Monday, January 25, 2010

Perginya seorang Johnny Bikin Filem





SATU babak dari filem johnny bikin filem.






DIA muncul ketika industri filem tempatan baru diterajui oleh generasi baru.Para pembikin filem generasi baru seperti Rahim Razali, Nasir Jani, Othman Hafsham, Adman Salleh, Mansor Putih dan Shuhaimi Baba sedang muncul dengan filem-filem tempatan yang membawa pendekatan yang berbeza dengan filem-filem pembikin daripada generasi pengarah Studio Merdeka Hulu Kelang dan Studio Filem Melayu Jalan Ampas, Singapura.

Mereka adalah generasi pembikin filem yang mempunyai latar pendidikan dan ilmu serta pengalaman yang berbeza daripada generasi terdahulu. Sudah semestinya untuk melengkapkan kemunculan para pembikin filem yang mempunyai latar pendidikan filem dan drama ini, maka industri filem tempatan memerlukan penganalisa dan pengkritik filem yang mempunyai latar ilmu dan pengetahuan yang hebat dan mendalam. Tepat pada ketika diperlukan, maka pada masa itulah munculnya Anuar Nor Arai.



Anuar (lahir pada 1943) kembali ke tanah air selepas memperolehi ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Southern California pada tahun 1982. Gelanggang awal yang menyiarkan pandangan dan kritikan filem Anuar adalah Dewan Budaya dan akhbar Utusan Malaysia. Tulisan dan kritikan Anuar keras dan tanpa kompromi kerana keyakinannya terhadap seni filem dan landas ilmunya yang kuat yang menjadi asas dalam tulisannya.

Beberapa pembikin filem yang filem-filem mereka dikritik dengan keras ternyata sukar menerima kritikan tersebut lalu mereka membalas dengan pandangan yang sinis terhadap kritikan tersebut. Hal ini berlaku kerana mereka tidak memahami hakikat perkembangan kesusasteraan dan karya seni moden ditandai oleh adanya kritikan. Dengan pengetahuan dan latar ilmu seninya, pengkritik akan membantu peminat dan khalayak seni menghayati dan menghargai karya seni dengan lebih mendalam dengan meneroka dan menyelongkar hakikat dan pemikiran yang tersirat dalam karya tersebut. Hal ini akan membantu dunia sastera dan seni berkembang sihat. Namun para pembikin filem yang sudah terdidik dengan latar ilmunya sememangnya sentiasa menanti kritikan dan pandangan tajam dari Anuar.

Saya mula mengenali Anuar lewat tulisannya dalam Dewan Budaya dan menjadi agak rapat selepas sama-sama terlibat dalam menggerakkan siri Dialog Cerdik, iaitu forum perfileman yang mengupas filem-filem generasi baru dan juga filem-filem klasik Melayu secara ilmiah. Antara penggerak awalnya adalah Johan Jaaffar (Datuk), Mansor Putih dan Nasir Jani. Penggunaan nama Dialog Cerdik itu sahaja sudah memberikan latarnya dan tidak hairan kalau forum tersebut juga mendapat perhatian dan sinisme daripada beberapa penggiat filem yang mendapat kritikan dan 'kutukan' dalam forum tersebut.

Sebelum terkenal sebagai pengkritik filem, Anuar lebih dikenali sebagai seorang penggiat drama. Malah dia adalah salah seorang dramatis teater kontemporari tanah air pada dekad 70-an. Kumpulan dramatis ini menggerakkan kemunculan teater absurd yang turut dipelopori oleh Dinsman, Johan Jaaffar, Hatta Azad Khan dan Mana Sikana.
Sebelum itu Anuar sebenarnya pernah menerbitkan kumpulan cerpennya Perempuan, Perempuan dan Perempuan pada 1976. Anuar menghasilkan drama Lorong (1976) yang mengangkat realiti sosial kehidupan kota dan kemudian menghasilkan drama Vakum dan Si Pemacak yang telah memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Menulis Drama Pentas anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (1978). Dua drama ini tebal dengan ungkapan falsafah dan adakalanya menonjolkan unsur-unsur eksistensialisme.

Anuar kemudian menghilang diri kerana melanjutkan pelajaran di Amerika dan pada tahun 1987 muncul dengan drama Tuk Selampit. Drama Tuk Selampit telah memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Drama ESSO-GAPENA (1987) dan drama ini kemudiannya dipentaskan Badan Budaya DBP pertama kalinya di First ASEAN Theatre, Manila pada 1-7 Ogos 1988 dan kemudian dipentaskan lagi di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 4 & 5 Oktober 1988.
Teater Tuk Selampit yang mengisahkan liku-liku pedih kehidupan seorang Selampit (dilakonkan oleh Sabri Yunus) dengan kehidupan yang surrealis. Mementaskan Tuk Selampit adalah pengalaman ngeri bukan sahaja kepada pengarahnya Zakaria tetapi juga saya sebagai pereka cahaya. Zakaria mengakui kesukaran mengarahkan teater ini dan takut "ditembak" oleh Anuar yang menjalin teater ini dengan falsafah, sufisme dan resah surrelis seorang Selampit.
Semasa pementasan berlangsung di Pusat Kebudayaan Filipna, Manila, saya pertama kali menyaksi betapa gelisahnya Anuar sambil menghisap rokok di luar panggung. Dia gelisah sebagai karyawan apabila teaternya berdepan dengan khalayak asing yang memenuhi auditorium dan cuba menjangka penerimaan mereka. Di situ juga saya mula mengenali realiti 'Seorang Anuar Nor Arai'. Hampir setiap malam di Manila kami bergebang panjang selepas pementasan.

Anuar meneruskan tugasannya di Universiti Malaya sebagai pensyarah perfileman dan terus mengkritik filem. Pada tahun 1992 Anuar mengarahkan filem Johnny Bikin Filem terbitan Univerisiti Malaya. Filem yang berkonsepkan noir ini mencipta sejarahnya sendiri dengan panjangnya lima jam setengah dan hingga kini belum ditayangkan kepada umum. Saya pernah mengulas filem tersebut dalam ruangan ini selepas berpeluang menontonnya di Filem Negara, Petaling Jaya.

Selepas menghasilkan filem, Anuar tidak lagi mahu menjadi juri di Festival Filem Malaysia, tetapi dia masih terus giat menganalisa, mengkritik dan menghasilkan drama walaupun tidak lagi berpeluang mengarahkan filem selepas Johnny Bikin Filem. Dia menghasilkan drama televisyen iaitu Lalang-Lalang Di Hujung Kaki, Di Satu Sudut Gelap, Seorang Tua Di Sungai Lembing dan Isteri Datuk Berkereta Merah. Dia turut menghasilkan banyak naskhah drama televisyen yang disiarkan oleh RTM, TV3 dan Astro.

Anuar kemudian mengarah teater Ronggeng Rokiah, sebuah teater yang mempunyai pendekatan noir di Istana Budaya pada 2003 dengan mendapat sambutan yang hebat. Kemudian pada tahun 2006 saya meminta Anuar mementaskan drama di Stor Teater DBP dan Anuar mementaskan teater Qasidah Gunung Semanggul. Teater ini mengangkat perjuangan politik orang Melayu dalam Hisbul Muslimin melalui watak Ustaz Abu Bakar Baqir dan Dr. Burhanuddin Helmi di Gunung Semanggul.

Drama Ronggeng Rokiah kemudian diterbitkan oleh DBP sebagai kumpulan drama yang turut memuatkan drama Tingkah Pak Itam dan Bisikan Malaya. Kemudian sebuah lagi kumpulan drama Anuar Dadameah Albab yang turut memuatkan drama Lung Hoi-Tai Opera dan Long Huan T.E.J.A diterbitkan oleh DBP pada 2009. Saya dan Anuar masih sering bertemu dan berbincang pasal filem dan teater apatah lagi kami sama-sama menjadi pensyarah sambilan di Aswara. Walaupun Anuar kemudian dilantik sebagai Timbalan Dekan di Aswara dan pada masa yang sama turut menjadi pensyarah sambilan di UITM, dia sebenarnya mahu bebas menjadi karyawan filem dan drama.

Dia menghasilkan banyak naskhah drama pentas yang tidak dapat dipentaskan. BukuKumpulan Esei dan Kritikan Filem yang mengumpulkan analisis dan kritikannya yang mendalam diterbitkan oleh DBP pada 2007. Ketika di ASWARA dia merancang-rancang untuk menghasilkan filem berjudul Jimbo, tetapi sayang tidak terlaksana.

Anuar seperti watak-watak dramanya 'adalah manusia yang terasing dan terpinggir, dan kalau berada di tengah-tengah kesibukan manusia pun mereka tetap terpinggir. Seolah-olah manusia saya lari daripada kenyataan. Walaupun wataknya dalam angan-angan, tetapi Anuar memperoleh kebebasan dalam angan-angan itu.

Dalam bidang kritikan filem, kekuatan kritikannya terletak pada ketelitian meneroka dan mengupas sedalam mungkin teknik, pemikiran dan falsafah sesebuah filem. Pada 20 Januari lalu, pergi sudah seorang Johnny Bikin Filem.


~ petikan utusan malaysia

Sunday, January 24, 2010

The Twin Solution?



feature photo
Women of all ages will constantly look for beauty products that will improve their looks and even better, make them look younger. Even I am guilty of always looking for products that claim they will make me look better, improve my skin, peel away dullness, make you look younger etc.
Products that claim they can turn back the clock and make you look younger will always be a major hit. After all, who doesn’t want to hide their real age from the world? I seriously doubt you’ll find anyone that will tell you they are happy looking like an old maid, because everyone wants to look younger than what they really are. One of the products that claim they can help you turn back the clock is the L’Oreal Revitalift Anti-Wrinkle and Firming Gel & Cream.
L’Oreal Revitalift claims to have 50% more tensing actives for optimum effect, and will tighten skin instantly and fight wrinkles efficiently. The tensing gel (also known as the red one) has concentrated Pro-Tensium, which is a powerful tensing mineral active. This ingredient is what L’Oreal claims will re-tighten the skin surface instantly.  The anti-wrinkle cream is enriched with Pro-Retinol A to fight wrinkles and fine lines efficiently. After four weeks of use, your wrinkles are suppose to be visibly reduced and the face contours re-defined. Sound impressive I must say.
Since this product was for the older generation of women (there really wasn’t any point in me trying it out on myself as I don’t have any wrinkles just yet), my mom ended up being the guinea pig and tester. I got her to test out the product since it’s catered towards women her age.  She put the product to the test for about a month or more, and the overall verdict? The product gets a neutral rating.
The first thing that would attract you to the product is the packaging, which comes in a combination and bright red and white. The separate vials in the bottle (one for red and one for white) are rather unique because other products usually come ready blended. The blending process happens when you squirt the product onto your palm and apply it onto your face.
When you initially try the product, you do get that tingly feeling on your skin that feels as though it is tightening a little, but with later application you don’t get that feeling anymore, although this could probably be because you get used to it.
The product doesn’t evaporate immediately onto your skin, and takes about a couple of minutes to dry up, so don’t apply your make-up immediately after if you want a smooth application. But the good thing is, once it has absorbed into your skin, it doesn’t have that sticky feeling or oily residue that no one likes. It also has a mild, pleasant fragrance which is good for those who don’t want such an overpowering smell.  
Even though it has been a month using the product, mom says she doesn’t see any visible difference. However, one of her friends recently asked her whether she had lost weight although mom knows for a fact that she hasn’t. So mom thinks her face must be more contoured or toned now! It usually takes someone who hasn’t seen you for some time to note any changes in your appearance. Hmmm. Perhaps the product is effective to a certain extent then.  Personally, I’d prefer an obvious difference I can see for myself instead of relying on other people’s judgment. So far we have yet to find a product that delivers such a result.

Langkah Mawi jadi lagak Mawi






SEMENJAK Mawi menjadi Juara AF3 saya boleh dikatakan sentiasa mengikuti perkembangan cerita-cerita tentang Mawi begitu juga cerita-cerita dia berjalan-jalan makan angin ke serata dunia.
Daripada episod pertama Langkah Mawi saya masih teruja untuk menonton dan melihat bagaimana seorang pemuda dari Felda yang tidak punya apa-apa mengorak langkah ke setiap penjuru benua memperlihatkan bakatnya sebagai penyanyi dan mengacara program yang dikendalikan.
Kemewahan yang melingkari mungkin menyebabkan manusia itu menjadi seperti Mawi yang ada pada hari ini.
Di dalam Langkah Mawi 2, Jujur saya katakan, saya cuma menonton sekejap sahaja pada episod pertamanya.

Selepas itu saya tidak menontonnya lagi kerana saya tidak lagi melihat Mawi yang dahulu. Hari ini saya melihat seorang Mawi yang kelihatan sombong dengan lagaknya bercakap sewaktu mengacara program yang dikendalikannya itu.
Lirik matanya tidak lagi telus seperti dahulu. Pandangan matanya tidak lagi tepat melainkan dengan lirikan ekor mata sahaja. Dengan isterinya yang sentiasa ada mengekori ke mana sahaja menyebabkan saya berasa muak.
Saya merasakan ramai yang bersetuju dengan saya rancangan Langkah Mawi ini wajar sangat diberi judul baru,lagak mawi.

Malaywood: mawi perlu byk lagi belajar dlm hal hal pengacaraan... bakatnya hanya pada nyanyian

Impian Amy Search - Konsert di United Kingdom



TERCAPAI... Suatu Masa Amy merupakan persembahan yang cukup diidam-idamkan oleh ikon rock ini dalam menggambarkan perjalanan seninya selama hampir tiga dekad.

SELAMA tiga dekad bergelumang dalam bidang nyanyian, muzik dan lakonan, ia bukanlah jangka masa yang singkat buat ikon rock tanah air,Amy untuk mengungkapkannya menerusi suatu momen yang indah.
Sebagai penggalas gelaran tersebut, dia tentunya bukan sahaja mahu mengungkap momen indahnya melalui suatu persembahan istimewa, tetapi turut mahu berkongsi pengalaman itu bersama para peminatnya.
Panggung Sari di Istana Budaya, Kuala Lumpur merupakan pentas yang menjadi pilihan penyanyi kumpulan Search ini bagi merealisasikan impiannya itu pada persembahannya yang dikenali sebagai Suatu Masa... Amy.
Menerusi persembahan yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac ini, Amy akan tampil solo dengan menyampaikan lagu-lagu, monolog dan persembahan yang mampu menggambarkan pembabitannya dalam bidang seni selama ini.

"Saya harap persembahan ini akan menjadi pengalaman baru saya dan juga impian yang saya idam-idamkan selama ini," katanya pada majlis pelancaran persembahan Suatu Masa... Amy di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ilham bagi menterjemahkan perjalanan seni bapa kepada pelakon popular Nabila Huda ini tercetus sewaktu beliau terbabit menjayakan pementasan teater muzikal Sirah Junjugan arahan Erma Fatima di Panggung Sari tahun lalu.
Menurut Amy atau Suhaimi A. Rahman, beliau bukan sahaja kagum dengan prestij Istana Budaya sebagai panggung bertaraf dunia, malah turut berasakan ia sebuah pentas yang sesuai untuk merealisasikan impian yang sudah lama dipendamnya itu.
"Sebenarnya, saya tidak pernah masuk Istana Budaya sehinggalah saya terbabit menjayakan pementasan Sirah Junjungan.
"Selama hampir 28 tahun bergelar anak seni, itu adalah antara persembahan yang mendebarkan hati saya," kata Amy berkongsi suara hatinya.
Lalu, apabila Azman Azhar iaitu penerbit di syarikat produksi Mentari Channel Network) dan Abang Joe atau Mohamed Juhari Shaarani (Ketua Pengarah Istana Budaya) berhasrat membawanya ke Istana Budaya, Amy berasa begitu terharu.
Semuanya kerana dia sudah berkira-kira untuk memberikan kelainan pada persembahannya selain enggan menampilkan persembahan yang seperti sebuah konsert biasa.
"Saya mahukan ia berkonsepkan theaterical yang turut menampilkan persembahan monolog.
"Selain monolog turut diselitkan ialah prolog dan skripnya akan disediakan oleh Pengarah Muzikal iaitu Fauziah Ahmad Daud. Saya harap tiga malam itu kelak akan menjadi suatu kenangan yang indah buat saya," ujarnya mengenai keinginan yang lama didambakannya itu.
Pemilihan Panggung Sari jelas Amy lagi, bukan setakat mampu mencernakan momen-momen indahnya sepanjang bergelar anak seni tetapi ia juga mampu mencetuskan atmosfera yang tersendiri dengan konsep persembahannya itu.
Dengan tiket berharga RM50, RM80, RM120, RM180 dan RM300 penyanyi rock ini berharap menerusi segmen monolog itu ia sedikit sebanyak dapat menggambarkan tentang perjalanan seninya selama ini.
"Saya anggap persembahan ini sebagai suatu journey (perjalanan) saya dari awal bergelar anak seni hingga kini.
"Walaupun sudah hampir 30 tahun bergelar penyanyi saya tidak nafikan masih ada perasaanstage fright (gemuruh) untuk mengadakan persembahan ini. Kalau tidak ada perasaan itu sudah sampai masanya saya bersara.
"Bagi saya, stage fright suatu thrill (cabaran) sebelum saya berada di pentas," jelas rocker tersohor negara ini.
Pada persembahannya yang akan diiringi oleh para pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi, Amy akan menyanyikan lagu-lagu yang sama pada tiga malam persembahan tersebut.
Selain menyanyikan lagu-lagu yang dipetik daripada album-album solonya, Amy juga akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dipopularkannya bersama kumpulan Search pada persembahan selama hampir 90 minit itu.
"Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang sama pada tiga malam persembahan itu kerana ini bukan sebuah konsert. Set atau segmen-segmen pada persembahan ini telahpun ditetapkan. Saya harap tiket untuk persembahan saya ini akan habis dijual dalam masa terdekat ini.
"Sebabnya, saya tidak bercadang untuk melanjutkan persembahan ini pada malam-malam seterusnya andai kata tiketnya sold out (habis) atau ada lagi permintaan daripada para peminat. Kalau mahu lagi saya akan buat konsert lain pada masa akan datang.
"Mungkin konsert itu akan diadakan lebih besar dan konsepnya juga berlainan. Ia bergantung kepada keadaan. Saya akan bagi statement (kenyataan) yang lain tetapi buat masa ini saya mahu fokus pada persembahan ini terlebih dahulu," katanya.
Hadir sama pada majlis pelancaran persembahan anjuran Mentari Channel Network itu ialah Penerbit Eksekutifnya, Prof. Dr. Khalili Khalil, Pengarah Muzik, Mohd. Rafi Shafie dan Mohamed Juhari Shaarani.
Persembahan Search di UK
SEBELUM mengadakan persembahan solo di Panggung Sari, Istana Budaya, Amy bersama kumpulan Search juga akan mengadakan persembahan di tiga buah bandar besar di United Kingdom (UK) mulai 12 Februari ini.
Amy dan rakan-rakannya menerima undangan mengadakan persembahan di London, Liverpool dan Dublin atas jemputan para pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut.
"Saya dan Search akan berada di UK selama 10 hari mulai 12 Februari ini. Antaranya kami akan berada di Dublin, Ireland selama dua malam. Ini adalah kali pertama saya dan Search mengadakan persembahan di sana.
"Dalam konsert berbayar itu, kami akan mengadakan persembahan selama sekitar 90 minit pada setiap persembahan. Kami akan menyanyikan lagu-lagu Search termasuklah daripada album-album lama kami," ceritanya.
Memandangkan jarak masa antara persembahan di UK dan persembahan solonya di Panggung Sari tidak jauh, Amy telah membuat persiapan rapi atau boleh dikatakan 'dua dalam satu' bagi dua projek penting tahun 2010 itu.
Penghibur berusia 52 tahun ini berdoa persembahan-persembahan yang akan dijayakannya itu mampu meninggalkan kenangan manis sepanjang bergelar anak seni sejak hampir tiga dekad lalu.
"Kos untuk mengadakan persembahan di UK agak tinggi tetapi syarikat yang membawa Search ke sana yang dikenali sebagai Orang Kita telah menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kami. Sebab itu kami amat menghargainya.
"Bagi menjimatkan kos, kami hanya membawa peralatan seperti instrumen muzik yang perlu dan ringkas sahaja. Ini sebagai permulaan, mana tahu kalau ada peluang kami mahu mengadakan lagi persembahan di sana," katanya lagi.
Harap tiket habis
Sepanjang tahun lalu, Panggung Sari di Istana Budaya telah mementasakan empat persembahan muzikal termasuk Cuci The Musical dan kesemuanya mendapat sambutan luar dugaan.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang misalnya mencatat sejarah apabila tiketnya habis dijual tetapi pementasan tambahan dilakukan bagi menampung permintaan ramai.
Justeru, beliau berharap agar Suatu Masa... Amy yang membabitkan Fauziah Ahmad Daud sebagai Pengarah Muzikal itu juga akan mengulangi rekod cemerlang pementasan-pementasan muzikal tersebut.
"Saya berharap agar Suatu Masa... Amy juga akan mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat. Kalau sambutannya bagus, tidak mustahil persembahan seperti ini boleh dilanjutkan lagi waktu pementasannya.
"Semua itu bergantung kepada keadaan dan sambutan para penonton. Bagaimanapun, sebagai persembahan yang tidak mempunyai penaja, saya cukup kagum dengan kesanggupan Mentari Channel Network sebagai penganjur.
"Tanpa penaja, mereka (Mentari Channel Network) harus memastikan agar tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan pada ketiga-tiga malam itu habis dijual bagi menampung kos penganjuran dan mengaut untung," jelasnya.
Enam bulan rancang persembahan
SELAKU Pengarah Muzik Suatu Masa... Amy, komposer dan pemuzik Mohd. Rafi Shafiemenganggap persembahan Amy amat ditunggu-tunggu oleh peminat yang ingin melihat suatu persembahan berskala besar.
Untuk memenuhi impian itu, beliau telah mula membuat persiapan enam bulan lebih awal bukan sahaja demi kepuasan para penonton tetapi juga penyanyi terbabit.
"Saya telah ditawarkan sebagai Pengarah Muzik untuk enam bulan sebelum persembahan ini diadakan supaya dapat membuat persediaan lebih awal.
"Dengan adanya persiapan lebih awal, banyak perkara yang saya boleh lakukan bagi memastikan persembahan ini berjalan dengan lancar dan tidak tergesa-gesa.
"Ramai peminat yang menjangkakan keajaiban pada sesuatu persembahan tetapi macam mana keajaiban itu akan datang kalau tidak dirancang," katanya.
Dengan masa persiapan yang panjang, Amy selaku penyanyi yang mahu merealisasikan persembahan solo pertamanya di Istana Budaya kata Mohd. Rafi, dapat melontarkan lebih banyak idea yang telah sekian lama dipendamnya.
Malah, sebagai Pengarah Muzik yang pernah terbabit menjayakan banyak konsert penyanyi popular lain, beliau tidak menafikan cabaran dalam usahanya merealisasikan konsep persembahan yang diingini oleh Amy.
"Saya masih merancang dan belum berani untuk menggambarkan sepenuhnya bagaimanakah corak persembahan itu nanti. Apa yang pasti ia berbeza dengan persembahan-persembahan penyanyi-penyanyi lain sebelum ini.
"Sebelum ini saya pernah menjayakan Konsert Zaman Ramli Sarip tetapi dia (Ramli) muncul dengan menyanyikan lagu-lagu kumpulan lamanya, Sweet Charity. Sedangkan Amy hanya ada lima buah album solo dan masa sekitar 90 minit.
"Dalam masa itulah saya akan cuba merangkumkan lagu-lagu yang dipetik daripada album-album solonya pada persembahan itu nanti. Apatah lagi, pada klimaks persembahan itu Amy akan menyanyikan lagu Asma Al-Husna," ujarnya lagi.
Add to Google   

Lagu Spontan Din Beramboi dlm Drama Sebabak

Pancaindera smalam baik punya kutuk din beramboi sebab celupar dlm rancangan raja lawak. Dikatakan, din beramboi mengeluarkan perkataan 'hanjing' kepada peserta raja lawak. Celupar ke tuh ? ntah lah...

Tapi aku masih teringat-teringat lagi satu lagu spontan yang dinyanyikan oleh Din Beramboi dlm satu Drama Sebabak - Riuh Pagi Di Era kira kira 2 minggu lepas... mcm nie lirik lagu tuh

Wasini.. Lu Sana
Bak sini.. laki lu
wa rampas ...

aznil mencelah : Ok ok and Cut !

Malaywood: bikin panas lah ini lagu

Monday, January 11, 2010

AJL 24 ~ BUNKFACE : Situasi

Nie adalah lagu pilihan Malaywood utk jadi Juara AJL 24... Kena pada zaman nya



Malaywood : Power lagu nih !

Persembahan Search Pulih ‘Kecacatan’ AJL24


“Sepanjang 24 tahun AJL bersiaran secara langsung, ini merupakan kali pertama masalah black out berlaku. Bagaimanapun, ia tidak mencacatkan AJL24 dengan teruk dan apa yang berlaku ada hikmah sebaliknya.
Search berjaya memukau penonton dengan persembahan lagu Pawana dan Fantasia Bulan Madu. -Foto The Star oleh AZMAN GHANI

Persembahan Search berjaya  memulihkan kecacatan yang berlaku melalui lagu Pawana dan Fantasia Bulan Madu yang membuatkan seluruh penonton dalam stadium memberikan standing ovation sebelum diakhiri oleh Meet Uncle Hussain.
Rata-rata wall kat facebook ramai yang tulis Search patut menang malam AJL24... diaorg dh menang pun pada zaman diaorg...
Malaywood: zaman rock kapak adalah zaman kegemilangan muzik malaysia... zaman tuh, mana ada artis Indon dtg Malaysia...

Sunday, January 10, 2010

Kontroversi Sesudah AJL 24



JUARA Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24, Aizat (tengah) diapit pemenang kedua dan ketiga, Yuna dan Faizal Tahir (kanan) menunjukkan trofi yang dimenangi masing-masing selepas AJL 24. Tahniah utk korang semua... Adakah keputusan AJL24 malam tadi penuh kontroversi ?

Walaupun pilihan Malayoowd kali ini tersasar (Pilihan Malaywood adalah Bunkface)... tetapi aku nak komen sikit lagu Juara iaitu Pergi dari Pete Teo dendangan Aizat agak kontroversi sikit. Sedap ker lagu tuh ? Atau kerana lagu itu berjiwa 1Malaysia... persembahannya nya juga berkonsepkan 1Malaysia. Aikkk... main politik nampak !!!

Apa-apa pun... lagu ciptaan komposer yang bertanding dlm AJL24 hebat hebat belaka macam lagu Edry ~ Nyanyian Stacy dan Lagu Sam ~ Nyanyian Bunkface...

Malaywood : Payah juga kalau industri seni ada bau bau politik.....

Thursday, January 7, 2010

Debaran Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL24)



DUA komposer muda, Aizat dan Yuna yang mempertaruhkan lagu masing-masing berjudul Kau Aku dan Dan Sebenarnya.

SETIAP kali menjelangnya acara anugerah, ramalan dan teka-teki memang tidak pernah terlepas daripada menjadi topik perbincangan oleh semua lapisan masyarakat.
Ada kalanya perdebatan itu boleh mengundang pertikaman lidah kerana masing-masing mahu menjadi 'peguam bela' kepada lagu mahupun artis yang mereka minati untuk diangkat sebagai juara.
Dan, Anugerah Juara Lagu (AJL)terbitan TV3 merupakan salah sebuah acara anugerah yang saban tahun memang cukup dinanti-nantikan.
Sejak kali pertama diadakan pada tahun 1986, AJL sudah mencipta label dan fenomenanya yang tersendiri yang sudah tidak perlu disangkal lagi kredibilitinya.
Biarpun ada ketikanya AJL pernah dihambat dengan pelbagai kontroversi, namun tiada siapa yang mampu menidakkan kuasa dan pengaruh acara anugerah muzik yang tertua di negara ini.
Menjelang AJL24 yang akan berlangsung Ahad ini (10 Januari) di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Hits mahu menghangatkan debaran itu dengan membawa pembaca untuk melihat lagu yang berpotensi untuk diangkat sebagai juara.
Apatah lagi, tahun ini AJL sudah memansuhkan pengkategorian lagu lantas menjadikan persaingan kali ini memang dilihat cukup sengit dan hebat sekali.
Apa yang ditawarkan TV3 hanyalah kedudukan juara, naib juara dan tempat ketiga selain daripada kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.
Kesemua 14 buah lagu yang bertanding memiliki keistimewaan masing-masing dan sentuhan yang tersendiri yang pasti akan memeningkan kepala juri untuk memilih karya yang terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.
Menariknya juga kali ini, AJL24 turut menyaksikan saingan karya komposer muda dan senior yang pastinya akan memperlihatkan pertandingan yang cukup dinanti-nantikan.
Sebelum itu, ingin sekali diingatkan bahawa ramalan ini bukanlah untuk memihak kepada sesiapa pun mahupun mempengaruhi pihak juri untuk menobatkan pemenang AJL24.
Bukan itu sahaja, AJL juga bukanlah pertandingan yang mempertandingkan penyanyi tetapi adalah untuk mengangkat dan mengiktiraf hasil kerja komposer dan penulis tempatan.
Lagu Bencinta ciptaan gandingan mantap yang digelar dynamic duo, Audi Mok dan Faizal Tahir merupakan karya yang sedari awal dilihat berpotensi untuk diangkat sebagai juara.
Bukan kerana populariti penyanyinya tetapi diamati dan diperhalusi sebaik-baiknya, laguBencinta dilihat membawa satu perubahan baru dalam komposisi muzik tempatan baik dari segi lagu mahupun susunan muziknya.
Bukan itu sahaja, rentak muziknya juga melengkapi lirik lagu yang menceritakan tentang dilema dihadapi oleh seorang lelaki yang menyintai dan membenci bekas kekasihnya dalam masa yang sama.
Itulah kelebihan yang ada pada Audi dan Faizal yang tidak pernah kering idea kreatif dalam menampilkan muzik serta penciptaan lagu yang berbeza dan unik.
Seandainya lagu Bencinta bergelar juara, usah dipertikaikan kerana Audi dan Faizal memang layak untuk menerima pengiktirafan tertinggi.
Dan, ia juga mampu menebus kekecewaan mereka yang gagal dinobatkan sebagai juara tahun lalu biarpun ramai yang meramal mereka akan memenanginya menerusi lagu Sampai Syurga.
Saingan terdekat Bencinta, sudah pasti lagu Cinta Adam dan Hawa dendangan Misha Omar yang juga bukan calang-calang karya.
Pernah dinobatkan sebagai Lagu Pop Terbaik AIM16, tidak mustahil lagu dan lirik ciptaan Azmeer dan Allahyarham Loloq ini untuk bergelar juara.
Lagu ini memang indah baik dari segi melodi dan liriknya selain susunan muziknya yang menambahkan lagi keindahan lagu ini sehingga ia menjadi sebuah lagu yang memiliki nilai estetika yang tinggi.
Ditambah pula dengan kehebatan Misha melagukan lagu ini dengan penuh penghayatan dan gaya tersendiri, peluang Cinta Adam dan Hawa untuk bergelar juara memang cerah.
Jika Bencinta atau Cinta Adam dan Hawa memenangi gelaran juara, ia berjaya memecah monopoli kumpulan indie yang memenangi gelaran keramat itu selama dua tahun berturut-turut.
Selain itu, lagu Pergi juga tidak kurang hebatnya yang merupakan sebuah lagu yang cukup ringkas namun berupaya meninggalkan kesan yang berbekas.
Gandingan Pete Teo dan Amran Omar untuk lagu tema filem Talentime itu juga merupakan antara karya yang mampu membuat kejutan pada malam itu nanti.
Emosi lagu ini terletak kepada melodi dan liriknya yang melengkapi antara satu sama lain lantas meletakkan karya ini di kelasnya yang tersendiri.
Begitu juga dengan lagu Dan Sebenarnya yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi muda semakin meningkat naik, Yuna.
Siapa tahu rezeki akan menjadi milik Yuna pada malam itu nanti kerana muzik yang dibawakannya benar-benar mencetus satu revolusi dalam industri muzik tempatan.
Biarpun ada segelintir pihak yang melihat muzik yang dibawakan Yuna hanyalah sekadar mengulangi resipi yang pernah dibawakan oleh penyanyi antarabangsa sebelum ini, setidak-tidaknya Yuna membawa sesuatu yang berlainan untuk industri.
Karya Aidit Alfian dan Ad Samad menerusi lagu Masih Jelas juga memiliki peluang yang cerah untuk menempatkan diri dalam tiga tempat yang ditawarkan oleh TV3.
Meskipun bukan calon pilihan tetapi siapa tahu juri melihat sesuatu yang istimewa pada Masih Jelas bagi membolehkannya menduduki mana-mana tiga posisi yang sudah tersedia.
Lagu Rindu Terhenti juga tidak sewajarnya dipandang enteng kerana lagu itu juga memiliki kualiti dan berada dalam liganya tersendiri.
Dicipta oleh Aubrey Suwito yang sebelum ini pernah menjuarai AJL20 menerusi lagu Gemilang, jangan terkejut kalau lagu ini juga berjaya menempatkan diri di mana-mana tiga kedudukan itu.
Begitu juga dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ciptaan Ajai dan liriknya pula oleh Habsah Hassan yang siapa tahu mampu membuat kejutan pada malam AJL24 nanti.
Mungkinkah juga kali ini kemenangan akan berpihak kepada kumpulan indie yang menyaksikan hanya tiga kumpulan sahaja yang bertanding kali ini iaitu Estranged, Hujan dan Bunkface?
Jika salah sebuah kumpulan ini menang, AJL mencipta rekod tersendiri apabila berjaya melakukan hatrik untuk tiga tahun berturut-turut dengan menobatkan kumpulan indie sebagai juara.
AJL24 yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar itu turut menampilkan persembahan selingan istimewa oleh Datuk Jeffrydin & The Siglap Five, Jay Jay, Search dan Meet Uncle Hussain.
Terlebih dahulu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan membuat persembahan pembukaan dengan menyampaikan lagu yang menjadi juara tahun lalu iaitu Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) dalam tiga rentak berbeza.

Malaywood: Gua pilih kumpulan Indie sebagai juara ~ Bunkface ~ sebab Lagu Bunkface unik dan terkini pada zamannya...
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR