Wednesday, October 14, 2009

Nabil Zamanhuri ( Nabil Mentor) Tambil Imej Baru



PERNAH dikecewakan lantaran perancangan album yang tidak menjadi, Nabil tidak pernah putus asa melalui liku-liku hidup dalam dunia hiburan.

Pasti ramai yang sudah lupa Nabil Mentor selepas munculnya Nabil Raja Lawak. Sekitar tiga tahun lalu, Nabil Zamanhuri, 22, atau Nabil ini pernah dikecewakan lantaran album sulungnya yang diuar-uar akan diterbitkan tidak menjadi kenyataan.

Meniti hidup di pentas seni dengan berbekalkan gelaran naib juara program realiti TV3, Mentor musim pertama, namun, di sebalik kekecewaan itu, Nabil tidak pernah berputus asa malah sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

Dan, tanpa memilih untuk membelok ke simpang kegagalan, Nabil muncul mencipta lagu sendiri sehingga terhasil single pertamanya berjudulHati Ini.

Meski hanyalah sebagai single dan bukannya album, tanpa disangka, Hati Ini menjadi pemacu buat Nabil untuk mengecap populariti.

Bukan sahaja di Malaysia, lagu Hati Ini ketika itu turut popular di Singapura dan Brunei apabila sering kali diputarkan di stesen-stesen radio di negara berkenaan.

Kini Nabil muncul dengan lagu terbaru Dari Jauh. Lagu Dari Jauh merupakan ciptaan Nabil bersama Lah Ahmad dan Nabil juga bertindak selaku penulis lirik bagi lagu terbabit.

Tampil dengan lagu yang menyentuh perasaan, Dari Jauh menampakkan kematangan Nabil dalam melontarkan vokal selepas bertahun 'berguru' dengan Lah Ahmad.

Bermula saat ini, dirinya akan menggunakan nama penuh iaitu Nabil Zamanhuri sebagai pengenalan diri di pentas seni dan bukannya Nabil Mentor lagi.

''Nabil Mentor, itu nama komersial dahulu. Sekarang saya gunakan nama penuh, Nabil Zamanhuri.

''Ia juga bagi membezakan antara nama saya dan seorang lagi Nabil iaitu Nabil Raja Lawak.Sebelum ini ada juga orang yang keliru tentang saya dan Nabil Raja Lawak,'' ujarnya.

Lagu Dari Jauh telah memasuki pencalonan untuk lagu baru dalam Muzik-Muzik di TV3 pada 5 Oktober lalu.

Kehangatan Sekitar Anugerah Skrin 2009



VANIDAH Imran (kiri), Noorkhiriah dan Sofia Jane antara aktres handalan negara yang pernah memenangi Anugerah Skrin.

Bakal berlangsung pada bulan Disember nanti, sudah pastiAnugerah Skrin 2009 (ASK2009)merupakan acara yang cukup ditunggu-tunggu oleh semua peminat dan penggiat seni tanah air.

Bukan sekadar mengiktiraf dan mengangkat karya seni mereka ke peringkat yang lebih tinggi, sebaliknya ia juga merupakan pembuka jalan buat mereka untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti.

Memang itulah matlamat penganjuran Anugerah Skrin yang saban tahun terus memberi peluang kepada karyawan seni untuk mempamerkan karya hebat mereka yang mendapat sambutan penonton.

Umum mengetahui Anugerah Skrin bukan sekadar menghargai atau menobatkan gelaran yang terbaik kepada pembikin drama tetapi ia juga merangkumi kategori filem dan penerbitan dalaman kepada semua stesen televisyen dan penerbit filem di negara ini.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, ASK2009 mempertaruhkan 22 kategori yang meliputi tiga cabang berkenaan yang pastinya akan terus memberikan saingan yang cukup sengit.

Bagi kategori drama, sebanyak 10 kategori yang dipertandingkan tahun ini berbanding hanya sembilan sahaja tahun lalu.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR