak perlu cakap, tetap merdu dan ampuh seperti biasa.

Walaupun tampil sopan dengan imejnya itu, dia tetap kelihatan seksi sewaktu mempersembahkan lagu Ku Mahu. Ditambah pula dengan gaun merah cilinya yang menyerlahkan lagi keseksian Siti. Kata orang seksi manja gitu!

Lagi...

Sumber: Utusan Malaysia.

Formula Ramli MS buang badi pelajar AF6

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my


Orang ramai menonton persembahan percuma yang diadakan oleh Saida, Stanly, Riz dan Nubhan di pusat membeli-belah, Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



TIGA hari sebelum konsert ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) berlangsung, pengetua Ramli M.S membuatkan kejutan dengan mengarahkan empat pelajar iaitu Stanly, Saida, Riz dan Nubhan mengadakan persembahan di salah sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

Alasan utama beliau berbuat demikian ialah untuk membuang ‘badi pentas’ yang dikatakan menghantui keempat-empat pelajar tersebut.

Kerana itu, kesemua pelajar itu disuruh menyanyikan dua buah lagu di hadapan orang ramai yang berkunjung ke pusat membeli-belah Pavillion minggu lalu.

Secara logiknya apabila ada persembahan percuma, pastinya akan menjadi tumpuan khalayak.

Inikan pula persembahan bintang-bintang muda AF yang masih lagi di bawah label pelajar yang muncul secara kejutan di situ.

Namun begitu, yang menjadi persoalannya ialah kenapa tumpuan hanya diberikan kepada empat orang pelajar saja?

Tidakkah Ramli terfikir, tindakan itu akan membuatkan pelajar-pelajar lain berkecil hati? (ini tidak adil !)

LAGI

sumber: Utusan Malaysia

Apa yg Kurang pada AF6 ?

Ramai member-member aku cakap, AF6 nie yg paling tak best antara kesemua siri Akedemi Fantasia. Aku tanya, apasal tak best. Ada yg kurang katanya. Pada pandangan aku pun memang ada kekurangan pada AF6. Aku tengok AF nie sejak musim pertama. Show yg pertama tuh, diaorg buat kat dewan UPM. Memula takde lah menarik sangat, tapi lepas beberapa minggu, Vince dah mula menyerlah. Semua org dah sebut-sebut Vince akan jadi juara. Memang betul.

Start daripada tuh, org tertunggu tunggu AF2. Aznil pulak sebagai pengacara telah meletak suatu benchmark yg amat tinggi untuk AF. Tengok aja masa AF2. Tiap-tiap minggu bebudak tuh menangis. Calon-calon pulak nampak sama kuat. Memula Kaer lah yg nampak power. Adam naik lepas dapat lagu KRU dan gosip dgn Farah. Zahid nampak best lepas nyanyi Cek Mek Molek. 2,3 minggu sebelum final, bebudak opis aku dah sebut-sebut Zahid akan jadi juara. Sah, masa final berapa ramai org pakai baju oren malam tuh. Zahid menang. Abis zaman AF2.

Ader kelainan pulak AF3, sebab ader consert prelude. Yg peliknya, masa prelude lagi org dah start minat Mawi. Tapi malang, Mawi tak dapat masuk AF. Mawi FC bantai kat channel @15. Perghhh meriah. Minggu ke 2, Mawi dapat masuk. Lepas start citer pasal Mawi. Mawi.. Mawi dan Mawi sampai final. Mawi dah jadi legend. Sentiasa no 1 setiap minggu sampai final membuat Felix FC selalu gaduh ngan Mawi FC kat Ch @15. Perghhhh AF3 paling meriah. Kisah Mawi macam cinderella. Mawi sana sini smpai skarang.

AF4, start menurun sikit. Semua org compare student AF4 dgn Mawi. Aisey... citer Mawi tetap memenuhi ruang Ch@15. Tenggelam budak AF4. Tapi Faizal muncul dgn lagu rakyat dia. setiap minggu ader lagu rakyat T'ganu yg kiter tak pernah dengar selama nie dia nyanyi. Lepas tuh meletop dgn lagu Smell Like teen Spirit - Nirvana. Aksi melompat dari atas stage tuh memang idea baru dlm AF. Dan Faizal pun sama telah dijangka akan menang. Dan memang dia menang. lagi satu, faktor Adlin AR pun menjadi keunikan utk AF4. dia ikon pengkritik laser yg berwibawa. Adlin pun berperanan menghidupkan AF4.

AF5 pulak ader kontrevasi dengan pengetua. Roslan tak nak bebudak menangis. Rata-rata penonton rasa tak best minggu 1, 2 dan 3. Muzik arrangement simple sangat. Takde sapa yg nampak menyerlah utk AF4. Mila duduk ditangga tercorok setiap minggu. Aku pun ingat masa bila Mila start jadi perhatian penonton. Tiba-tiba dia menang. Aku pulak tak ingat sesapa lagi batch-batch Mila nih. Kebanyakkan nya terus tenggelam lepas AF5.

AF6 bermula tanpa Aznil. Tugas berat utk AC Mizal. Diari pula diambil alih oleh Sarimah Ibrahim. Dua-dua pengacara nih dah ader style sendiri. Expectation org adalah benchmark Aznil. Bagi yg tgk minggu-minggu awal, diaorg citer kat aku, AC memula try nak jadi aznil. Minggu ke 2 dia buat style AC Disini, dah minggu ke 3 takde langsung element suprise. Main keluar cam tu jer. Bebudak AF nyer pulak di kata kan tak nampak lagi yg berbakat besar dan yg ader fan ramai yg consistent menyokong. Saida mungkin dapat undi kesian dari peminat Siti Nurhaliza. Dan ader rumours yg aku dengar, siti dan dato' K mengagihkan kad top prepaid utk diberi kepada anak buat supaya afundi Saida. Org kata, aku tak kata. Betul atau tak, melodi (Nas Ahmad) kena terjah Siti. Dan dikatakan juga, kemasukkan semula Adlin AR adalah utk menaiikan semula rating Akedemi Fantasia.

Malaywood cuma berharap, tugas berat utk juara AF6. Pastikan anda dpt award sampingan selepas AF6 nanti. Antara tradisi award sampingan, ketegori artis baru pada anugerah era. Semua juara AF menang anugerah tuh. Dan anugerah-anugerah lain.

Malaywood: Wa sokong Mama Rina. Dia yg wa tengok paling consistent dan bersungguh utk belajar di Akedemi Fantasia. Dia bukan nak DJ, dia bukan nak jadi pengacara TV, tapi dia dtg ke AF utk jadi Juara dan belajar jadi penghibur. Wa caya sama lu Mama Rina !!

Tuesday, April 8, 2008

Khai & Rosma nikah 26 April ni?

          

Pasangan Khai dan Rosma yang pernah menghangatkan drama Akademi Fantasia musim pertama dengan kisah cinta, akhirnya benar-benar akan mengikat menjadi pasangan suami isteri sah bulan ini.

Mereka mengaku akan menjadi pasangan suami isteri pada bulan April ini. Tapi sehingga sekarang tarikhnya belum diumumkan lagi. Mereka membuat pengakuan kepada pihak media pasal perancangan perkahwinan itu tapi enggan mengesahkan tarikh sehingga kad undangan diedarkan kelak.

Mangga Online dengar-dengar tariknya pada 26 April ini. Mangga Online juga nak ucapkan selamat berbahagialah kepada pasangan ini. Patutlah asyik pakai pakaian sedondon sahaja ke majlis akhir-akhir ini, rupa-rupanya sudah dekat masa nak jadi suami isteri. 

Lagu Tugasan Konsert 4 Akademi Fantasia 6

Nadia : Mengapa Di Rindu - Saloma
Rina : Terbang Helang - Datuk Sharifah Aini
Saida : Hati Kama - Datuk Siti Nurhaliza/Noraniza Idris
Stacy : Lagu Baru Cinta Terhalang - Stacy
Alif : Come Out And Play - The Offspring
Faisal : Joget Bunga Melati - Halil Chik
Nubhan : Cinta Hampa - DLoyds
Riz : Marabahaya - Pop Shuvit
Stanly : Kasih Tercipta - Faizal Tahir
Toi : Laukku Cukup Masin - Spider

Nadia menerima lagu Mengapa Dirindu sebuah lagu yang bakal menguji lenggok aslinya pula. Nadia harus membuktikan yang beliau mampu untuk melakukannya. Saya tidak nampak kesukaran untuk membawakan lagu Terbang Helang oleh Rina. Begitu juga dengan lagu Hati Kama oleh Saida. Stacy merupakan pelajar pertama yang diberikan lagu baru sewaktu pengajian dalam Akademi Fantasia. Ia merupakan satu sejarah.

Jika Alif berjaya menunjukkan peningkatan minggu lepas, minggu ini Alif akan diuji dengan lagu Inggeris. Apakah nasib yang menimpa Nubhan akan menimpa Alif pula ? Faisal pula bakal dibeban dengan lagu Joget Bunga Melati. Faisal yang sememangnya agak tidak pandai menari perlu memikul beban tersebut. Cabaran minggu ini lebih hebat kerana amaran keras Pengetua telah diberikan kepadanya. Sekiranya nyanyiannya sumbang, persembahannya akan diberhentikan. Nubhan menerima lagu Cinta Hampa, sebuah lagu yang bersesuaian dengannya. Kesukaran mungkin untuk Toi dan Riz yang menerima lagu rancak. Toi perlu buktikan sesuatu. Stanly saya lihat tidak menghadapi banyak masalah untuk lagu Kasih Tercipta. Bayang-bayang Bob dan Faizal Tahir akan sentiasa membayanginya minggu ini. Ini peluang kepada Stanly untuk buktikan keupayaan vokal beliau. Serlahkan sehebat-hebatnya.

sumber: sultanmuzaffar.blogspot.com

Mama Rina AF6 - Enter Sandman (Metallica)



Penyelamat Maruah Minggu 3 AF6. Yg nie jer yg best. Wa caya sama lu mama !

Koleksi Raja Lawak Nabil: Memang Kelakar Beb !










antara lawak nabil yg aku suka sepanjang Raja Lawak Musim ke 2

AF 6 Kurang Menyengat ?

Aku tak sure menyegat atau tak, tapi aku tak kisah kalau tak tengok AF6. Tak macam AF2,3. Mesti nak tunggu depan TV. Minggu pertama dan ke 2 aku tak tengok. So tak leh nak komen byk. Minggu 3 (minggu rock) aku tengok. Aku setuju ngan Adlin, ROCK nie utk org-org lama. Memang leweh konsert minggu 3. Mama Rina memang ROCK !! Kalau Kirk Hammet ader malam tuh, sure leleh air mata salute kat Mama Rina.

bebudak AF6 masa minggu 3 memang takde gaya nak memang. Macam, asalkan dpt jadi student AF pun dah OK. Kalau keluar awal pun tak kisah. Terkeluar awal bleh jadi DJ macam Nana, Adi, dll. Bleh jadi host rancangan TV. Tak kisah lah kat RTM ker, TV3 ker. Memang tak niat nak jadi juara nampak gayanyer. Kalau Mama Rina..... huh, nampak betul dia nak menang. Org cakap kat aku, minggu dia nyanyi lagu Tina Turner tuh pun dah power dah.

Nanti nanti aku review konsert AF6 kat youtube, betul ker kurang menyengat ?

Mama Rina bukti kemampuan


Aksi rock ‘menjadi’ daripada Mama Rina.



SIAPA kata individu yang telah berusia tidak mampu memberikan yang terbaik dalam persembahannya?

Peserta berusia 44 tahun, Rina atau nama sebenarnya Hairina Abd. Halim berjaya membuktikan kemampuannya sebagai penghibur dalam kelas tersendiri dengan persembahan mantap pada konsert minggu ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Sabtu lalu.

Menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan rock ternama Metallica, Enter Sandman, Rina yang lebih sinonim dengan panggilan Mama Rina cukup selesa dengan imej rock.

Menerima tepukan gemuruh daripada penonton yang begitu teruja dengan persembahannya, Rina seolah-olah menyerap segala tenaga daripada sorakan dan sokongan padu penonton yang turut sama menyanyikan lagu tersebut.

Bergelar nenek kepada dua orang cucu bukanlah penghalang bagi Rina yang menjadikan kerjaya nyanyian sebahagian daripada kehidupannya sejak 20 tahun lalu. Ternyata, pengalaman yang dikumpul olehnya sepanjang tempoh itu tidak disia-siakan.



sumber: Utusan Malaysia
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR