Sunday, December 21, 2008

Tahniah Mawi dan Ekin - Selamat Pengantin Baru





Selamat Pengantin Baru buat Mawi dan Ekin. Rata-rata madia massa minggu nie semua citer pasal perkahwinan Mawi dan Ikin. Segala paparazi mengatakan tamatlah segala spekulasi Mawi dan Ikin. Tapi waspada... !

Mereka tak berehat panjang... lepas nie nak tahu pasal citer dapat anak pulak... pastu nak tahu kalau-kalau ader ketidakserasian atau tidak dlm rumah tangga Mawi... lepas tuh nak korek rahsia kalau-kalau ader pihak ketiga, keempat kelima blah blah.. So buat Mawi dan Ekin semoga tabah menghadapi segala ranjau dimasa yg mendatang.

Mana ader bahtera yang sentiasa belayar pada cuaca yg tenang sepanjang masa. Ader masa ia dilanda badai, gelora, ribut dan taufan.

Malaywood: Semoga tabah menjadi pasangan anak seni yg takkan sunyi dari gossip semasa melari bahtera perkahwinan. Selamat Pengantin Baru...

Thursday, December 18, 2008

David Arumugam (Alleycats) terima darjah JSM dari Agong



Nie baru baik punya perli dari Utusan. Dulu sebok dipertikaikan pemberian darjah kepada bintang Bollywood terkenal Shah Rukh Khan (SRK). Aku pun tak paham ntah aper hebatnyer superstar bollywood nie. Yg suka sangat SRK nih semua mak-mak datin, puan Sri Puan Sri nie. Pantang ader SRK dtg Malaysia, diaorg lah yg paling depan skali layan konsert. kepala hangguk dia best... menyanyi pun miming... itu best ker tuh ? Diaorg tak pandai nyanyi, tapi pennyanyi sebenar duduk belakang tabir jer. Diaorg jual muka jer.. Kali nie, Seyum Kambing perli baik punya dgn mengiktiraf sumbangan David Arumugam sehingga melayakkan beliau menerima darjah JSM.

Malaywood: Tgh tunggu... bila agaknyer Sifu M.Nasir nak dpt Dato' ? Pejuang musik nusantara

Monday, December 15, 2008

Teka-teki antara Aznil dan AF 7

Nama aznil cukup sinonim dengan Akademi Fantasia (AF). Musim AF6 lalu, AF nampak hilang seri tanpa kelibat Aznil. AC Mizal gagal menghidupkan AF dlm minggu-minggu awal... bosan.. suram.. tiada mainan emosi, takde suspend-suspend, tiada debaran... lawak-lawak ala-ala AC Disini memang tidak sesuai untuk AF. Dengar desas, desus... kutipan sms menurun...

Astro merayu pada Aznil untuk menhidupkan AF 7 atau AF tiada lagi.... bayaran kepada Aznil ? hmmm... sendiri mau ingatlah... itu lah bayaran yg sepatutnyer utk pengacara no. 1 Malaysia... Susah nak dpt penajaan kalau Aznil tak mengacara AF... tgk sajer rancangan Tom Tom Bak.. musim kedua dah dapat penajaan Annum Essential... bukan sikit Bro... tiket kapal terbang nak bawak budak-budak Sabah dan Sarawak sekali ngan penginapan termasuk parent tau !... kau bayang kan lah... penangan Aznil jadi pengacara AF nanti.... silap-silap Toyota Camry 2.4 bakal jadi hadiah utama...

sewaktu kisah suram muram AF6 pada minggu-minggu awal... pengkritik seperti kak Ogy yang over gagal menarik minat penonton... akhirnyer, Adlin Aman Ramli dibawa masuk utk memeriahkan AF6. Adlin patut jadi pengkritik tetap kerana idea-idea kritikan dari sudut persembahan amat bernas dan kadang-kadang kelakar.. ramai org minat ngan Adlin berbanding Kak Ogy yg over tuh... takde Adlin, memang tak meriah lah AF... so bayaran utk pengkritik tetap macam Adlin pun patut kena pada standard dia lah... Adlin nie, like father like son... Malaywood pun minat jugak ngan arwah bapak dia dulu... kelakar dan bersahaja.

andaikata desas desus Aznil jadi pengacara AF7 tidak benar.... Astro harus membenarkanya jugak... kalau tak... AF7 akan terus lemau... kalau nak ia terus lemau dan terus tidak relevan lagi... Astro carilah selain Aznil...

Cadangan Malaywood

Pengetua : Adnan Abu Hasan
Pengacara : Hj Aznil Hj Nawawi
Pengkritik Tetap : Adlin Aman Ramli

kalau cadangan nie diterima... sure guarentee... alamat meletup letup lah semula Akedemi Fantasia musim baru nanti

Syamsul kata Diana Penipu ?

Kata Shamsul, apa yang diberitahu Diana kepada pihak media adalah keterlaluan dengan tujuan meraih simpati.

“Kalau betul saya tumbuk dia lima kali, mesti muka dia sudah lebam teruk,” katanya kepada Kosmo!

Kenyataan itu adalah yang pertama dibuat Shamsul mengenai insiden pergaduhan tersebut.


Hmmmm.... nie yang den konfius nie. Aku cuma pegang satu perkara, kalau sapa buat laporan polis palsu, dia akan diambil tindakan.

Urgument aku pada kenyataan Syamsul. Aksi tumbuk tak semestinya dimuka... kalau dia tumbuk dibadan, tak kan Diana nak kena tunjuk badannyer... Kalau Diana pulak berani buat kenyataan polis yg palsu, dia akan diambil tindakan.

tak kisah lah tampar ker.. tumbuk ker... yg penting lu dasyus lah Syamsul. Dengan pompuan... lu terrer lah. Masalah ader lelaki lain dlm rumah dia ker... bukan urusan lu. Lu datang, makan... pastu lu balik lah. Lu bukan laki dia. Lagi pun parent dia ader kat rumah. Yg kau nak mengamuk kat rumah orang buat aper brader.

Toksah nak defend sana sini, biar polis jer buat siasatan. Klau Diana buat laporan palsu, dia boleh diambil tindakan. So, biar pihak berkuasa jalankan siasatan.

Malaywood: Best man win bro !

Sunday, December 14, 2008

Sari Yanti nikah Januari depan



Dengar khabar pelakon baru Sari Yanti akan kahwin tak lama lagi.. elok lah tuh... tarikhnya pada Januari 16, 2009 dengan jejaka pilihan hati Mohd. Eddy Casmady Che Hussin. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Pandai-pandai lah mengemudi bahtera perkahwinan tuh nanti. Asam garam anak seni nie penuh ranjau dan duri. Ambil iktibar kisah perceraian artis Malaysia 2008 nie dengan minda yg terbuka. 

Mungkin bagi sesetengah artis, mendirikan rumah tangga pada usia muda bakal menyebabkan mereka kehilangan satu nikmat yang amat berharga iaitu populariti.

Namun, bagi Sari semua itu tidak penting, dan berkongsi hidup dengan insan tersayang lebih memberi makna kepada dirinya.

”Saya berlakon kerana minat dan bukan kerana populariti. Jadi saya tak kisah sekiranya populariti hilang dan sebagainya. Saya pun manusia biasa yang memerlukan teman untuk bersama ketika susah dan senang,” jelas model iklan Palmolive, Maxis, Kotex dan Sunsilk ini.

Tambah Sari, masyarakat kini semakin memahami dan boleh menerima seseorang artis itu meskipun sudah berkahwin. - Utusan


Malaywood: tak jomput Malaywood ko ?

Koleksi Terbaru Gambar Abby Abadi

[MJR_285.jpg]
[MJR_159.jpg]

Gambar terbaru Abby Abadi selepas bercerai. Member aku sure suka tengok gambar nie. Dia peminat Abby kaw..kaw nyer masa zaman Abby dengan Ellite. banyak gambar abby kat locker dia masa kat hostel dulu... Yang tak paham nyer... Kenapa Norman buat hal ! aku tengok abby nie alright lagi hapa... Nie abby Ellite dulu nih... kalau takde abby, ellite dah macam tak bermaya... Abby lah penyeri kumpulan Ellite masa zaman kegemilangan Ellite

Malaywood: teringat kat awek awek MSteen, Feminine, Restu .... kah..kah..kah...

Thursday, December 11, 2008

Mawi & Ekin tak sabar menghitung hari



Hari-hari dilalui mereka berdua akhirnya tinggal seminggu jer lagi Mawi dan Ekin akan menjadi suami isteri. Mereka kini sedang menghitung hari. Mereka akan bernikah pada 20 Disember ini (Sabtu) di Johor Bahru, Johor.

Malaywood: Selamat pengantin baru Mawi dan Ikin, semoga kekal ke akhir hayat

Tuesday, December 9, 2008

Syamsul, Diana berpisah ?




Bebaru nie adalah desas desus, lepas kes tampar menampar... Syamsul dan Diana dikatakan telah berpisah... syamsul nie pun satu.. mana bleh Diana tuh ikut semua cara dia.. dah masa tuh budak tuh tengah sebok nak amik SPM, masa tuh lah dia nak tunjuk baran dia. Alo brader, Diana tuh budak lagi... tak mature lagi. Biar dia merasa hidup macam remaja yg lain. Dia masih nak enjoy... dan sekarang nie kabarnyer dah "clash" dah... alah mcm cinta budak budak jugak... kejap clash, pastu baik balik kot ?

Malaywood: rasanyer, elok lah diaorg tuh berpisah buat sementara waktu. To Diana, you masih muda... banyak lagi choice lelaki yg lebih gentleman.

Koleksi Gambar Sharifah Sofia

[sofeamx3.jpg]

Ramalan Juara Sehati Berdansa

Malaywood meramalkan, juara sehati berdansa musim kedua adalah pasangan Nisdawati dan Fauzi. Naib juara pula milik pasangan Amyza dan husband, manakala tempat ketiga jatuh kpd bekas pelajar AF iaitu Khai dan Rosma. Ramalan ini adalah berdasarkan performance yg ditunjukkan pada minggu lalu. Itu ramalan aku lah.

Malaywood: rasanyer iyer kot
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR