Monday, November 30, 2009

Dua siaran Suria FM pada satu masa



PARA penyampai Suria FM dan kakitangannya memotong kek ulang tahun kedua stesen radio itu di lobi bangunan Am Bank Assurance, Kuala Lumpur, baru-baru ini. รข€” Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ



STESEN radio Suria FM memperlihatkan peningkatan yang boleh dikatakan mendadak daripada banyak aspek seperti konsep segmen yang diketengahkan mahupun rating penonton biarpun baru dua tahun bersiaran ke seluruh negara.
Sebagai contohnya, stesen radio itu mempunyai dua saluran berbeza iaitu yang berbahasa Melayu, manakala satu lagi dalam bahasa Kadazan dan Dusun yang lebih difokuskan kepada para pendengar di negeri Sabah.
Pemangku Ketua Pegawai Operasi Penyiaran Suria FM, Yusry Abu Samah menjelaskan, stesen radio itu ke udara melalui sebuah saluran, tetapi ia menampilkan dua segmen berbeza yang boleh diikuti di Sabah dan juga di seluruh negara pada masa sama.
"Dalam erti kata lain, kami bersiaran menerusi saluran yang sama tetapi para penonton ada dua pilihan iaitu sama ada mahu mendengar segmen yang khusus untuk siaran di Sabah ataupun satu lagi segmen yang boleh diikuti di seluruh negara.
"Jika para pendengar di Sabah, mereka boleh mengikuti segmen Suria Sabah melalui frekuensi 105.9 FM dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat yang menggunakan bahasa Kadazan dan Dusun.


Sponsored link
Sponsored Link

Monday, November 23, 2009

Kamal – Intan memang serasi bersama



MUNGKIN sahaja usia perkenalan mereka masih hijau. Baru sahaja mencecah setahun tetapi kedua-duanya kelihatan amat serasi bersama. Empat bulan berkerjasama di lokasi penggambaran Bio-Nik pada November tahun lepas membuatkan hubungan Intan Ladyana dan Kamal Adli rapat.
Mungkin sahaja pada awal-awal perkenalan, baik Intan Ladyana mahupun Kamal Adli lebih senang menganggap perhubungan mereka sebagai teman. Namun kedua-duanya tidak pula pernah menafikan, jauh lagi mengelak diri untuk mengakui mereka berkawan.
Sementelah melalui jelingan mata, gelak tawa dan rajuk bahagia sentiasa terukir saat bersama membuktikan bibit-bibit cinta berbunga di hati masing-masing.
Sejak enam bulan lalu, kedua-duanya sedang enak berpacaran serta melalui fasa-fasa indah lagi istimewa sebagai sepasang kekasih. 











Kamal, Intan




“Ya, kami mempunyai keserasian,” kata Kamal tanpa berselindung. Lalu tidak hairanlah andai lirikan mata dan senyuman yang sentiasa terukir di bibir pasangan ini membayangkan kebahagiaan yang sedang dikecapi.
Apatah lagi dengan kerjaya yang sama di bidang lakonan membolehkan mereka untuk lebih memahami keperluan dan keterbatasan masa masing-masing.
Ia tentunya memberikan satu bonus kepada pasangan ini untuk memudahkan lagi keadaan dan perhubungan mereka. Walau pun begitu, biar sudah terang yang kedua-duanya sedang berbahagia, sebenarnya masing-masing lebih senang berbicara topik selain kisah cinta.
Baik Kamal mahupun Intan berterus terang mengakui kurang gemar diserang dengan persoalan mengenai kehidupan peribadi khusus yang melibatkan hati dan perasaan.
“Bukan mahu mengelak sebab memang kami berkawan dan memang kami rapat. Lagipun nanti kalau asyik mengelak orang menyampah pula.
“Saya memang lebih senang mengakui hakikat mengenai perhubungan ini. Cuma kami tidaklah asyik berkepit 24 jam atau selalu berdua misalnya seperti mesti menghadiri sebarang acara bersama-sama.






“Tidak! Hubungan kami bukan begitu. Hubungan kami hubungan yang amat sempoi (ringkas),” jelas Kamal sambil tersenyum. 

AC tak nak lagi ingat kisah pahit





BIARPUN hatinya masih lagi terluka dengan insiden yang berlaku, tetapi AC tetap optimis dan berfikiran positif menghadapi kehidupan.




Kekeruhan hubungan akrab antara AC Mizal dan Hans Issac bermula sejak pementasan Cuci the Musical 23 Oktober lalu apabila AC didakwa tidak berdisiplin serta gagal memberikan komitmen sewaktu sesi latihan.

Ekoran itu, penyanyi dan komposer Reefa dipilih sebagai pelakon gantiannya.

Namun, ia bertambah tegang apabila syarikat AC iaitu AC Konsortium diarahkan untuk menutup gerai yang didirikan di Istana Budaya hanya selepas tiga hari pementasan Cuci the Musical berlangsung.

Alasannya, Cuci the Musical adalah persembahan dan inisiatif Hans dan pihak produksi seolah-olah tidak mahu gerai yang didirikan itu cuba membayangi serta mengatasi populariti Cuci the Musical.

Sedangkan AC sendiri sudah meminta kebenaran dari Hans selaku penerbit Cuci the Musicaldan daripada persetujuan awal, Hans tidak kisah dan memberi kelulusan untuk AC berbuat demikian.

Selepas apa yang berlaku, AC sendiri mengakui bahawa dia kini mula kenal siapa lawan dan kawannya.

Malah, sehingga kini pun dia masih lagi terasa hati dengan insiden yang berlaku dan tidak sama sekali menyangka perkara tersebut menimpa dirinya.

"Kalau selepas ini pun mereka mahu meneruskan Cuci the Musical untuk musim kedua mahupun filem susulannya, saya percaya mereka boleh mencari pelakon gantian untuk saya.

"Alasannya mudah. Sepanjang pementasan Cuci the Musical, hanya saya seorang sahaja yang ada pelakon gantian dan ia tidak berlaku kepada Hans, Afdlin dan Awie.

"Kata mereka, tiga pelakon lain susah sekali untuk mencari pelakon gantian. Jadi, daripada situ sudah cukup jelas bahawa mereka boleh mencari pengganti saya bila-bila masa sahaja," kata AC dengan maksud yang mendalam.
Selebriti berusia 37 tahun ini ditemui pada rakaman program AC? yang berlangsung di Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Episod yang bakal bersiaran pada 21 Disember itu buat pertama kalinya menghimpunkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama adik-beradiknya, Saida dan Sairah dalam program itu.

Menyambung bicara, AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini menjelaskan dia sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan negatif tentang dirinya timbul sepanjang terlibat dalam Cuci the Musical.



"Demi tidak menghampakan, saya tetap meneruskan latihan pada bulan Ogos biarpun saya terpaksa berkejar-kejar dari rakaman program AC? untuk menghadiri latihan.

"Saya seorang yang profesional dan apa yang penonton lihat di atas pentas semuanya adalah kerana watak yang saya bawakan tetapi keluar dari pentas, saya adalah diri saya," ujarnya yang berharap kisah itu tidak akan menjejaskan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan.

Malah, AC memberitahu tiada siapa tahu dia menderita kesakitan akibat kecederaan pada belakangnya sehingga doktor menasihatkannya untuk berehat dalam jangka masa yang lama ketika itu.

Bagi AC sekarang, apa yang berlaku akan membuatkannya lebih berhati-hati di masa hadapan kerana sudah lama dia merasakan dirinya ditindas serta diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak.

"Sudah tiba masanya saya bangkit dan bertegas dalam apa juga keputusan yang saya lakukan. Kalau dulu, saya masih lagi boleh berlembut dan bertoleransi.

"Bukan bermakna saya tidak boleh bertolak-ansur tetapi ada had dan batasnya," katanya penuh makna.
Menganggap apa yang berlaku semuanya ada hikmah di sebaliknya, apa yang penting buat AC sekarang adalah untuk menumpukan perhatian kepada AC Konsortium.

"Saya bertuah kerana memiliki isteri dan pasukan yang begitu komited dengan kerja serta bijak merencana perancangan mereka," kata AC yang juga akan melebarkan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai rangkaian pakaian termasuk baju, kasut, seluar dan lain-lain lagi.

Sunday, November 22, 2009

cerita kedai kopi - Malique feat Salam ( with lyric )



Power lagu "cerita kedai kopi" nie. Selain kepala layan muzik reggea melayu... mesej dari lagu nie pun tak kurang panas... mmg sesensi tajuk nya lagu kedai kopi.

Wednesday, November 18, 2009

Mawi jadi penerbit ?


MAWI menyerahkan cenderamata kepada Razali Ibrahim selepas pelancaran Mawi World Entertainment di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Akademi Fantasia (AF) merupakan sebuah program realiti televisyen (TV) yang cuba melahirkan artis-artis yang serba boleh seperti menyanyi dan berlakon.

Justeru, tidak hairanlah ramai pesertaAF yang keluar daripada program realiti TV itu bukan setakat menjadi penyanyi atau pelakon, malah mencuba juga bidang-bidang yang lain.

Juara AF3, Mawi sebagai contohnya, bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan tetapi beliau juga cuba mengembangkan bakatnya sebagai penerbit program TV.

Perkembangan penyanyi lagu Aduh Saliha itu dapat dilihat apabila dia kini sibuk menerbitkan rancangan-rancangan TV menerusi syarikat miliknya, Mawi World Entertainment Sdn. Bhd.

Menurut Mawi, keputusannya menceburi bidang penerbitan selepas mendapati tidak mampu bergantung atas jualan album-albumnya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.

"Saya memang sudah bersedia untuk menjadi penerbit secara lebih serius. Saya dapati sudah sampailah masanya saya menjadi seorang penerbit dan bergerak sendiri dalam bidang ini.

"Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Apatah lagi, saya sendiri menyedari tentang hakikat jualan album yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini kerana banyak faktor.

"Antaranya senario muat turun lagu di Internet dan masalah cetak rompak. Senario itu berlaku di seluruh dunia," katanya pada sidang media di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Majlis itu diadakan selepas pelancaran syarikatnya sendiri iaitu Mawi World Entertainment Sdn. Bhd. (MWESB) oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Jelas Mawi, MWESB yang ditubuhkan dengan modal mencecah RM1 juta itu buat masa ini lebih kepada penerbitan program-program TV dan drama untuk siaran stesen-stesen TV tempatan.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR