Tuesday, June 30, 2009

Lisdawati tidak boleh hidup tanpa Fauzi




Tindakan Lisdawati yang menitiskan air mata ketika menyaksikan pratonton telefilem Buih-Buih Cinta mengundang tanda tanya


Tuesday, June 23, 2009

Selamat Pengantin Baru Adlin-Emelda




Adlin segak dalam persalinan tradisional Jawa, manakala Emelda cantik berkebaya menyerlahkan seri wajahnya

TETAMU yang bertali arus membanjiri kediaman yang tersergam di Kampung Bukit Cherakah, Klang, Selangor disertai cuaca mendamaikan seakan memberi restu kepada langkah baru yang dibina pasangan selebriti, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila Abdul Hamid.

Tuesday, June 16, 2009

Elyana akan bertunang pada 11 Julai 2009


Elyana

Elyana bakal bertunang pada 11 Julai ini. Majlis itu akan diadakan di sebuah banglo yang diberi nama Jeumpa D’Ramo di Bangsar. Majlis itu besar kemungkinan dilakukan selepas solat Zuhur.

Sepatutnya Elyana sepakat memilih hari lahirnya iaitu pada 5 Julai untuk bertunang, namun tarikh itu jatuh pada hari terakhir ibunya mengikuti kursus haji. Lalu mereka nekad mengubah kepada 11 Julai. Sekarang ini, memang Elyana sibuk membuat persiapan pada saat akhir.

Orang Kuat Sinar FM




Linda Onn, Abby Fana dan Raja Azura berkongsi cinta, cita-cita dan aspirasi bersama pembaca Hip

TIGA wanita berbeza status Linda Onn, Raja Azura dan Abby Fana lebih daripada sekadar penyeri kepada stesen radio retro Sinar FM.

Linda dan Abby sudah lebih sedekad mewarnai dunia penyiaran radio, sementara Raja Azura atau KE sudah lebih dua tahun mengendalikan slot Sinar Pagi bersama Salih Yaacob dan Kharil Rashid pula kini semakin selesa dengan kerjaya barunya itu. [read more]

Monday, June 15, 2009

TV3 Ulang Semula Siri Manjalara

Apsal nak ulang balik citer tuh... dah takde citer baru ker nak tayang petang petang ? atau dah takde budget nak beli drama baru..... citer Manjalara tuh takde lah lama sangat... masih segar lagi setiap episodnyer. Ini bermakna, tiada lagi syoknyer bila menonton episod yg tidak mendebarkan kerana penonton dah tahu jalan cerita setiap episod... Dalam youtube pun banyak... jadi apa relevannyer diulangi citer Manjalara tuh... betul ker terlalu banyak permintaan peminat agar cerita ini diulang semula ?


Malaywood: bosan kalau dah tahu jln citer nih..... yg tak bosan cuma citer P. ramlee jer

M. Nasir ke Stadium Negara



M. NASIR ternyata teruja dan gembira apabila dapat beraksi sekali lagi di pentas Stadium Negara selepas 15 tahun.

BERDASARKAN sambutan hangat dan kecemerlangan Konsert Alam M. Nasir yang berlangsung selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada Februari lalu sememangnya membawa tuah kepada M. Nasir.

Masakan tidak, selepas lima bulan konsert itu melabuhkan tirainya dengan dihadiri oleh 5,000 penonton sepanjang tiga malam berlangsung, anak jati Singapura itu akan kembali beraksi di atas pentas tetapi kali ini dalam skala yang lebih besar.

Bakal berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 Julai depan, konsert yang diberi nama Konsert Satu Wajah M. Nasir itu juga menyaksikan seniman unggul itu kembali ke pentas yang sama selepas 15 tahun.

Ketika itu, dia beraksi dalam Konsert Canggung M. Nasir yang telah mendapat sambutan yang cukup hangat dan menggalakkan apabila dibanjiri hampir 7,000 penonton.

Kali ini, menerusi Konsert Satu Wajah M. Nasir, ia akan memperlihatkan dimensi lain seniman unggul ini dalam menterjemahkan karya-karyanya.

Tujuannya hanya satu iaitu mahu menghiburkan penonton dan peminat serta memastikan apa sahaja karya yang dilagukan pada malam itu nanti akan sampai tepat ke dalam lubuk hati mereka yang menikmatinya.

Berdasarkan trek rekod cemerlang Nasir pada konsert yang diadakan di IB itu ternyata sudah cukup menyakinkan Maya Axis Cerative Sdn. Bhd. (MACSB) selaku pihak penganjur untuk menganjurkan sebuah konsert oleh penghibur serba boleh ini.

[seterusnya]

Sumber: Utusan Online

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR