Sunday, April 12, 2009

SPemenang ABPBH 2008enarai

Berikut adalah senarai pemenang (Keputusan Rasmi Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2008).

> Bintang Paling Popular - Nabil

> Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

> Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

> Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

> Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

> Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

> Penyanyi Wanita Popular - Dato’ Siti Nurhaliza

> Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

> Artis Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussein

> Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

> Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah

> Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

> Artis Baru Wanita Popular - Stacy

> Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi

> Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

> Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

> Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

> Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah
Malaywood: Tahniah kepada yang berjaya... yang tak berjaya.. cuba lagi dan dekatilah peminat anda

Artis Janda Meletup

Janda meletup

KUALA LUMPUR: Sebagai selebriti yang terbabit dalam dunia nyanyian atau lakonan, mereka ada tarikan tersendiri. Namun, status janda yang disandang menambah aura dan glamor sedia ada sehingga kehebatan mereka ada kalanya mengalahkan artis yang belum berkahwin.

Nabil menewaskan Mawi dan Siti

Nabil Bintang Paling Popular 2008


RAJA Lawak musim kedua, Nabil bersama trofi Anugerah Bintang Paling Popular 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, malam tadi. Nabil turut memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular manakaka Raja Pop, Jamal Abdillah (gambar kecil) pula meraih Anugerah Pencapaian Seumur Hidup. - Gambar UTUSAN/MOHD NOOR AMIN

GENTING HIGHLANDS 12 April - Seperti yang diramal, gelaran Bintang Paling Popular menjadi milik juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dalam Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008) di Arena of Stars di sini malam ini.

Dia yang mendapat 127,524 undi untuk kategori itu, membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 termasuk sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L (A) berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. selain barang kemas dan pakej penginapan.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga menjadi artis komedi kedua yang memenangi kategori tersebut selepas Saiful Apek dinobatkan gelaran sama pada tahun 2003.

Bukan itu saja, Nabil turut memenangi dua kategori lain iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dengan menewaskan nama-nama besar seperti Afdlin Shauki, AC Mizal dan Saiful.

Kejayaan Nabil menggenggam gelaran itu ternyata membenamkan impian penyanyi Mawi untuk mempertahankan gelaran tersebut bagi tahun keempat berturut-turut.

Pun begitu, Mawi, juara Akademi Fantasia 4, berjaya mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk kali keempat berturut-turut.

Datuk Siti Nurhaliza pula membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular bagi tahun ke-12 berturut-turut. [baca seterusnya]

Malaywood: Tahniah Nabil...

Ekin tidak mengawal Mawi



kata Mawi, dia selesa ekin menjadi pengurus peribadinya kerana isterinya itu memahami perangainya.

APABILA mahu membicarakan tentang penyanyi lelaki popular yang seorang ini, ada kalanya sukar juga untuk diluahkan.

Ini kerana hakikatnya sudah terlalu banyak kisah tentangnya terpampang di media baik sewaktu dia masih bujang mahupun selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember tahun lalu.

Menjadi seorang artis popular seperti Asmawi Ani atau Mawi memang begitu sukar sekali kerana apa sahaja yang dilakukan sering kali menjadi perhatian dan perbualan mulut orang sekeliling.

Sudah menjadi adat manusia, ramai yang suka dan tidak kurang pula yang mengeji dan bagi Mawi sendiri, dia sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan isteri tercinta.

Kisah Ekin yang kelihatan setiap masa bersama Mawi mungkin boleh dianggap sebagai satu kisah menarik untuk dikupas.

Masakan tidak, hampir setiap masa dan dalam apa jua majlis sekalipun, kelibat Ekin akan tetap ada untuk berada di samping suaminya sehingga ramai yang sudah jelik melihatkan gelagat mereka.

Sehinggakan ada yang mendakwa Ekin mengawal Mawi dari semua aspek sehingga tiada lagi kebebasan untuk Mawi menguruskan dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang singgah di telinga bahawa kaki dan tangan Mawi sudah dikunci rapat isterinya. [baca seterusnya]

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR