Thursday, July 9, 2009

Ulang tahun ke-10 Dayang



Populariti bukanlah agenda utamanya dalam bidang seni sebaliknya pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini mahu berkongsi bakatnya dengan masyarakat serta peminat yang tidak pernah lelah menyokongnya.

Berkat sokongan peminatnya itu jugalah dia berjaya mempertahankan kedudukannya di persada seni tanah air apabila tahun ini menandakan genap sedekad dia melayari bahtera seninya.

Tuesday, July 7, 2009

Drama bersiri Puteri Aurora Beradu arahan Fairuz Loy



MEMEY (kiri) dan Iqram Dinzly.

Proses penggambaran drama bersiri Puteri Aurora Beradu arahan Fairuz Loy diadakan di sebuah banglo mewah di Bukit Rahman Putra, Kuang, Selangor.

Bakal mengisi slot Lagenda di TV3 tidak lama lagi, ia membariskan pelakon terkenal antaranya Memey Suhaiza, Iqram Dinzly, Eizlan Yusof, Norish Karman, Rozita Che Wan, Aida Aris, Enot dan Rashidah Jaafar.

Diadaptasi daripada kisah klasikSleeping Beauty, ia merupakan gabungan kisah cinta dan dendam kesumat.

Puteri Aurora Beradu juga mengupas isu tekanan hidup yang dilalui Puteri Aurora lakonan Memey dan Hakimi (Iqram Dinzly).

Saling menyukai antara satu sama lain, malangnya, cinta mereka sukar diluahkan lantaran Puteri Aurora dikawal ketat oleh tiga penjaganya di rumah.

Bercakap mengenai Puteri Aurora Beradu, Iqram dan Memey yang ditemui di lokasi penggambaran berkongsi cerita mengenai karakter masing-masing.

Tidak hanya lakonan semata-mata, kedua-dua mereka juga tidak lokek bercerita mengenai perkembangan karier serta kehidupan peribadi sendiri.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR