Sunday, April 25, 2010

Ruffedge mahu bangkit dari kegagalan...


KENANGAN... Cat Farish (duduk, dua dari kiri), Mode (berdiri, belakang) dan Amer Munawer (berdiri, baju hitam) sewaktu menganggotai kumpulan Ruffedge.



SATU ketika dahulu, nama mereka berada di puncak kegemilangan dan menjadi kegilaan peminat.

Terima kasih kepada lagu Tiada Lagi Cinta yang telah membawa kemasyhuran kepada kumpulan yang sudah ditubuhkan lebih sedekad yang lalu.

Kelangsungan daripada lagu tersebut, Ruffedge terus menyambung hayat populariti mereka dengan lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Da' Bomb, Goyang dan Bila Rindu.

Namun, entah di mana silapnya, populariti yang dikecapi mula pudar dan peminat seakan-akan sudah melupakan kumpulan ini.

Mereka bagaikan dipinggirkan dan ramai yang mula mengandaikan kumpulan ini sudah pun menamatkan hayat mereka.

Hakikat sebenarnya, tidak! Mereka masih lagi bernyawa dan jenama Ruffedge sekali-kali tidak akan berkubur.

Ini diakui sendiri oleh salah seorang anggotanya, Azan Addin Abd. Wahab atau lebih popular dengan panggilan Azan yang memberitahu Ruffedge masih lagi aktif.

Tegas Azan, untuk meletakkan batu nisan kepada kumpulannya dalam waktu terdekat ini, ia tidak mungkin akan berlaku.
Jelasnya, apa yang berlaku Ruffedge tetap bersatu biarpun anggota kumpulannya bersilih ganti.

Monday, April 19, 2010

2010 SPRING SUMMER FASHION SEASON JEWELLERY NATURE



2010 SPRING SUMMER FASHION SEASON JEWELLERY NATURE
Bangsar Shopping Centre (BSC) present The Spring Summer Fashion Season from April 28 to May 2 . There will be charm fashion lovers with its latest fashion collection of dazzling luxury jewellery, semi-precious gemstones, clothes fashion wear and accessories. The theme ismother nature and you can witness how the designers appreciate nature in every of their creation. Those who yearn to pick up fashion tipsshould not miss the fashion shows during the five-day event. You can also learn the ropes of jewellery-making at the workshop conducted byRaffles Design Institute.



Jewellery and more for the season

FASHIONISTAS who cannot get enough of dazzling jewellery, clothes and accessories should mark April 28 to May 2 on their calendars.

The Spring Summer Fashion Season, presented by Bangsar Shopping Centre (BSC) and 15 of its retailers, will charm fashion lovers with its latest collection of luxury jewellery, semi-precious gemstones, fashion wear and accessories.

In a recent preview recently, Mori Pin revealed three ranges of jewellery — the Coral, Butterfly Wings and Flora — crafted by jeweller and artist Jonathan Yun.

Inspired by the fragile coral, vibrant butterfly wings and bountiful nature, the exquisite pieces are timeless creations.


Oriental Links, which made its name in jewellery bags, presented its Michelangelo range.

Handbags, wallets and name card holders made of the finest Italian leather are adorned with colourful jewels for added elegance and class.

Fa’iq Jewels also showcased its solitaire diamonds and a special range of coloured gems.

Mohamed Fadhil Fazal Ellahi, one of the five designers in the company, said the gems like rubies, sapphires and emeralds were sourced from around the world.

Local celebrity Daphne Iking appeared in Intoxi-Kate’s Urban Warrior collection, with emphasis given on strong shoulders and bold curves.

“It’s about empowering women with glamorous amour so they can conquer the world in style,” Kate’s Closet’s Audrey Kathleen Chong said.

Meanwhile, frills, ruffles, puffy sleeves, folds and pleats took centre stage in The Mod House’s collection this season.

Themed Return to Romantic, soft dreamy colours have been picked for a chic and feminine style.

The rest of the retailers taking part are Amita Pearls, Elegance Club, Time Pacific, Gemma Discoveries, Dodo Art & Craft, Ethnic Borders, Poya, Uluwatu and Gina’s Collection.

Ezlynn Patah Kaki ?


Ezlynn bertongkat menghadiri sesi pra-dengar 10 lagu terbaik yang bakal dimuatkan dalam album oleh Alibi Music di Redbox, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.



PENYANYI berambut kerinting yang juga lincah tatkala beraksi di atas pentas ini jarang benar berbicara soal peribadi.
Ezlynn yang dikenali sebelum ini lebih gemar berbicara soal kerjaya berbanding menjaja kisah-kisah peribadinya.

Namun, pada usia yang bakal menginjak ke angka 29 tahun pada 27 September ini, penyanyi yang bernama sebenar Azline Ariffin itu kini lebih matang dan terbuka berbicara tentang hal peribadi.

Benar, sudah agak lama kisah tentang pelantun lagu Hi Hi Bye Byeini tidak kedengaran dan kesempatan bertemu Ezlynn digunakan sebaik mungkin oleh wakil media yang hadir pada majlis tersebut.

Apa yang mengejutkan, Ezlynn yang hadir pada sesi pra-dengar 10 lagu terbaik yang bakal dimuatkan dalam sebuah album oleh Alibi Music di Redbox, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan tanda tanya apabila hadir dipapah dan bertongkat.

Menyingkap tahap kesihatannya, tanpa berselindung penyanyi yang cukup mudah ketawa itu memberitahu, kaki kanannya cedera dan patah akibat terjatuh dari tangga.

Dan apa yang membataskan pergerakannya kini, telah hampir dua bulan dia tidak dapat melakukan sebarang aktiviti seni sementelah menanti kakinya benar-benar sembuh.

"Saya terjatuh dari tangga rumah saya menyebabkan kaki saya patah dan dimasukkan sebanyak tiga skru.
"Apa yang membuatkan saya rasa terganggu, selain menahan sakit saya juga tidak boleh bekerja seperti selalu.
"Mujur syarikat saya, Ezlynn Entertainment yang menjalankan perniagaan pengurusan acara mampu dilakukan oleh rakan-rakan yang lain," kata Ezlynn yang dinasihatkan oleh doktor untuk berehat seketika dalam lakonan dan nyanyian.

Thursday, April 15, 2010

Jelajah Lifebuoy dengan Amy Mastura

AMY MASTURA mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat melalui kempen Lifebuoy.


Amy Mastura turun padang dalam siri jelajah seluruh negara dengan slogan Jom Lebih Sihat bersama Lifebouy dan Giant, ia merupakan susulan daripada kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat! yang dilancarkan pada awal Mac lalu.
Kempen kolaborasi Lifebuoy dengan Giant itu memulakan siri jelajah sejak Mac lalu hingga 16 Mei di lima lokasi yang berbeza di seluruh negara. Ia juga dilangsungkan sempena kempen tahunan Famous Brand Giant.
Matlamat kempen itu adalah untuk mengukuhkan usaha Lifebuoy dalam mendidik orang ramai tentang kepentingan kebersihan peribadi melalui penggunaan produk-produk yang sesuai.

Wednesday, April 14, 2010

Apa citer Maya Karin ?

Malaywood dapat tahu akress jelita nie dikhabarkan mengalami krisis rumah tangga.


BUAT MASA INI MAYA ENGGAN MENGULAS KISAH PERIBADINYA.



BERITA tentang pergolakan rumah tangga aktres terkenal tanah air,Maya Karin Roelcke masih terus diperkatakan sejak dia mengumumkan perkara tersebut pada 24 Februari lalu. Kini, hampir dua bulan berlalu dan ramai yang menanti apakah keputusan yang diambil oleh Maya terhadap rumah tangganya.

Adakah masih ada harapan untuk menyambung kembali ikatan kasih yang hampir terlerai demi menyelamatkan sebuah ikatan suci?

Atau mungkinkah pelakon filem Pisau Cukur itu dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali sudah mengambil kata putus untuk menoktahkan perkahwinan mereka yang tidak sampai dua tahun itu?

Bertemu dengan Maya di majlis pelantikannya sebagai duta terbaru jenama tilam terkemuka, Vono di Hotel Dorsett Regency, Subang Jaya, Selangor, Selasa lalu, dia hanya mampu melemparkan senyuman kepada soalan yang diajukan.

Walaupun terus diasak berkali-kali dengan pelbagai soalan, namun wanita kacukan Jerman-Melayu itu tetap dengan pendiriannya yang enggan berkongsi cerita.

Baginya, ia terlalu peribadi untuk diceritakan biarpun ada kalanya ia terlalu perit dan pahit untuk ditelan.
"Buat masa ini, saya enggan lagi berbicara tentang status perkahwinan saya. Apa yang saya katakan pada sidang akhbar tempoh hari sudah cukup untuk saya kongsi bersama masyarakat.
"Apa yang boleh saya katakan, saya perlu meneruskan kehidupan dan saya bahagia serta gembira dengan apa yang saya lalui walaupun berdepan masalah.
Malaywood : sentiasa mendoakan yg terbaik buat Maya ...

Tuesday, April 6, 2010

Impian Nabil dan Jaclyn Victor Termakbul


PEMINAT Nabil dan Jac akan dapat menonton lakonan mereka dalam Cuci the Musical musim kedua bermula 27 Julai depan.


TIADA apa yang menggembirakan mereka berdua apabila diberi peluang untuk melebarkan lagi sayap seni mereka.
Apatah lagi, Nabil dan Jaclyn Victor mempunyai mimpi yang sama iaitu untuk beraksi dalam sebuah pementasan teater tidak kira ia adalah muzikal mahupun tidak.

Lantas, apabila ditawarkan untuk berlakon dalam teater Cuci the Musical (CTM) musim kedua yang akan membuka tirainya bermula 27 Julai ini, masing-masing tidak mampu menolaknya.

Bagi mereka, inilah peluang untuk membuktikan kepada peminat masing-masing memperlihatkan bakat mereka di pentas teater pula.

Sewaktu ditemui pada sidang akhbar pengumuman CTM musim kedua di Istana Budaya, baru-baru ini, tiada lain yang diharapkan Nabil dan Jaclyn selain sokongan daripada semua pihak.

Biarpun dipilih untuk menggantikan AC Mizal dalam membawakan watak C'Tan, namun Nabil tidak melihatnya sebagai satu beban.

Sebaliknya, jelas Nabil, inilah masa untuknya menimba ilmu dan mempelajari selok-belok tentang dunia teater daripada mereka yang cukup berpengalaman.



Impian


Apatah lagi, dia sendiri menonton CTM sebanyak tiga kali tahun lalu dan daripada situ dia sudah memasang impian untuk berlakon dalam produksi terbitan Tall Order Productions milik aktor Hans Isaac itu.

"Dari mula lagi sewaktu Hans mengumumkan mahu menerbitkan CTM, saya memang teringin untuk melibatkan diri dalam produksi ini biarpun hanya sekadar tempelan sahaja.

"Bagi saya, pelakon yang membintangi teater ini sudah merupakan mereka yang cukup saya kagumi dan memang impian saya untuk berlakon di samping mereka.

"Lalu, apabila peluang ini tiba, saya memang bersyukur dan akhirnya doa saya dimakbulkan Allah SWT. Insya Allah, saya akan memberikan komitmen terbaik sepanjang pementasan ini," ujar juara Raja Lawak musim kedua itu dalam nada terharu.

Sebelum sidang akhbar berlangsung, memang sudah ada ura-ura mengatakan Nabil akan menggantikan AC.
Malah, sewaktu AC menyatakan keinginannya untuk mengundurkan diri daripada pementasan itu atas alasan mahu fokus kepada perniagaannya, memang Nabil dilihat sebagai calon yang paling tepat untuk menggantikannya.
Sememangnya Hans selaku penerbit telah mengambil langkah bijak memilih Nabil kerana popularitinya itu sendiri mampu membawa masuk audiens baru menyaksikan musim kedua ini.

Selain itu, Nabil menjadi pilihan Hans dan Harith Iskander selaku pengarah untuk membintangi musim kedua CTM adalah kerana nilai bintang yang ada dalam dirinya itu.

"Tetapi, perkara utama saya mahu Nabil di dalam pementasan ini adalah kerana kebijaksanaannya dalam memberikan humor dan lawak yang berkualiti serta tidak slapstik.

"Saya percaya dengan adanya Nabil kali ini ia akan membawa satu perubahan yang lebih segar kepada audiens. Saya sendiri teruja untuk melihat hasilnya," jelas Hans pula memberikan rasionalnya.

Sementara itu, Jaclyn atau Jac sewaktu ditemui pula berkata, dia benar-benar berterima kasih kepada Hans yang mempercayai bakatnya untuk membintangi CTM musim kedua.

Biarpun masih baru dalam dunia lakonan, tetapi Jac mahu menggalas cabaran baru untuk terus memantapkan profil seninya sebagai seorang aktres.

Merupakan seorang peminat teater muzikal, Jac memang teringin untuk beraksi di pentas teater untuk menguji dirinya sebagai seorang anak seni.

"Apabila menonton teater muzikal, saya memang kagum melihat pemainnya yang begitu kental jiwa dan semangat mereka di atas pentas.


Pengalaman


"Tertanya juga saya daripada mana datangnya tenaga mereka yang mampu menyanyi, menari dan berdialog dalam masa yang sama.

"Kerana itu, saya mahu mencabar diri saya untuk pementasan ini. Saya pasti ia akan memberikan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan," jelas pelantun lagu Bertamu Di Kalbu dan Cinta Tiada Akhirnya ini penuh optimis.

Juara Malaysian Idol musim pertama ini akan membawakan watak Farah menggantikan Adibah Noor yang tidak dapat melibatkan diri kali ini kerana terikat dengan komitmen seni yang lain.

Satu persoalan yang timbul apabila Jac menggantikan Adibah adalah keserasian antara watak Farah dan Jojo yang dijayakan oleh Awie.

Ini kerana pada musim pertama, Adibah dan Awie memberikan lakonan yang hebat sehingga mereka dilihat sebagai pasangan yang cukup serasi.

Menjawab persoalan itu, Hans menjelaskan semuanya akan bergantung kepada skrip yang telah dirombak dan keserasian itu sendiri akan timbul menerusi latihan yang dijalinkan.

"Saya amat percaya kepada bakat Jac kerana dia membuktikan dia memang seorang pelakon baru yang mampu pergi jauh.

"Teater muzikal ini merupakan satu lagi platform untuknya menjadi seorang pelakon yang disegani," kata Hans penuh optimis.

Harga-harga tiket untuk CTM musim kedua adalah dari RM24 hingga RM190 bergantung kepada tarikh dan waktu pementasan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4149 8600/03-4026 5558.


Sumber : Utusan Online

Hadiah istimewa Siti Nurhaliza setelah 15 tahun beekecimpung dalam dunia hiburan tanahair


KEJAYAAN Siti Nurhaliza meraih dua trofi pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, malam Ahad lalu memberi signifikan tersendiri.



TEMPOH 15 tahun yang penuh warna-warni barangkali sudah cukup menterjemahkan perjalanan hidup anak seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Daripada seorang gadis biasa dia menjadi sebuah kuasa yang sukar ditundukkan.

Kerana itu, tidak hairan dia sentiasa menjadi mangsa tidak senang segelintir pihak.

Lalu, apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular padaAnugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPH2009) malam Ahad lalu, apakah keputusan itu seharusnya dipertikaikan lagi?

Ada benarnya ramai artis lain yang mampu gelaran itu khususnya artis baru tetapi hingga kini kehebatan Siti sukar dinafikan.

Kejayaan itu merupakan rekod cemerlang buat Siti. Bukan sekadar tujuh kali menggenggam trofi Bintang Paling Popular, tetapi Siti juga mencipta satu lagi rekod hebat apabila memenangi Penyanyi Wanita Popular selama 13 tahun berturut-turut.

Kedua-dua rekod itu sudah cukup membuktikan kehebatan anak jati Pahang ini dalam bidang seni biarpun perlu bersaing dengan muka baru yang lebih menyerlah.

Bagi Siti, kemenangannya pada malam bersejarah itu amat disyukuri.

Jelas Siti, sepanjang menjadi artis, peminat merupakan nadi kekuatan dan pembakar semangatnya untuk meneruskan karier.

Sementelah, ABPBH2009 merupakan penyertaan terakhirnya, Siti tidak menafikan kemenangannya itu hasil usaha peminat yang mahu melihatnya menjulang trofi tersebut buat kali terakhir.



Apatah lagi, gelaran Bintang Paling Popular kali ketujuh itu disifatkannya sebagai hadiah terbaik daripada peminatnya sempena ulang tahun ke-15 sebagai anak seni.

"Saya bersyukur kerana memiliki peminat yang terbaik dan terhebat kerana mereka tidak pernah jemu menyokong walaupun ada ketika saya dihambat kontroversi.

"Namun begitu, mereka masih setia di belakang saya dan mahu terus melihat saya berdiri di pentas.
"Terima kasih atas segala sokongan, pengorbanan dan semangat yang mereka berikan kepada saya sepanjang 15 tahun," kata Siti dalam nada terharu.

Sebelum ini, Siti pernah memenangi kategori tersebut selama lima tahun berturut-turut dari tahun 1996 hingga 2001.

Malaywood : Tahniah sekali lagi Dato'

Sunday, April 4, 2010

Mix & match: purple + grey


We all have our black bags, black pumps, black jeans, black leggings, black dress, black blouse…you get the drift. It’s no wonder as black goes with anything, professional and give the illusion of a slimmer figure. However, sometimes we need to get out of our comfort zone and try something entirely different. How about grey/silver and purple?

Dress Cherry Junk RM 88 (inclusive of delivery
Bag (Coach) Boutique Pieces RM 1290
Shoes Tres Tresors RM 160 (inclusive of delivery)
Coloured contact lens Divalens RM 42
Eye shadow kit for smoky eyes +tique RM 160
Watch (Fossil) Rose Treat RM 360

Fasha enggan khianati hikmah


INGIN mulakan hidup baru... Itu azam Fasha Sandha setelah menginjak usia 26 tahun pada tanggal 28 Mac lalu.



SI jelita, Fasha Sandha ini lewat dua tahun lalu bagaikan tidak putus-putus dilanda kontroversi. Daripada gosip remeh-temeh sehinggalah dikatakan suka mengganggu rumah tangga orang dilambakkan kepadanya.

Mungkin inilah harga yang perlu dibayar olehnya sementelah diri bergelar selebriti.

Atau mungkin juga segala yang melanda dirinya merupakan pengajaran yang cukup mematangkan dirinya yang telah memasuki tahun kelima bergelar anak seni.

Apa yang pasti, tanggal 28 Mac lalu, genaplah usia 26 tahun bagi pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan ini.
Seiring dengan pertambahan usia, Fasha mengakui, segala yang dilalui olehnya semakin mematangkan diri.

Malah, harapannya kalau boleh biarlah tahun 2010 ini menjadi titik mula yang menampakkan sirna dalam soal kehidupan mahupun kerjaya seninya. [seterusnyer....]
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR