Sunday, September 13, 2009

Perkahwinan Buat Nana Trauma ?



WAJAH tabah Nana tatkala menjawab persoalan media mengenai kisah rumah tangganya.

Luah rasa dari Siti Nordiana Alias atau Nana.

.BUAT masa ini, saya nekad tidak mahu bersamanya lagi. Sejak awal perkahwinan lagi, kami sering berselisih pendapat.

"Apa yang berlaku membuatkan saya trauma untuk berkahwin lagi. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini."

Ungkapan cerai yang dilafazkan Faizal pada kedua-dua tarikh itu amat jelas dan masing-masing mencapai persetujuan untuk berpisah.



NANA bersama buah hatinya, Mohd. Rayyan.


Menyambung bicara mengenai perceraian, Nana yang kini bekerja sebagai Kaunselor Pendidikan di Unity College International, Petaling Jaya, Selangor berkata, melihatkan apa yang berlaku, dia sudah bersedia untuk bergelar janda dan ibu tunggal.

Mengahwini Faizal bukan kesilapan

Ujarnya, mengahwini Faizal bukanlah satu kesilapan dan dia mengakui masih merindui suaminya itu.

"Walaupun begitu, kami memang tidak boleh hidup bersama lagi. Saya tidak pernah menyesal terhadap apa yang berlaku.

"Hidup perlu diteruskan dan saya perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan,'' jelasnya yang satu ketika dahulu popular dengan lagu berjudulBukan Mengungkit Tapi Membangkit, Selamanya Cinta dan Perlukanmu.



tinggal kenangan...kini Nana dan Faizal Yusop bawa haluan hidup masing-masing.


Sempena Aidilfitri nanti, jelasnya, Rayyan akan meraikan lebaran bersamanya pada hari raya pertama dan kedua dan selepas itu, cahaya matanya itu akan beraya bersama Faizal pula.

"Ini adalah pertama kali beraya berasingan,'' jelasnya penuh tabah.

"Cuma nanti, janganlah selepas ini ada yang fitnah kami macam-macam hanya kerana saya sudah tidak bersama Faizal lagi,'' pinta Nana bagi memastikan keadaan berjalan lancar selepas dia kembali solo.


Tuesday, September 8, 2009

Rozita Che Wan jadi mangsa gosip




Jelitawan bernama Rozita Che Wan dikatakan merampas suami orang, ada hubungan dengan VIP dan macam-macam lagi. Malah dia juga pernah dikatakan menerima hadiah kereta mewah daripada Datuk K sebelum ini.

Dek kerana terlalu banyak andaian sedemikian membuatkan Rozita takut untuk muncul di mana-mana akhbar atau majalah berkaitan hiburan. Ibu kepada dua orang anak ini pernah memberitahu saya, kalau terlalu banyak cerita mengenai skandal yang tidak betul ditonjolkan, ia memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Kerana cerita-cerita itulah dia mendapat panggilan yang bukan-bukan daripada wanita-wanita yang menuduh dia cuba merampas suami mereka. Dalam masa yang sama tidak terkecuali mak datin mak datin yang menganggap Rozita cuba merosakkan rumah tangga mereka.

Tetapi semua itu adalah tuduhan yang tidak betul. Hasilnya kata Rozita, wanita-wanita yang menuduh dia mempunyai hubungan dengan suami mereka itu akhirnya akur suami mereka berkahwin dengan orang lain. Dia yang menjadi mangsa.

Itulah susahnya bergelar ibu tunggal. Cabarannya bukan sedikit apatah lagi bagi wanita ini yang dikurniakan kecantikan luar biasa ini. Rozita mengakui dia seringkali menjadi mangsa.

Malah dia terfikir mungkin adakah segelintir golongan VIP yang sengaja menggunakan namanya untuk menutup kecurangan mereka terhadap isteri masing-masing?

Keluarga merupakan pengkritik utama bagi Aizat



AIZAT kini muncul dengan single terbaru berjudul Erti Hari Ini yang mengajak semua menginsafi penderitaan kanak-kanak di Palestin.

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) - Aizat pada mulanya tidak begitu diperhatikan tatkala melayari bahtera seni sebaik menamatkan 'pengajian' di akademi.

Namun, selangkah demi selangkah, Aizat berjaya mendaki tangga populariti apabila muncul dengan album pertama berjudul Percubaan Pertama yang kemudian memberikan impak besar terhadap perjalanan hidupnya dalam dunia seni.

Lagu-lagu nyanyiannya seperti Hanya Aku Yang Mampu, Lagu Kita, Fikirlahdan terbaru, Kau Aku, sering menjadi siulan peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap Aizat yang cukup meminati kumpulan The Beatles.

Sungguhpun begitu, di sebalik kejayaan yang digenggam, Aizat sebenarnya memiliki sebuah 'kumpulan penyokong' yang kuat dalam memastikan dia terus melangkah penuh berani.

Tidak lain dan tidak bukan, kumpulan sokongan itu hadir daripada kalangan ahli keluarganya sendiri.

Bapanya, Datuk Amdan Mat Din, 53, meski sibuk dengan urusan kerjaya dan kehidupan harian, beliau tidak lupa untuk bertindak selaku penasihat, 'pelabur' serta pengkritik utama kepada kerjaya Aizat selaku penyanyi.

Selain itu, ibunya, Fina Norhizah Baharu Zaman, 52, juga merupakan antara pendokong utama kejayaan dan tidak henti berdoa agar Aizat sentiasa maju dalam bidang yang diceburinya.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR