Monday, October 27, 2008

Samad Lefthanded meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Gitaris utama Lefthanded, Abdul Samad Mian (gambar) meninggal dunia akibat sesak nafas semalam.

Samad, 45, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Ampang selepas terjatuh dari tangga.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumairi, 41, menjelaskan, Samad dibawa oleh anaknya, Alif Ashraf Shafiq, 18, ke hospital selepas menerima panggilan telefon mengatakan arwah sesak nafas pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

“Selepas kejadian, Allahyarham sempat menghubungi saya dan mengadu sesak nafas akibat terjatuh di pejabat abangnya, Rahmat yang terletak di Taman Cahaya, Ampang,” kata Norliza ketika dihubungi.


Menurut Norliza, selama ini Samad tidak pernah dimaklumkan menghidap sebarang penyakit kronik melainkan sakit dada.

“Saya terkejut juga pada 5.30 pagi tadi arwah ada mengadu kepada saya mengatakan dadanya sakit tetapi selepas itu dia kembali okey. Saya tidak sangka itu merupakan aduan dan rintihan terakhir,” ujarnya dalam nada sebak.

Selain Alif, Samad yang berasal dari Kampung Majidi, Johor Bahru mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu Amad Ayunda Syaqim, 17, Alis Suhayana, 14, dan Amad Syafri, 6.

sumber : KOSMO…

Monday, October 20, 2008

Mawi nikahi Ekin pada 20 Disember di Johor Bharu

Asmawi Ani atau Mawi akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Ekin pada 20 Disember ini di Johor Bharu.

Ia akan diikuti dengan majlis persandingan sebelah keluarga Ekin pada hari yang sama di Stadium Tertutup Johor Bharu.

Mawi dan Ekin juga akan diraikan pada majlis persandingan anjuran keluarga Mawi pada 28 Disember ini di Dewan Felda Taib Andak di Johor.

Sumber: Utusan

Pernikahan Mawi dan Ikin ditaja 5 juta

KUALA LUMPUR - Penyanyi ‘Raja SMS’, Mawi bakal mendapat ‘hadiah perkahwinan’ bernilai hampir RM5 juta pada pertengahan Disember ini.

Hadiah itu merangkumi liputan menyeluruh secara langsung majlis pernikahan dan persandingan penyanyi popular itu yang akan dipancarkan ke seluruh negara.

Ini termasuk tajaan lokasi, pengurusan acara dan pelbagai kos penganjuran lain yang bakal diangkat sebagai Wedding of The Year ini.

Hadiah hebat ini bakal disumbang oleh stesen televisyen Astro kepada penyanyi berkenaan yang akan berkahwin dengan kekasihnya, Nora’Ashikin Rahmat, 29, yang mesra dipanggil Ikin.

Pernikahan Mawi dan Ikin dijadual berlangsung pada 20 Disember ini di Johor Bahru dan diikuti dengan majlis persandingan di pihak pengantin perempuan keesokan harinya.

Persandingan kedua di pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember dan di sebuah stadium di Johor Bahru.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR